Hanya 7 bulan bersama setelah 11 tahun menanti, “Kami reda lepaskan dia pergi.” 11 tahun menanti kehadiran si kecil, namun hanya sempat mengukir kenangan indah hanya selama 7 bulan.
Hanya 7 Bulan Bersama Setelah 11 Tahun Menanti, “Kami Reda Lepaskan Dia Pergi”
Menerusi perkongsian Nurul Afiqah, 35, wanita ini berkongsi satu-satunya zuriat, Nur Malaiqa Aqeela Ilham yang meninggal dunia pada usia tujuh bulan selepas berjuang melawan lapan penyakit yang didiagnosis sejak lahir.
“TUJUH BULAN YANG MENCIPTA MEMORI BERSAMA AQEELA ADALAH HADIAH TERINDAH YANG TIADA GANTI NAMUN DIA HADIAHKAN ‘SYURGA’ UNTUK KAMI SELEPAS 11 TAHUN MENANTI KEHADIRANNYA. KAMI REDA SERTA IKHLAS MELEPASKANNYA DIA KEMBALI KEPADA ALLAH SWT,” KATA NURUL AFIQAH SAIDI.
Nur Malaiqa Aqeela atau nama panggilan Aqeela adalah anak sulung Nurul Afiqah dan suami, Ilham Ismail, 30-an selepas menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) selepas menanti selama 11 tahun.
NURUL AFIQAH BERKATA, NUR MALAIQA AQEELA DILAHIRKAN BERSAMA UJIAN BESAR APABILA BAYI ITU DIDIAGNOSIS DENGAN LAPAN PENYAKIT ANTARANYA KABUKI SINDROM, LARYNGOMALICIA, THYROID, GASTROESOPHAGEAL REFLUX DISEASE (GERD), UPPER RESPIRATORY TRACT ILLNESS (URTI).
Menurutnya, Aqeela pernah membuat pembedahan membesarkan saluran pernafasan sempit pada Mei lalu dan sepanjang tujuh bulan dia ditempatkan di wad hospital untuk pemantauan rapi.
“Sepanjang tempoh itu, kami banyak habiskan masa di hospital dan tukar kerjaya daripada mengambil tempahan kek kepada ejen hartanah supaya dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada Aqeela.
“Aqeela seorang ‘fighter’ (pejuang) walaupun ada banyak penyakit dan pernah beberapa melalui keadaan kritikal, sejak lahir bernafas dengan menggunakan bantuan mesin oksigen yang akhirnya dia boleh bernafas tanpa mesin.
“Namun takdir Aqeela ‘pergi’ selepas demam dan dijangkiti kuman pada paru-paru (Influenza A), rotavirus, Adenovirus, dan Respiratory Syncytial Virus (RSV) pada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada 9 Ogos lalu,” katanya menetap di Melor, di sini.
DIA YANG MENJALANI RAWATAN IVF BUAT KALI PERTAMA ITU TURUT MENGAKUI KEHILANGAN INSAN TERSAYANG SANGAT PERIT, NAMUN MEREKA REDA MESKIPUN NUR MALAIQA AQEELA ADALAH BUAH HATI PALING DITUNGGU-TUNGGU.
“Aqeela hadiah paling indah dalam hidup saya dan suami yang menyambut hari jadi pada 31 Januari lalu dan saya lahir, 5 Ogos namun anak meninggal dunia pada 9 Ogos.
“SELAIN AQEELA SAYA ADA DUA ANAK ANGKAT MASING-MASING PEREMPUAN DAN LELAKI BERUSIA LAPAN SERTA ENAM TAHUN YANG DIANGGAP SEPERTI ANAK KANDUNG,” KATANYA.
Berhubung perkongsian di TikTok, Nurul Afiqah berkata, ia sekadar kenangan keluarga bersama Nur Malaiqa Aqeela dan gambar keluarga mereka bersama jasad bayi itu satu-satunya gambar kenangan mereka.
“Itu foto kenangan kami (lima beranak) yang dirakam pada hari anak meninggal dunia sebelum dikebumikan,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Baca artikel lain juga: Bayi Meninggal Dunia Didakwa Jatuh Katil Di Rumah Pengasuh, Tulang Kepala Retak
Bayi Perempuan 9 Bulan Meninggal Dunia, Kematian Dipercayai Akibat Didera
Bayi Enam Bulan Meninggal Dunia, Bedah Siasat Buktikan Perbuatan Jenayah, Bapa Ditahan
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI