Rezeki bagi Pencetus Ummah Amin kerana telah dikurniakan cahaya mata yang ketiga setelah isterinya selamat melahirkan anak perempuan kedua dalam keluarga mereka.
Melalui instagramnya, PU Amin telah menyatakan bahawa isterinya telah selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 5 pagi semalam (22 April). Dia juga berkongsikan situasi menemani isteri ketika sedang bertarung melahirkan anak.
Melalui perkongsiannya itu, dia menyatakan bahawa menemani isterinya ketika bersalin adalah situasi yang ditakuti. Hal ini kerana, dia dapat melihat sendiri bagaimana isterinya itu bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka.
Tambahnya lagi, saat-saat itu juga telah menimbulkan rasa insaf dalam dirinya betapa kuatnya insan bergelar wanita.
PU Amin juga turut berpesan kepada lelaki di luar sana supaya sentiasa menghargai pengorbanan isteri dan jangan sesekali menyakiti mereka.
Alhamdulillah . Syukur Ya Allah ! Atas nikmat dan rezeki Mu ini..
Pagi tadi saya sampai rumah dari Ipoh ( Ceramah di sana ) jam 1 pagi , kemudian jam 3 pagi isteri mengadu sakit perut, jam 4 pagi di Hospital. Jam 5 pagi isteri saya selamat melahirkan. Ini anak ke-3 saya . Kemudian jam 8 pagi saya bergegas ke Universiti untuk final exam Master Pengajian Islam saya. Alhamdulillah selesai menjawab tadi..
Kisahnya , Sesuatu yang saya takut untuk lalui, adalah teman isteri ketika bersalin tadi..
Hingga terbit mata putih sahaja di kelopak matanya . Allah… Saya panggil panggil nama dia berulang kali. Dia terus kuat untuk melahirkan puteri kami..
Insaf. Sungguh beban mengandungkan 9 bulan , ditambah saat hari nak melahirkan. Kuat orang perempuan. Sebab itu dosa nya dihapuskan hari dia melahirkan..
Wahai anak, jangan kau luka hati ibu mu. Wahai lelaki jangan kau remuk kan hati isteri mu. Pengorbanan mereka ini cukup agung..
Bagi kawan kawan yang belum dikurniakan zuriat , saya doakan anda semua disegerakan rezeki oleh Allah untuk mendapat zuriat. Percayalah pasti ada..
Selamat Datang ke dunia penuh cabaran ini Puteri Ku. Selamat bekenalan dengan Aisyah dan Umar .
Sumber: ig PU Amin