Hanya ditinggalkan dalam keadaan berbalut kain lampin dan diletakkan di tepi tong sampah di hentian bas berdekatan Jalan Mahmoodiah, Johor Bahru, nasib bayi lelaki ini masih baik dan berada dalam keadaan sempurna.
Ditemui orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira jam 6.15 petang (15 September), bayi yang berusia antara 16 hari itu telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, bayi berusia 16 hari itu ditemui dalam keadaan berbalut kain lampin oleh seorang lelaki yang melalui jalan itu kira-kira jam 6.15 petang.
“Bayi tersebut dijumpai dalam keadaan berbungkus dengan kain napkin dan di sebelahnya terdapat botol susu, namun tiada sebarang dokumen diri ditemui.
“Bayi itu kini ditempatkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA)”, katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, suspek yang membuang bayi terbabit masih belum dikenal pasti.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya.
Terdahulu tular di media sosial beberapa keping gambar bayi yang dijumpai di perhentian bas berhampiran Tanah Perkuburan Islam Mahmood.
Menerusi Facebook Abshah Abd Hamid, pengalaman kali pertama terjumpa bayi yang dibuang di depan mata sendiri benar-benar buatkan dirinya sebak.
Allahuakbar..selalu tengok dalam TV, arini terjumpa depan mata sendiri. Walaupun ibu kamu buang kamu, tetapi Allah telah janjikan rezeki kamu sayang.
Dekat tempat kejadian juga ada insan berhati mulia untuk ambil kamu sebagai anak angkat. Sungguh besar kuasa mu Ya Allah. Semoga kamu membesar jadi insan berguna sayang.
Perkongsian itu meraih perhatian warganet dan ramai yang mendoakan agar anak ini dapat kasih sayang dari orang yang betul-betul menyayanginya.
Orang ramai juga turut menitipkan doa agar bayi ini juga dapat membesar menjadi insan yang berjaya dunia akhirat dan membesar menjadi anak soleh.
Sumber: Sinar Harian & FB Abshah Abd Hamid
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)