Pastinya ramai yang tahu pisang banyak khasiatnya dan jika diambil ketika susah nak buang air besar dikatakan sangat membantu. Bukan itu sahaja pisang juga dapat memberikan tenaga. Dengan harga yang murah dan senang dapat ia juga antara pilihan ibu bapa untuk diberikan pada anak-anak.
Namun pengambilan berlebihan boleh memberi kemudaratan dan perkara ini diakui sendiri oleh seorang ibu setelah anaknya sakit kerana terlalu banyak sangat makan pisang.
Melalui perkongsian di Facebook Niena Samsir, dia menceritakan pengalaman anaknya yang dimasukkan ke hospital dan nyaris kena melakukan pembedahan kerana najis jadi banyak dan usus sendat dan padat.
Menangis Tak Berhenti, Perut Keras
Apabila dibawa ke hospital, doktor mnegesahkan Haziq tidak membuang air kecil selama 4 jam dan keadaan ini sangat berisiko dan berbahaya.
Masukkan Tiub Keluarkan Air Kencing
Melihat keadaan Haziq yang dalam keadaan agak teruk, doktor memberitahu bahawa pembedahan perlu dilakukan segera.
Berjaya Masukkan Ubat Pelembut Najis
Namun siapa sangka punca utama kejadian ini kerana buah pisang dan situasi ini juga pernah berlaku pada kanak-kanak lain.
Makan Pisang Boleh, Tapi Kena Banyak Minum Air Masak
Peringatan buat semua ibu bapa
Sumber: FB Niena Samsir
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bayi 6 Bulan Tak Bermaya Lepas Makan Tembikai. Rupanya Tercekik, Mujur Ibu Pantas Bertindak
Siapa sangka hanya dengan memberi anak makan buah tembikai boleh menyebabkan anak tercekik dan hampir meragut nyawa.
Puan Syazwanie Afiqah Mohd Kushari telah berkongsi detik cemas apabila anaknya tercekik sisa buah tembikai. Mengaku salahnya, dia berkongsi cerita ini sebagai panduan ibu bapa di luar sana agar lebih berhati-hati ketika memberi anak kecil makan.
Saya kan.. Nak cerita something. Buat pengajaran. Salah saya.
Haritu saya keluar dengan baby jalan-jalan. Lupa nak bawak makan dia. Saya pun beli lah buah tembikai yang potong-potong tu.
Sedap Nampak Baby Nyonyot Buah Tembikai
Saya bagi baby nyonyot. Sedap nampak dia nyonyot. Suka bebenor. Lepas tu dia tak nak lagi dah. Saya ada nampak macam sisa buah tembikai kat tepi2 mulut dia. Saya lap pastu saya sambung berjalan.
Nampak Muka Baby Tak Bermaya
Saya nampak muka dia memang tak bermaya. Tapi dia diam je. Dia mmg jenis kurang menangis. Saya tak pikir apa. Tiba-tiba dia muntah air banyak sangat. Entah lah memang tak fikir. Lepas tu dia muntah lagi. Saya pelik, ada pehal dengan tembikai tu ke?
Apply First Aid Untuk Budak Tercekik
Lepas tu saya tergerak hati nak korek mulut dia. Turned out ada sikit sisa buah tembikai dalam mulut dia besar satu ruas jari kelingking. Saya cepat2 buang. Then saya apply first aid untuk budak2 tercekik. Alhamdulillah lepas tu semua okay. Dia pun okay sambung gelak balik. Tapi mama abah tak da mood nak berjalan. Terus balik.
Tak Perasan Masa Tengah Nyonyot, Dia Tergigit Tembikai Guna Gusi Dia
Rupanya masa dia tgh nyonyot saya tak perasan dia ada tergigit guna gusi dia. Saya patut perasan bila saiz tembikai tu mengecil. Sebab kalau dia nyonyot mestilah saiz lebih kurang je cuma isi je da kene sedut kan? Entahlah.. bengap betul. Apa lah saya pikir.
Rasa Bersalah, Rasa Useless Sangat
Memang terkesan sangat. Sampai sekarang terkesan. Benda dah jadi dekat dua minggu tapi sampai skrg masih terasa. Terdiam. Rasa bersalah sangat. Rasa useless sangat. Rasa kecewa dengam diri sendiri. Kadang kalau teringat saya menangis sebab saya ada terbaca kes macam ni tapi saya tak alert. Tak hati-hati. Allahu..
Bersyukur Pernah Terbaca Artikel Cara Handle Anak Tercekik
Satu yang saya bersyukur, hari sebelum tu saya share artikel tentang apa perlu kita lakukan kalau budak tercekik pada suami saya, saya bgtau dia, “Nauzubillah.. tapi sebagai panduan..”Tak sangka the next day dah kene apply kat anak.
Ada org suggest sebelum bg anak kita kene kunyah/gigit sikit bagi hancur baru suap pada anak, tapi actually bende tu tak boleh kan? Huhu. Entahlah..
So, sampai situ je cerita saya untuk dijadikan pengajaran semua. Terima kasih.
Sumber: Syazwanie Afiqah Mohd Kushari
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Tukar Lampin Bayi Perempuan Tak Sama Dengan Bayi Lelaki, Ibu Ayah Wajib Tahu Elak Jangkitan Kuman Pada Bayi
Setiap kali nak pakaikan si manja lampin bayi tentu rasa risau, takut mereka mengalami ruam. Jangan bimbang, ada petua untuk penjagaan kulit dan napkin baby yang boleh dicuba.
Penjagaan kulit dan lampin bayi
Tiada siapa boleh menafikan kegembiraan yang dirasai saat bergelar ibu bapa buat kali pertama. Tetapi dalam masa yang sama ia turut boleh mengundang tekanan apatah lagi melibatkan aspek penjagaan si manja seperti pemakaian napkin baby yang mungkin boleh menyebabkan ruam.
Pastinya anda tertanya-tanya adakah terdapat cara penjagaan kulit si manja yang betul? Sesungguhnya pengetahuan adalah kunci untuk segalanya.
Tip pemakaian napkin baby
Kebanyakan bayi yang baru lahir akan menukar lampin antara 10 hingga 15 kali dalam sehari. Banyak, bukan? Ia tampak sukar, namun sebenarnya ada petua untuk memudahkan proses menukar lampin bayi ini.
Panduan asas menukar lampin bayi baru lahir:
- Pastikan anda basuh tangan sebelum dan selepas menukar napkin baby
- Baringkan bayi pada permukaan rata dan selamat, seperti di lantai
- Jangan sesekali meninggalkan bayi tanpa pengawasan jika anda menukar lampin di atas meja tukar napkin, walaupun hanya sesaat!
- Bayi tidak akan duduk diam, bukan? Jadi pastikan segala krim, ubat atau pin diletakkan pada jarak yang tidak dapat dicapai mereka. Sebaiknya, berikan si manja mainan untuk mengalihkan fokus semasa sesi pertukaran lampin
- Lap bahagian lampin dengan kain basahan atau tisu basah tanpa pewangi. Pastikan kawasan tersebut kering atau biarkan ia mengering sebelum memakaikan napkin baharu
Menukar napkin baby perempuan:
- Sentiasa lap depan ke belakang untuk elak kuman daripada dubur masuk ke saluran kencing
- Bersihkan dengan lembut lipatan luar labia. Tidak perlu membersihkan bahagian dalam faraj
Meukar napkin bayi lelaki:
- Jangan tarik kulup zakar si kecil ke belakang semasa membersihkan zakar. Basuh bahagian tersebut dengan baik dan bersihkan daripada bahagian depan ke belakang
- Sebelum melekatkan atau menutup lampin, pastikan zakar bayi ke bawah untuk mengelakkan kencing mengalir ke bahagian depan napkin
Merawat ruam lampin
- Tukar lampin bayi dengan kerap dan segera selepas bayi membuang air besar
- Bersihkan kawasan tersebut secara lembut dengan menggunakan sabun ringan dan air Kemudian, sapu krim ruam. Penggunaan krim dengan zink oksida lebih disarankan kerana ia dapat menghalang kelembapan
- Jika menggunakan kain lampin bayi, pastikan ia dibasuh dengan bahan pencuci tanpa pewangi dan pewarna
- Biarkan bayi bebas tanpa pemakaian napkin untuk beberapa tempoh masa dalam sehari. Ini bantu memberikan pengudaraan kepada kulit
- Sekiranya ruam lampin berlanjutan selama lebih daripada 3 hari atau semakin teruk, lakukan pemeriksaan doktor segera.
Ia mungkin disebabkan oleh jangkitan kulat yang memerlukan ubat preskripsi.
Kulit si kecil yang baru lahir sangat lembut dan sensitif, pastinya keadaan itu mendatangkan kerisauan kepada ibu bapa, bukan?
Namun ada tip penjagaan yang boleh dilakukan, seperti:
Mandi berlebihan
Menurut American Academy of Pediatrics, bagi kebanyakan bayi, mandi 3 kali seminggu sudah mencukupi. Jika berlebihan, ia boleh menyebabkan kulit mereka kering.
Ketika sesi mandian, anda boleh mengikuti beberapa petua asas berikut:
- Pastikan suhu air suam, agar bayi tidak berasa kesejukan
- Hanya gunakan air pada bahagian muka tanpa sabun
- Jika ingin membasuh badan mereka, gunakan sabun dalam kuantiti yang kecil serta bebas wangian atau pewarna
- Anda boleh membersihkan bahagian kulit kepala si kecil dengan sedikit sabun bersama berus lembut
- Pemakaian napkin baby, berhati-hati dengan tali pusat
- Semasa ingin pakaikan lampin bayi, pastikan anda turut berwaspada dengan tali pusat mereka.
Ikuti saranan doktor mengenai aspek penjagaan tali pusat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sakit Ketika Kencing? Masalah Selepas Bersalin Yang Tidak Boleh Anda Abaikan
Jika anda mengalami sakit ketika kencing, anda mungkin menghidap kencing kotor. Masalah kencing kotor sering dikaitkan dengan ibu hamil. Namun, sebenarnya wanita juga lebih mudah diserang kencing kotor atau urinary tract infection (UTI) selepas melahirkan bayi, terutamanya jika anda dikateter dalam pundi kencing ataupun mendapat epidural semasa proses bersalin.
Malah, wanita juga lebih mudah mendapat kencing kotor disebabkan saluran air kencing mereka lebih pendek berbanding lelaki. Apabila jaraknya pendek, kuman dari luar lebih mudah untuk masuk ke dalam pundi kencing sekali gus menyebabkan jangkitan. Kencing kotor terjadi kerana jangkitan kuman pada sistem saluran kencing merebak pada buah pinggang, jangkitan dari luar dan masalah tahan kencing.
Selain itu, antara faktor ibu selepas bersalin mudah mendapat kencing kotor adalah kerana:
- Ibu mungkin trauma dan menahan kencing kerana takut luka bersalin mereka pedih atau sakit.
- Ibu yang mengambil epidural semasa bersalin juga mungkin akan mengalami gangguan saraf pada pundi kencing sehingga menyebabkannya terdedah kepada masalah kencing kotor.
Simptom kencing kotor selepas bersalin
- Sakit semasa terkencing
- Kerap rasa hendak terkencing tetapi keluar kencing sedikit atau tidak keluar air kencing
- Air kencing keruh atau berdarah
Apa yang saya perlu lakukan jika mengalami kencing kotor?
Masalah kencing kotor tidak boleh dibiarkan kerana akan menyebabkan masalah lain pada badan anda. Jika masalah ini tidak dirawat dengan sempurna akan menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang dalam jangka panjang. Selain itu, ibu baru juga akan mengalami demam jika masalah kencing kotor berterusan.
Bagi mengatasi dan mengurangkan risiko masalah ini, ibu disaran untuk melakukan seperti di bawah:
- Minum sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas air masak setiap hari bagi mengelakkan dehidrasi dan jangkitan saluran kencing.
- Kurangkan minuman kopi, sitrus, tomato, minuman ringan dan minuman bergula serta alkohol bagi mengelakkan iritasi dan membuatkan anda sukar untuk mengawal pundi kencing.
- Latih pundi kencing anda untuk kencing setiap 30 minit. Hal ini adalah bagi mengelakkan anda untuk tidak kencing langsung. Kemudian, bolehlah dijarakkan lagi waktu kencing dalam satu jam sekali atau dua jam sekali dan seterusnya.
- Kencing sebelum dan selepas melakukan hubungan intim.
- Elak melakukan hubungan seks semasa anda dalam rawatan UTI.
- Penjagaan kebersihan bahagian intim adalah penting. Selepas membuang air kecil, pastikan anda mengelap kemaluan anda dari depan ke belakang bagi mencegah bakteria di bahagian belakang merebak ke faraj anda.
- Ambil vitamin C (250 hingga 500 mg), beta-karotene (25,000 hingga 50,000 IU setiap hari) dan zink (30-50 mg setiap hari) bagi membantu melawan jangkitan.
- Elakkan meneran semasa membuang air kecil ataupun besar kerana usus anda tidak boleh memberi tekanan tambahan kepada pundi kencing.
- Jangan menggunakan tampon, sebaliknya gunakan pad bagi membantu menyerap kebocoran air kencing anda.
- Lakukan senaman kegel bagi memastikan otot sekitar pelvis dan pundi kencing kembali normal. Senaman kegel juga boleh dilakukan semasa anda hendak batuk, tergelak atau bersin.
- Elak menggunakan sabun, krim antiseptik, penyembur dan bedak untuk bahagian intim.
- Tukar seluar dalam dan sarung kaki setiap hari.
- Elakkan memakai seluar yang ketat.
- Pakai seluar dalam atau sarung kaki yang diperbuat daripada kain kapas.
Kencing kotor selepas bersalin mungkin akan berlarutan antara tiga hingga enam bulan atau mungkin lebih lama jika tidak dirawat. Jika masih berlanjutan, berjumpalah dengan doktor anda untuk mendapatkan rawatan.
Sumber: Hello Doktor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI