Kedatangan 1 Syawal pastinya memberi kegembiraan kepada semua individu dari pelbagai peringkat umur. Masa inilah semua ahli keluarga dapat berkumpul setelah lama tak berjumpa.
Bagi anak-anak kecil, kemeriahan menyambut Aidilfitri sangat dinanti kerana dapat memakai baju baru selain dapat mengucup tangan kedua ibu bapa di pagi raya serta bergambar kenangan. Ada rezeki lebih dapat duit raya dari ibu ayah.
Namun momen ini tak semua anak-anak bernasib baik. Ada yang diuji dengan kehilangan kedua ibu bapa atau salah seorang daripadanya. Mungkin juga yang ibu bapanya terlantar sakit ataupun berada dalam kesusahan.
Seperti perkongsian di Tik Tok hassan.kosnan, tiga anak saudara lelakinya dah tak dapat meraikan Hari Raya bersama ibu bapa mereka selepas tahun 2018 setelah kedua-duanya meninggal dunia dalam kemalangan.
@hassan.kosnanBersabarlah duhai anak saudaraku. Ujian berat terpaksa ditanggung di kala masih muda.♬ Kemarin – Seventeen
Video TikTok itu memaparkan keratan akhbar kejadian yang berlaku kepada kedua ibu bapa tiga beradik itu setelah terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Selain itu, di dalam video TikTok itu terselit gambar terakhir hari raya tiga beradik itu bersama ibu bapa mereka tahun 2018. Atas dasar tanggungjawab, bapa saudara dan ahli keluarga lain mengambil tanggungjawab menjaga kanak-kanak tersebut.
Lebih sayu apabila melihat gambar tiga beradik tersebut yang menziarahi pusara kedua ibu bapa mereka seolah-olah memendam kerinduan yang tiada penghujungnya.
Paling bersyukur, disaat mereka diuji sejak dari kecil, kasih sayang bapa saudara yang menganggap mereka seperti anak sendiri benar-benar menyentuh hati semua orang. Walaupun bapa saudara dah mempunyai keluarga sendiri, anak-anak yatim piatu ini tetap dibesarkan dengan penuh kasih sayang.
Beralih ke ruangan komen, rata-rata mengagumi bapa saudara anak yatim piatu itu yang sanggup berkorban dan menjalankan tanggungjawab dengan baik.
“Orang-orang yang menjaga anak-anak yatim dengan baik umpama berjiran sangat rapat dengan Rasulullah…moga anakanda bertiga teruskan berbuat baik ye sayang..🥺”
“Terima kasih sebab ikhlas jaga dia orang. Semoga Allah merahmati anda sekeluarga..”
“Untungnya pahala dapat jaga anak yatim piatu. Tiba-tiba terus dapat anak-anak bujang yang besar🥰🥰”
“Saya start menangis bila melihat gambar bersama makcik dan pakcik nya…anak-anak yatim ni tidak kesunyian mereka ada bapa dan ibu saudara yang hebat..besar pahalanya.”
“Besar pahala dan murah rezeki menjaga anak-anak yatim.. Moga dipermudahkan urusan kalian.. Moga menjadi anak soleh dan berjaya dunia akhirat..”
Moga dipermudahkan urusan tiga anak yatim piatu ini dan dapat membesar menjadi anak yang soleh, berjaya dan mampu membanggakan arwah kedua ibu bapa suatu hari nanti. Amin Ya Rabbal Alamin.
Kredit: TikTok hassan.kosnan
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI