Melihat daratan yang berubah menjadi lautan sekelip mata meninggalkan trauma yang cukup mendalam di hati mangsa banjir. Pelakon, Diana Rafar turut merasakan hal yang sama malah masih berada dalam keadaan trauma dan masih sukar melupakan kejadian banjir yang melandanya dan anak-anak pada Sabtu lalu.
Kata Diana menerusi perkongsiannya di Berita Harian, insiden itu tidak mungkin dapat dilupakannya sampai bila-bila malah kini dia trauma untuk pulang ke kediaman jenis kondominium yang menjadi rumah persinggahan mereka sekeluarga di Seksyen 13, Shah Alam.
Kedudukan kediamannya yang berada di aras enam membolehkan Diana melihat semua yang berlaku sekelip mata. Malah sempat melihat seorang warga emas yang melambai-lambai meminta bantuan. Semuanya berlaku sekelip mata.
“Hujan sangat lebat dan angin bertiup kencang. Semuanya berlaku terlalu pantas. Dalam sekelip mata, air mula memenuhi kawasan persekitaran kondominium.
“Saya sempat meninjau ke luar tingkap. Saya ternampak seorang warga emas melambai-lambai meminta bantuan kerana keretanya ditenggelami air.
“Saya jadi panik kerana tidak mampu berbuat apa-apa. Alhamdulillah, lelaki terbabit akhirnya berjaya menyelamatkan diri,” katanya berkongsi.
Mula panik bila ada penduduk terperangkap
Menurut kata Diana, dia kemudiannya mendengar pengumuman dibuat pengurusan kondominium agar semua penduduk turun. Untungnya ketika itu dia berada berdekatan dengan rumah kakaknya, Linda Rafar.
“Saya panik semula. Kebetulan kakak (Linda) tinggal bertentangan rumah saya. Kami kelam-kabut turun tanpa sempat mencapai apa-apa.
Ads
“Saya hanya membawa telefon bimbit dan anak. Rumah juga dibiarkan tidak berkunci akibat terlalu kelam-kabut. Kami juga terpaksa turun menggunakan tangga kerana perkhidmatan lif tergendala,” katanya.
Diana berkata, sebaik tiba di arah bawah, keadaan bertambah huru-hara apabila semua penduduk berkumpul dan air di luar kondominium makin deras seperti ombak.
Keadaan bertambah kecoh apabila dua penduduk dikatakan terperangkap dalam kenderaan di parkir aras bawah ketika dipercayai cuba menyelamatkan kereta.
“Saya sangat panik lebih-lebih lagi mendapat tahu ada penduduk terperangkap dan dikhuatiri lemas. Air dari sungai berhampiran melimpah dengan deras lalu memasuki ruang parkir aras bawah,” kongsi Diana yang sempat merakam video ketika situasi cemas itu.
Diana berkata, risau kemungkinan air naik dan mula terfikirkan anak-anak, dia dan Linda kembali ke unit kediaman masing-masing.
“Saya dan Linda sangat bimbang jika keadaan bertambah buruk. Lebih-lebih lagi, bekalan elektrik sudah terputus. Kami tidak mampu bertenang.
Ads
“Jantung saya berdegup laju sepanjang malam akibat terlalu risau. Linda pula sukar bernafas disebabkan macam-macam bermain dalam fikiran.
“Ketika itu, kami hanya memikirkan soal mati. Saya hanya mampu berdoa dan berzikir sepanjang malam melihatkan air yang bertakung seperti lautan di sekeliling kondominium,” katanya.
Tak mampu lelapkan mata
Malah kata Diana lagi, sepanjang malam dia tidak dapat melelapkan matanya kerana memikirkan pelbagai perkara buruk tambah pula suaminya ketika itu tidak ada bersama. Dia tidak mampu melelapkan mata.
“Saya merasakan malam terlalu panjang sehingga terfikir apakah dunia akan kiamat. Saya pernah terbaca, sebelum kiamat dunia akan gelap selama tujuh hari,”kongsinya lagi.
Tambah Diana, dia dan Linda masing-masing memakai tudung dan menyarung jaket sepanjang malam supaya andai berlaku kejadian tidak diingini, mereka sudah bersedia. Namun dia bersyukur keesokan harinya, air mula surut.
Ads
“Saya dan Linda buat keputusan meninggalkan kediaman kami dan menumpang sementara di rumah kakak.
“Saya sangat trauma. Suami ada mengajak menjenguk kondominium kami, tetapi saya masih belum bersedia.
“Saya terkejut dan tidak sangka sebaik mendapat tahu banyak tempat yang lebih teruk seperti di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam,” kongsinya lagi.
Kata Diana, sehingga kini dia masih trauma dengan insiden itu malah setiap kali mengenangkan kejadian ‘hitam’ itu, hatinya amat tersentuh dan bulu roma berdiri.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak kebelakangan ini setelah kerajaan mula melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), boleh nampak kehadiran anak kecil bersama ibu bapa di tempat awam dan pusat membeli belah.
Keadaan ini telah mendapat perhatian Kementerian Kesihatan yang kerap kali menasihatkan orang ramai memandangkan kanak-kanak di bawah 12 tahun merupakan golongan yang berisiko tinggi dijangkiti wabak Covid-19 selain warga emas.
Menerusi laporan terdahulu, kerajaan ada mengingatkan ibu bapa supaya tidak membawa anak-anak kecil ke pasar raya dan pusat beli belah sebagai langkah keselamatan dan pencegahan walaupun keadaan sekarang sedikit terkawal.
Sebelum ini pun dalam satu kenyataan, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan ketika ini sedang bercadang untuk mengkaji semula Akta 342 dalam melarang ibu bapa dari membawa kanak-kanak ke pasar raya dan pusat beli-belah.
“Kita akan berbincang dengan Peguam Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mencapai persetujuan.
“Kalau perkara ini dipersetujui maka peraturan boleh dipinda. Jika melanggar peraturan boleh dihukum di bawah Akta 342,” katanya pada sidang media sebelum ini.
Tambahnya kerajaan perlu meneliti secara mendalam mengenai implikasi dan mendapatkan nasihat perundangan sebelum peraturan boleh dipinda.
Sementara itu, melalui kemas kini status terbaru di Facebook Kementerian Kesihatan, peringatan ‘Jangan bawa warga emas atau anak-anak kecil ke ‘mall’ untuk ‘jalan-jalan’. Kita berhadapan musuh tak nampak. Bahaya!’ telah viral dan mendapat respon positif dari orang ramai.
Rata-ratanya bersetuju dan mengharapkan kerajaan boleh bertindak tegas dengan mengambil tindakan sewajarnya. Namun ada juga yang masih tak berpuas hati kerana walaupun banyak mesej yang disampaikan, namun rakyat Malaysia seolah mengambil hal ini acuh tak acuh.
Perlu diingatkan walaupun kerajaan melonggarkan pergerakan, tak bermakna semuanya bebas. Sebolehnya jangan bawa anak kecil ke tempat berisiko untuk mengelakkan anak terdedah kepada virus jahat yang masih belum ada ubatnya lagi.
Resipi Pulut Udang Mewah Dengan Inti, Tambah Bahan ‘Rahsia’ Ni Gerenti Anak-anak Suka
Pulut udang antara menu yang sesuai dinikmati seisi keluarga. Biasanya bila kita makan pulut udang, tentu kita inginkan inti yang banyak. Kalau beli di luar, memang tak akan dapatlah pulut udang yang mewah dengan intinya.
Apa kata kita cuba masak sendiri. Berapa banyak inti kita nak letak, ikut suka hati kita. Tak perlu nak ‘sekat-sekat.’ Bila buat sendiri memang puas hati sebab boleh makan berulang-ulang.
Cuma untuk mama yang ada anak-anak yang masih kecil boleh cuba kurangkan sedikit pedasnya. Letak hanya sedikit cili kisar supaya anak-anak yang masih kecil pun boleh makan tanpa kepedasan.
Jom kita cuba resipi yang dikongsikan Ariff Budiman Zainal Abidin ini.
RESIPI PULUT UDANG
BAHAN INTI PULUT:
3 cawan kelapa parut putih (dalam 1 biji)
2 batang serai*
2 biji bawang merah*
2 sudu besar udang kering* (dalam segenggam)
1 inci kunyit hidup atau serbuk kunyit*
2-3 sudu besar cili kisar*
1 sudu besar jintan manis* | tumbuk halus
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
Sedikit udang hidup | goreng dulu dan asingkan (bahan rahsia)
CARA MEMBUAT:
1. Kisar bahan-bahan bertanda.* Sementara itu, masak pulut macam nasi. Masuk santan, garam dan daun pandan.
2. Panaskan minyak. Tumis bahan yang telah dikisar.
3. Masukkan garam, gula. Kacau hingga agak kering.
4. Kelapa dikisar bagi halus.
5. Masukkan kelapa, udang hidup dan kacau hingga sebati. Lebih kurang selama 10 minit.
6. Ambil pulut, penyek bagi leper dan letak inti tadi. Saiz pulut ikut masing-masing nak besar mana.
7. Kemudian, bakar di atas dapur sehingga masak.
Resipi ini bukan sahaja sesuai untuk makan sendiri tapi boleh juga dijadikan jualan. Memang puas hati siapa sahaja yang memakan pulut udang yang mewah dengan intinya.
Rumah pelakon dan pengacara Diana Amir hampir terbakar gara-gara dia terlupa menutup api dapur semasa memanaskan sup ayam.
Dia yang terus naik untuk tidur terlupa sedang memanaskan sup di dapur, kejadiaan itu diceritakan di instagram miliknya.
Jadi apa yang berlaku ialah .. rumah saya hampir terbakar semalam. Diana nak panaskan sup ayam, dan kononnya kena padam api lah kan sebelum naik tido.
Kesalahan terbesar saya, saya “takpe biarkan sekejap panas”, tapi.. keluar dari dapur saya terus lupa saya tengah panaskan lauk, Saya tutup semua lampu mcm biasa, angkat Khadija yang dah tido naik atas dan letakkan dia tidur .. Kemudian saya pun tidur
Saya terjaga sebab terdengar Khadija merenggek. Saya dah terbiasa tidur-tidur ayam sejak ada baby.. Jadi bila ada bunyi sikit memang saya akan bangun .. lepastu saya bau sesuatu .. Mamai-mamai jadi saya mcm pelik siapa yg buat BBQ .. Kejutkan Habib tanya, “awak ada bau pape tak?” . Dia cakap tak
Kemudian tiba-tiba saya teringat pasal sup ayam tu. Terus saya turun, panggil Habib bgtau dia, asap dah tebal sangat kat bawah. Kat dapur memang dah tak nampak apa. Tapi saya x nampak ada api. Asap Je
Habib yang masuk dapur, jadi saya tak tahu apa yang dia buat dekat bawah, saya lari naik atas sebab Khadija dan Khalid dah terbangun nangis cari saya.
Saya tidurkan anak-anak balik. Saya tahu kat bawah dah penuh dengan asap, tapi tak terbakar. saya pun dah reda. Kat bilik atas asap mula masuk slow-slow.
Saya tutup pintu bilik tido, buka tingkap semua yang ada kat atas. Tetapi x boleh turun bawah sebab asap tebal sangat. Habib memang hero, so saya percayakan dia. Dia buka semua tingkap untuk pastikan asap keluar dari rumah.
Pagi ni bau asap masih kuat. Kena bersihkan semua benda. Basuh semua benda, semua kain, semua pinggan, lap lantai berkali2. Tapi apa yang berlaku, saya tetap bersyukur, Alhamdulillah diberi peluang kedua utk kami. Banyak kemungkinan yang boleh berlaku, tetapi Allah bagi peringatan je. Lain kali penat camana pun cek habis2 semua benda sebelum tido, pastikan semuanya selamat.
Saya bersyukur Allah memelihara keluarga saya selamat kali ini. kes ni tak kan berlaku lagi. Saya janji, InsyaAllah saya akan selalu berjaga dengan benda2 camni. Dan saya berharap dengan berkongsi kisah ni, sesiapa yang membaca jadikanpengajaran
Dalam sekelip mata kita boleh kehilangan segalanya hanya disebabkan perkara kecil. Tutup api. Nak masak tunggu sampai abes. Maksud saya, mungkin kita tak ada masa untuk 24jam duduk di dapur sebab banyak perkara lain yang perlu dilakukan. Tapi, jangan biarkan “alasan” buatkan kita tidak selamat.
Rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman yang sama yang pernah terjadi pada mereka. Mungkin terlalu banyak perkara yang dilakukan menyebabkan para isteri asyik terlupa. Ada juga mengucapkan syukur apabila Diana dan keluarga selamat.
Syukur beli periuk berkualiti
Alhamdulillah tak ada yang teruk berlaku
Pernah terjadi pada saya, dah keluar rumah baru ingat tak tutup api dapur
Proses penyembuhan luka bersalin sememangnya memerlukan masa untuk sembuh sepenuhnya. Dianggarkan luka jahitan ini akan sembuh dalam masa empat hingga enam minggu bagi yang bersalin normal dan enam minggu hingga berbulan-bulan bagi luka jahitan pembedahan caesarean.