Memang sesuatu yang menyeramkan jika kita terpaksa melalui kawasan perumahan yang mempunyai anjing tak kira bertuan mahupun anjing liar. Bermacam-macam kejadian boleh berlaku sekelip mata. Itu lah yang terjadi kepada kanak-kanak 2 tahun apabila diserang sekor anjing bertuan ketika keluar bersama neneknya.
Kejadian ngeri itu berlaku ketika dia dan neneknya dalam perjalanan ke kedai untuk membeli ais krim. Tanpa diduga, anjing dari salah sebuah rumah di kawasan tersebut menerkam mangsa. Kejadian tersebut diceritakan oleh ibu mangsa.
Terdengar tangisan anak
“Ketika kejadian, saya baru hendak menunaikan solat Zuhur dan terdengar tangisan anak. Saya ingatkan dia terjatuh,” kata Farhana , 27, menceritakan anaknya Kaisya Amanda Mohamad Sabri, cedera digigit anjing.
Kejadian berlaku pada 2.20 petang di sebuah taman perumahan di Kulai, Johor, ketika kanak-kanak berusia dua tahun itu bersama neneknya, Shahbanu Moin, 47, keluar untuk membeli aiskrim.
Ads
Kaisya cedera digigit anjing jiran
Farhana berkata, tangisan didengari agak berlainan daripada biasa, lalu bergegas turun untuk melihat kejadian sebenar.
“Saya tanya suami, dia beritahu Kaisya cedera digigit anjing jiran. Pada ketika itu, bajunya dipenuhi darah dan terdapat luka sedalam lebih dua sentimeter pada lengan dan belakang.
“Kebetulan suami baru siap untuk ke tempat kerja selepas solat Jumaat, dia segera membawa Kaisya ke unit kecemasan Hospital Kulai untuk rawatan lanjut,”
Sebelum itu, Farhana berkongsi kejadian menimpa anaknya menerusi Facebook dengan menulis:
Ads
“Apa perasaan anda bila anjing jiran gigit anak sampai teruk begini?
“Mami reda, tapi papa tidak boleh terima. Anak kau kat dalam tengah cuci luka, nangis jerit-jerit. Kau kat luar hanya mampu dengar dia nangis. Dan kau ikut menangis dari luar.”
Status itu mendapat pelbagai reaksi dan rata-rata menyaran supaya pasangan ini membuat laporan polis.
Farhana berkata, pada hari kejadian, penjual aiskrim kebetulan memberhentikan motosikal berdekatan rumah pemilik anjing terbabit.
Ads
Katanya, Kaisya berjalan terlebih dahulu manakala ibu mentuanya masih di belakang kerana dia berjalan agak perlahan.
“Saya diberitahu, jiran terbabit tidak menutup pintu pagar dengan rapat dan anjing itu terus menerpa ke arah Kaisya. Dia terjatuh dan cuba melawan, haiwan itu mahu menggigit mukanya.
“Waktu itu, bajunya berlumuran darah dan kami terpaksa menggunakan tisu untuk mengelak darah terus keluar. Sebaik tiba di hospital, Kaisya ditahan di wad dan doktor segera mencuci luka itu bagi mengelak jangkitan kuman,” katanya.
Bagaimanapun, Kaisya dibenarkan pulang dan doktor memberitahu kanak-kanak terbabit perlu menjalani rawatan susulan di klinik kesihatan setiap hari.
“Saya akan mendapatkan surat laporan perubatan dari hospital untuk membolehkan kami mengambil tindakan sama ada saman atau sebagainya terhadap pemilik anjing terbabit,” katanya.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima 9 tahun dilaporkan maut di rumahnya di Kabupaten Ciamis, Jawa Barat pada Rabu. Mangsa dipercayai maut berpunca dari letupan telefon bimbit milik ibunya.
Menurut Ketua Kampung, Dedi, kejadian berlaku sebaik sahaja mangsa pulang dari sekolah sekitar jam 2 petang, lapor Kompas. Ketika itu, ibu mangsa mengajaknya makan sebelum dia keluar rumah untuk membeli makanan untuk mangsa.
Dia mendakwa, mangsa terus bermain dengan telefon bimbit yang masih bersambung dengan pengecas sebaik sahaja ibunya keluar. Ketika pulang dari membeli makanan, ibu mangsa mendapati mangsa sudah tidak bernyawa dan berada dalam posisi terbaring.
Menurutnya lagi, mangsa dipercayai tertidur semasa bermain telefon itu melihat dari posisi telefon yang masih berada pada dada mangsa. Telefon bimbit itu dipercayai ‘meletup’ melihat daripada luka terbakar pada dada mangsa.
Sementara itu, menurut ibu mangsa, pengecas telefon bimbit tersebut masih berada dalam keadaan elok dan disambungkan pada plug, namun tidak ada kesan terbakar pada kedua-dua bahagian plug dan kabel.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membentangkan cadangan prosedur operasi standard (SOP) mengenai pembukaan taska kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Selasa (hari ini).
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, antara aspek penting yang diberi penekanan dalam SOP tersebut adalah keselamatan kanak-kanak ketika berada di taska.
“Selasa akan dibentangkan SOP secara diperhalusi kepada MKN. Apa kita lihat sekarang ini, apabila dibuka kelonggaran kepada dalam sektor ekonomi, ramai ibu bapa menyatakan mereka memerlukan perkhidmatan taska.
“Apa yang penting adalah keselamatan di taska dan kita juga telah memperbaiki ayat contohnya penggunaan isolasi ditukarkan kepada keutamaan kepada anak barisan hadapan terutamanya warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Kalau boleh duduk di rumah lebih baik tapi kalau tak ada orang jaga, kita akan khaskan taska di hospital. Kalau taska di hospital tak cukup ruang atau tak ada taska di hospital tertentu, maka kita nasihatkan pengusaha taska untuk memberi keutamaan kepada warga KKM
“Dan SOP supaya pergaulan antara kanak-kanak itu tak terbuka… bererti guru taska kekal dengan satu kumpulan, manakala kumpulan lain dihadkan pergaulan mereka,” katanya pada sidang media harian KKM pada Isnin.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham juga berkata KKM sedang melihat bagaimana mereka boleh meningkatkan taska di hospital-hospital KKM.
“Setakat ini di hospital KKM, kita ada 112 taska dan sekarang kita mohon untuk tingkatkan lagi taska di semua hospital kita iaitu 146 hospital.
“Kalau boleh, bila kita dah tingkatkan taska untuk barisan depan staf KKM, kita jangka taska dapat laksanakan dua shif,” ujarnya.
Bagaimanapun tambah Dr Noor Hisham, tarikh taska akan dibenarkan beroperasi masih belum ditetapkan dan akan dibincangkan dalam mesyuarat bersama MKN.
Rasa bersalah dan sedih tak dapat selamatkan semua. Itulah yang kini dirasai Rezwan Romel, 15, selepas gagal menyelamatkan enam orang adiknya serta ibu, ketika rumah yang didiami terlibat dalam kebakaran di Kampung Lampijas, Membakut, Sabah,awal pagi semalam.
Rezwan yang merupakan anak sulung berkata, ketika kejadian dia tidur di ruang tamu bawah bersama sepupunya Rizal, sebelum mereka terhidu bau asap, dan terus mengejutkan keluarganya yang sedang tidur di tingkat atas.
Aca tunggu abang datang
Menurut Rezwan, dia cuba untuk menyelamatkan kesemua adiknya, ketika kejadian dia sempat melihat adik bongsunya Samasan, 2, hanya duduk terdiam di dalam bilik di mana bahagian pintunya sudah habis terbakar.
“ACA (adik) tunggu abang, abang masuk selamatkan Aca…”
Adik cuma duduk diam dalam bilik terbakar
Sejurus melihat adik bongsunya, Rezwan menjerit meminta adiknya tunggu kerana dia sedang mencari kain mahu menutup badan untuk meredah pintu yang terbakar.
“Ketika itu, keadaan rumah dipenuhi asap dan api mula marak. Ketika cuba menyelamatkan diri, saya ternampak Aca duduk seorang diri di dalam bilik yang pintunya mula terbakar…”
“Saya kemudian menjerit ke arah Aca supaya tunggu saya masuk untuk selamatkannya dan pada waktu itu dia (Aca) hanya terduduk diam…”
Wajah adik bermain di fikiran
Namun, malang sekali ketika mahu masuk ke bilik lantai tiba-tiba roboh, menyebabkan dia terjatuh bersama bapa dan sepupu. Kini bayangan wajah adik bongsunya duduk terpaku di dalam kebakaran bermain-main di ruangan matanya.
“Sukar saya kata apa-apa bila mengingat wajah Aca yang terduduk diam di dalam bilik. Jika boleh diulang, biarlah saya yang menggantikan tempatnya…”
“Sedih bila teringat kejadian itu kerana saya gagal menyelamatkan Aca yang berseorangan dan tidak tahu untuk melakukan apa-apa…”
Dalam nada sebak, Rezwan berkata adik bongsu yang dipanggil Aca adalah antara adik yang paling manja dengannya. Justeru, dia berasa amat kesal kerana gagal menyelamatkan adik kecilnya itu.
Seramai 8,909 pelajar berjaya ditawarkan ke 56 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara bagi kemasukan sesi 2025.Pengerusi Majlis Amanah Raya (Mara), Datuk...