“Hanya Layan Keluarga Ayu.” Cucu Jauh Hati, Nenek Pilih Kasih. Rasa Tak Adil!

Share

Biasanya nenek atau datuk di kampung akan memanjakan cucu-cucunya. Kalau terdengar atau ternampak anak marahkan cucu mereka, habis kena bebel. Begitulah kasih sayang nenek dan datuk kepada cucu-cucu. kalau balik kampung pun, kalau boleh tak mahu diberi pulang semula ke bandar.

Tapi tak semua orang ada nenek yang baik. Seperti yang dikongsikan confessor ini, dari kecil dia dan sepupu-sepunya tidak mendapat kasih sayang dari nenek mereka. Si nenek lebih mementingkan cucu dari anak hasil perkahwinan pertamanya. Ikuti kisahnya ini.

Hai min, tolong hidekan nama saya.

Zaman kanak-kanak yang penuh dengan toksik. Rasanya ramai yang lalui. Bila balik ke kampung, pasti ada perbezaan.

Siapa masih ada nenek? Nenek anda jenis yang macam mana? Pilih bulu ke?

Ini kisah nenek saya yang rasanya saya tak akan lupa sampai bila-bila. Malah kalau suatu hari nanti saya diizinkan jadi nenek.. Saya nak ubah semua ni supaya cucu-cucu saya tak lalui apa yang saya lalui dulu.

Kanak-kanak sangat suci. Kenapa perlu dibanding-bandingkan? Kenapa perlu dipilih kasih? Kenapa tak sayang sama adil? Sungguh saya tak faham. Tapi bila saya mula melangkah ke alam dewasa, baru saya faham.. Hidup ini sementara, suatu saat kau bakal tua tak berdaya. Dan saya mula belajar
Pedulikan semua benda mengarut ni, Suatu hari nanti saya jua akan cipta hidup sendiri.

Flash back tahun 2000 (ketika itu saya di sekolah rendah)

Keluarga kami sederhana besar, sebab adik beradik ayah saya semuanya 7 orang. Walaupun masing-masing menetap di daerah yang berbeza tapi kami sepupu sangat rapat. Jarang berjumpa tapi rapat.

Sebelum nenek saya berkahwin dengan arwah atuk saya, dia pernah ada perkahwinan yang pertama dan mempunyai seorang anak lelaki (abang tiri) kepada ayah saya, saya namakan dia Pakcik A. Dan saya rasa nenek sangat sayangkan Pakcik A berbanding anak yang lain.

Pasti ramai yang akan cakap, “Mestilah dia sayang anak dia”.. Memang ibu mana tak sayangkan anak.. Sayang sehingga wujud perbezaan layanan?

Tak terhenti disitu, timbul isu layanan antara cucu. Rupanya bukan saya sahaja yang perasan layanan terhadap saya dan cucu kesayangannya (anak kepada pakcik A) malah sepupu yang lain juga merasai perbezaan itu.

Apabila keluarga saya sahaja yang pulang ke kampung, nenek akan melayan seperti biasa. Tersenyum. Berbual. Seperti biasa.

Pakcik A dan keluarga jarang balik ke kampung, mungkin kerana mereka tinggal di negeri yang berbeza. Biasanya kami dapat berjumpa sewaktu hari raya.

Bila tiba hari raya

Waktu inilah jelas kelihatan perbezaan layanan. Mungkin cucu kesayanganya (Ayu) sudah balik. Saya masih ingat lagi bila nenek menyuruh kami sekeluarga makan.

“Makanlah ada macam-macam dekat dapur, pergilah”

Baru kami sekeluarga semua nak menjamah lauk terus disemburnya “(Ayu) makan lahh, nanti habis”. Ayu macam biasa buat tak tahu, Ayu sebenarnya baik je dengan kami semua cuma agak pendiam.

Masuk kali ketiga nenek paksa Ayu makan, takut makanan habis. Selera saya terus terpotong. Seolah kami anak beranak memang nak habiskan makanan atas meja rumah nenek (tak hadap pun, geram jugak sebenarnya)

Mak ayah saya bukan tak tahu tapi mungkin dia tak nak ambil pusing

Bila Ayu ada, nenek mula tak senyum pada kami. Hanya akan layan keluarga Ayu sahaja. Siap suapkan Ayu makan. Malah menurut sumber (sepupu lain) mereka tahu Ayu sentiasa dapat duit daripada nenek, bukan sikit tapi agak banyak . Nenek agak berduit kerana ada duit pencen. (tak kisah pun duit nenek). Nenek selalu puji Ayu pandai. (sepupu lain lagi pandai actually 😔) .

Kami sepupu lain pasti ada sahaja masalah depan nenek, kalau Ayu semuanya perfect.

Ada satu hari tu kami sama-sama sepupu bermain termasuk ayu, dan terpecahkan barang nenek. Ayu tak disalahkan ,tapi kami semua diherdik. Teringat pula salah seorang sepupu saya pernah call bagitahu, “sebenarnya ayu cucu kesayangan nenek, apa dia buat nenek suka walaupun dia repeat belajar”. Betullah, bukan saya sahaja yang syak malah sepupu lain turut terasa dengan keadaan.

Masuk tahun 2019

Perangai nenek masih sama, yang satu itu dipuji dipuja. Saya dah makin besar makin malas balik kampung. Malas nak hadap apa-apa.

Pernah sekali saya nak bungkuskan makanan di kenduri, makcik suruh untuk bagi pada tetamunya, nenek datang jenguk dalam periuk dan marah cakap tak perlu bungkus (padahal majlis tu bukan majlis nenek tapi majlis makcik), nenek panggil Ayu cakap “Ayu bungkus lah bawa balik Johor”, Ayu balas dengan nada malas “Taknak ahhh.. Bukannya sempat makan rumah sewa”. Nenek berkeras juga suruh Ayu bungkus. Ayu memang tak layan. Dan saya mula menyampah terus tinggalkan dapur (malas nak hadap).

Setiap kali balik kampung pasti dipersoalkan macam-macam. Dipaksa buat itu ini sedangkan Ayu bebas atur hidupnya.

Entahlah kalau nak diceritakan panjang sangat. Cuma mesej yang saya nak sampaikan, kalau anda anda anak, ada cucu jangan beza-bezakan. Lama-lama anda akan tua, lama-lama anda akan keseorangan juga dan lama-lama orang menyampah nak hadap keadaan macam ni. Orang akan mula menjauh, masa tu jangan salahkan kita tak datang melawat ya. Hargai setiap orang disekeliling.

Mahu berkongsi cerita atau pengalaman anda? Klik KONGSI CERITA.

Published by
Emy H