Hanya Mainan Timbul, Selagi Tak Jumpa Ibu Tunggu. Usaha Mencari 2 Beradik Diteruskan

Share

Usaha mencari dua beradik yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ketika membonceng motosikal yang ditunggang ibunya (28 April) masih diteruskan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kedua-dua beradik itu terjatuh dalam sungai selepas motosikal ditunggang ibu mereka hilang imbangan ketika melalui jambatan gantung Kampung Rekoh di Rompin, selepas mengambil anak dari sekolah.

ARTIKEL BERKAITAN [Tangisan Seorang Ibu Harapkan Anaknya Dijumpai. Motor Hilang Kawalan Melalui Jambatan]

Seorang pengguna platform TikTok @pieqahshaidi_97 memuat naik dua video memaparkan sekitar operasi mencari dan menyelamat yang disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

@pieqahshaidi_97Ya Allah , kau timbulkan lah anak anaknya yg jatuh dri jmbtan kg rekoh dan hanyut dibawa arus sungai . dari pukul 11 pagi sampai skrg xjumpa lagi 🥺♬ original sound – 𝒜𝓇𝒾𝑒𝓏𝒶✨🕊️

Ya Allah Engkau timbulkanlah anak-anak ini

Menerusi ruangan kapsyen, gadis tersebut sebak memikirkan nasib mangsa Dhenis Maulida Puteri Masari, tujuh tahun serta adiknya Puteri Ramadhania Azzahra yang berumur tiga tahun.

“Ya Allah masih tak jumpa lagi. Macam mana laa keadaan anak-anak tu dalam air, jumpa barang-barang mainannya saja yang timbul. Mari sama-sama doakan mereka,” katanya.

Memetik laporan Astro Awani, kejadian berlaku ketika si ibu yang dikenali sebagai Liswati, 37 dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengambil Dhenis yang selesai sesi pra sekolah.

“Motosikal yang ditunggang mereka dikatakan hilang imbangan kira-kira lima meter lagi hendak sampai ke tebing menyebabkan ketiga-tiga mereka terjatuh, dan dua mangsa yang masih kecil terus terjerumus ke dalam sungai.

“Terdapat jaring yang dipasang pada kiri dan kanan jambatan gantung itu tetapi difahamkan akibat kurang penyelenggaran, terdapat lubang besar di beberapa tempat sepanjang jambatan itu,” kata Pemangku Ketua Polis Daerah Rompin, ASP Mohd Isa Bidin.

@pieqahshaidi_97Ya Allah masih tak jumpa lagi 😭 macam mana laa keadaan anak anak tu dalam air . jumpa barang2 mainannye saja yg timbul 🥺 mari sama doakan mereka .

♬ Tasbih – Islam Itu Indah™

Difahamkan juga, jambatan gantung ini adalah jalan pintas yang sering digunakan penduduk setempat sebagai laluan pintas memandangkan jalan raya agak jauh. Dalam kejadian ini ibu kepada dua beradik ini terselamat selepas tersangkut di jaring jambatan gantung tersebut.

Semoga usaha pencarian dua beradik ini dipermudahkan dan dapat dijumpai secepat mungkin.

Kredit: TikTok @pieqahshaidi_97 , Astro Awani

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy