Hanya 7 Tahun Je Sabar. Ikut Fitrah Anak Kecil, Tak Sepatutnya Diam Walaupun Seminit

Share

Anak yang terlalu aktif selalu di salah anggap sebagai – buas – nakal – degil – lasak – gasak. Boleh dikatakan setiap hari celik je mata, ibu mulalah risau nak urus anak-anak sampailah mereka lelapkan mata waktu malam.

Setiap hari kumat kamit mulut mak ayah baca Zikir Ya Latif Ya Khafi nak lembutkan perangai anak. Dengan harapan anak boleh jadi “baik” dengan duduk diam.

Kalau nak ikut fitrah kanak-kanak, mereka tak sepatutnya diam walau pun seminit. Kerana perkembangan mereka berlaku setiap minit.

– sel sel otak bertambah
– neuron berhubung antara satu sama lain
– tulang makin membesar
– otot makin kuat
– mulut semakin petah
– emosi makin stabil

Dan anak yang di anggap sebagai lasak, buas dan gasak ni sebenarnya sedang “baik” tumbesaran dia.

Ini kerana “tubuh” mereka adalah Learning Tool utama mereka. Makin mereka aktif, makin cepat tumbesaran fizikal, emosi dan mental mereka.

Hanya 7 tahun je kena sabar. Masuk je fasa sekolah nanti anak dah kurang lasak sebab masa tu “buku & pensil” pula jadi teman belajar dia.

Kita pula yang terngiang-ngiang memori teringat gelagat masa anak kecil.

#PositiveParentingFhais

Kredit: Mohd Fhais

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy