Setiap manusia dugaan yang diterima pasti berlainan. Tapi apa yang penting adalah sabar disamping terus berusaha dan bertawakal kepada yang Maha Esa. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.

Seperti perkongsian oleh Suriati Shamsuddin seorang fasilitator di Persatuan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Hulu Langat yang berkongsi cerita tentang kehidupan sebuah keluarga yang serba kekurangan dengan dua orang anak yang masih kecil serta ibu yang tunggu hari untuk melahirkan anak ketiga.

Dalam satu perkongsian lain dari Azlan Shah Nabees Khan, CEO ARBA Foundation yang juga turun padang untuk meninjau keadaan rumah keluarga tersebut memaklumkan anak kedua pasangan ini mengalami kelewatan bercakap walaupun sudah berumur 6 tahun.

Hanya Mampu Makan Sekali Sehari, Isteri Pula Tengah Sarat Dengan 2 Orang Anak Masih Kecil. Siapa Sudi Silalah Bantu

Makan sekali sehari

Hanya tinggal di bilik kecil yang kotor, panas dan sempit, dengan tandas dan dapur hanya dipisahkan dengan langsir yang usang, dalam perkongsian Azlan, keluarga ini hanya makan sekali sehari sahaja. Sudah sebulan kehabisan gas dan beras, keadaan isteri yang sarat dan suami yang tidak pandai membaca menyukarkan dirinya untuk mendapat pekerjaan tetap. Apa yang dilakukan hanya mengambil upah membaiki kereta dan motor serta menjual sate di waktu malam.

Turut ditanya adakah anak-anaknye dihantar ke sekolah, menurut si ayah hanya yang sulung yang kini berusia 7 tahun dihantar ke sekolah, namun anak keduanya yang berusia 6 tahun tidak dihantar ke tadika kerana tidak mampu untuk membayar yuran.

berikut perkongsian yang dibuat:

“Baru hari ni kami dapat tengok Nur senyum manis macam ni. Selalunya kalau datang klinik, muka suram je.”

Bukan sahaja Nur, nurse yang ‘jaga’ beliau pun turut rasa lega. Akhirnya ada sedikit sinar harapan buat keluarga ini.

Kisahnya,

Dalam misi turun padang untuk Projek Susu Ibu Bagi Bayi Miskin di Klinik Kesihatan pagi tadi, ditemukan dengan seorang ibu muda, berusia 29 tahun yang hamil 38 minggu. Kandungan ketiga. Anak yang besar berusia 7 dan 6 tahun. Ibu tidak bekerja. Suami kerja repair kereta di siang hari, malam pula bantu Pak ciknya berniaga di gerai sate.

Hanya Mampu Makan Sekali Sehari, Isteri Pula Tengah Sarat Dengan 2 Orang Anak Masih Kecil. Siapa Sudi Silalah Bantu

Memang perlu dibantu segera.

Kebetulan hari ni beliau datang ke klinik untuk check-up. Terus interview dan cerita tentang Projek Susu Ibu. Alhamdulillah, beliau berminat dan bersetuju untuk join. Saya berjanji akan hubungi beliau lagi untuk temujanji seterusnya.

Tidak menunggu lama, terus call tim ARBA Foundation, Tuan Azlan Shah Nabees Khan. Saya tau, dalam hal ni, dia akan buat sesuatu.

“Jom kita pergi tengok petang ni.”

Ads

Maka petang tadi, saya dan tim AARBA Foundation dengan diiringi dua orang nurse, berkunjung ke rumah keluarga miskin ini.

Sah, ceritanya semua benar. Kesempitan hidup mereka itu real. Miskin bandar yang masih ada di tahun 2020.

Sedih. Sangat!

Hampir kami kehilangan kata melihat tempat mereka berteduh. Ini bukan rumah, pondok pun bukan. Cuma bilik kecil yang menempel di belakang sebuah rumah (rumah adik si suami). Kotor, panas dan sempit. Di situlah tilam, almari dan situ juga kasut sekolah anak. Dapur dan tandas hanya disempadani langsir.

Titis-titis peluh di dahi anak-anak yang seronok bermain dengan sepupu mereka, sudah dapat membayangkan bahang yang penghuni rumah ini perlu hadap setiap hari.

“Adik dah makan?” Geleng.

“Adik lapar ya?” Angguk.

Saya pergi ke kereta. Ambil roti.

Laju je budak-budak tu makan disuap oleh Afiqah, dari ARBA Foundation.

Rupanya, sudah hampir sebulan mereka kehabisan gas. Kalau ada pun mereka hanya mampu makan sekali sehari, di waktu malam. Tergantung pada upah berjualan sate. Saya tak boleh nak fikir, macamana seorang ibu hamil yang sering kali rasa nak mengunyah je, terpaksa menahan lapar kerana tiada makanan. Sungguh, ini tak wajar berlaku dalam dunia hari ini. Allahu. Rasa berdosa dengan keselesaan diri sendiri.

Ads

Hanya Mampu Makan Sekali Sehari, Isteri Pula Tengah Sarat Dengan 2 Orang Anak Masih Kecil. Siapa Sudi Silalah Bantu

Inilah realiti.

Bukan mereka tidak berusaha. Sudah. Jangan salahkan mereka. Itu sahaja kemampuan yang mereka ada. Dengan buta huruf, apalah sangat pekerjaan yang si suami boleh mohon. Dengan kudrat empat kerat itulah, dia bersungguh menyara keluarga.

Mereka benar-benar perlu dibantu.

Bayi yang bakal lahir nanti tidak mungkin dapat membesar sempurna dalam persekitaran ini. Bukan sahaja tidak sesuai, malah berbahaya. Kerap kali juga rumah mereka ini ‘dikunjungi’ oleh makhluk berbisa seperti ular dan lipan. Seram wei kami dengar.

Siapa sudi bantu boleh hubungi nombor whatsapp Tuan Azlan

Anak-anak mereka masih belum mengerti apa-apa. Mereka juga perlukan perhatian segera. Anak kedua pasangan ini mengalami speech delay dan tidak ke tadika. Kakak yang sulung pula, yurannya masih lagi belum dijelaskan. InsyaAllah dik, kami cuba bantu adik semampu mungkin. Kalian juga anak-anak kami.

Untuk itu Tuan Puan, sekiranya kalian ingin bersama-sama dengan kami membantu keluarga ini, pihak ARBA Foudation sedang usahakan sesuatu. Ya, dengan kadar segera.

Mereka akan belikan:

  1. Tilam dan bantal baru. Gantikan tilam dan bantal yang dah kotor dan hitam itu.
    2. Barang-barang baby. Baju, lampin dan yang sewaktu dengannya.
    3. Kelengkapan dapur dan bekalan makanan.
    4. Sumbangan duit untuk mereka beli makanan sihat, bayar hutang dan baiki rumah yang usang.

Sila whatsapp Tuan Azlan, wa.me/601156879189

Ads

Beliau akan guide untuk sumbang melalui saluran yang betul. Bukan masuk akaun bank peribadi sesiapapun.

Sekiranya ada yang ingin sumbangkan pakaian dan buku-buku terpakai, boleh juga hubungi kami.

Terima kasih terlebih dahulu buat penyumbang-penyumbang. Semoga usaha baik kalian dirahmati Allah s.w.t.

Hanya Mampu Makan Sekali Sehari, Isteri Pula Tengah Sarat Dengan 2 Orang Anak Masih Kecil. Siapa Sudi Silalah Bantu

Dah Ada tanda nak bersalin

Sebelum balik, sempat Nur berbisik kepada nurse,

“Nurse, sebenarnya saya sudah ada sikit-sikit tanda nak bersalin. Tapi saya tak nak pergi hospital lagi. Suami saya belum dapat duit repair kereta. Jadi baju dan lampin bayi belum dapat beli lagi.”

Apa???

Maka panjanglah pesanan penaja dari nurse untuk Nur sebelum balik tadi.

Doa saya,

Janganlah Nur bersalin malam ni. Berilah kesempatan kepada kami untuk buat sedikit persiapan sambut kelahiran anak yang tak berdosa ni.

Tunggu kejap ya sayang.

Suriati Shamsuddin
Hanya mampu bersyukur.

Sumber: Suriati Shamsuddin & Azlan Shah Nabees Khan

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI