Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang kritikal kerana kandungan dadah dalam badan, terpaksa ditidurkan berikutan keadaannya yang sangat lemah.
Ibunya yang berusia 36 tahun berkata, setakat ini keadaan anak bongsu dari tiga beradik itu tiada tanda positif dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan.
Doktor terpaksa tidurkan kerana keadaan sangat lemah
Katanya, dia sempat meluangkan masa setengah jam malam tadi sambil menggosok tubuh anaknya.
Ads
“Doktor memaklumkan anak saya perlu ditidurkan kerana keadaannya yang sangat lemah kesan daripada dadah itu.
“Pilu hati saya melihat keadaannya sebegitu dan walaupun dia tidak sedarkan diri, saya tetap berbisik di telinganya agar bukakan mata dan segera sembuh.
“Saya hanya inginkan anak sedar sahaja, tidak mengapa kalau dia tidak boleh berjalan atau ada kesan lain, itu sahaja yang saya harapkan,” katanya ketika dihubungi.
Wanita itu berkata, anaknya juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) kerana mengalami masalah pertuturan (lambat) dan baru boleh berjalan.
Ads
Media sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun kritikal selepas dikesan terdapat dadah jenis methampethamine dalam badannya.
Susulan itu, seorang buruh yang juga bapa saudara mangsa berusia 30 tahun ditahan malam kelmarin untuk membantu siasatan.
Suspek yang memiliki tiga rekod lampau bersabit dadah ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 26 Jun ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah selamanya. Setiap pengorbanan ibu tak dapat dibalas dengan wang ringgit . Ibaratnya selagi ada kekuatan, sebolehnya ibu sedaya upaya akan beri kasih sayang pada anak dan keluarga.
Seperti yang tular di media sosial mengenai sepucuk surat yang ditulis seorang ibu yang mana isi kandungannya benar-benar menyentuh hati sesiapa sahaja.
Menerusi surat tersebut, ibu berkenaan meminta jasa baik doktor agar jenazahnya dikafankan di hospital kerana dirinya sebatang kara dan tidak mempunyai keluarga.
Lagi menyentuh hati, si ibu memberitahu dia mempunyai anak kurang upaya (OKU) bisu dan meminta doktor tidak menutup wajahnya semasa dikafankan dan ditunjukkan kepada anaknya yang bernama Imran.
Bukan itu saja, ibu ini turut meninggalkan beberapa nombor telefon untuk pihak hospital hubungi jika ada urusan lain selepas pemergiannya. Cukup teliti sekali biarpun waktu itu sedang sakit. Seolah-olah tak mahu menyusahkan orang lain.
Perkongsian itu buatkan ramai yang sedih. Rata-rata mendoakan kesejahteraan ibu berkenaan dan anaknya.
“Allah sedihnya…Innalillahi waiina ilahi rojiun. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.”
“Innalillahiwainnailahirojiun….Al-Fatihah (Di Bacakan) buat arwah dan salam takziah kepada yang berkaitan dengan arwah, semoga segalanya dipermudahkan untuk anak yang OKU dan semoga ada ahli-ahli keluarga lainnya dan semoga ada insan-insan yang terdekat boleh menolong anak yang sedemikian..YA ALLAH…sedihnya.
“ Allahuakbar, besarnya dugaan. Mudah mudahan Allah pelihara anak syurga yg ditinggalkan- “Ya ALLAH sebaknya baca. Moga Imran dalam keadaan yang baik sahaja dan ibunya ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman”
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Begitulah nasib seorang bapa yang menghidap strok dan lima anaknya terpaksa hidup dalam serba kekurangan selepas bapa tidak boleh bekerja dan hanya terlantar saja.
Anak sulung berusia 15 tahun merantau cari kerja di KL
Memandangkan tugas mencari rezeki beralih kepada anak sulung berusia 15 dan kini merantau ke Kuala Lumpur, sekarang di rumah mengharapkan anak usia 14 dan 13 tahun pula untuk bekerja. Adik-adik yang masih kecil berumur 8 dan 3 tahun terpaksa menjaga bapa yang sakit.
Difahamkan ibu kepada lima anak ini telah keluar dari rumah atas masalah peribadi.
Menerusi perkongsian di Facebook, Yuniey Iluniey dia berkongsi beberapa posting mengenai kisah keluarga ini yang cukup menyayat hati.
Menerusi posting itu, keluarga ini ada menerima bantuan RM300 sebulan tetapi hanya cukup untuk menampung perbelanjaan dapur. Malah penduduk setempat dan wakil ketua kampung serta badan bukan kerajaan (NGO) ada juga memberi bantuan.
Anak kecil terpaksa minum air gula dicampurkan air mentah
Nak hulur sumbangan dialu-alukan
Bagi yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank di 553038596721 (Wan Raliza Iluniey) dengan menulis Bantuan Abeli. Moga ada rezeki lebih baik buat mereka nanti. Insya-Allah.
Lumrah, setiap ibu bapa pasti inginkan anak mereka sentiasa sihat, cergas seperti kanak-kanak normal. Siapa sangka, hanya demam sekejap-sekejap sebenarnya membawa kepada penyakit yang serius iaitu Kanser Leukimia.
Adam mula demam on off sejak februari 2018 tapi hanya jumpa doktor dan makan ubat. Hari jadi Adam yang ke-3 kami sambut di Lost World of Tambun tapi nampak dia tak berapa larat. Kami fikir mungkin sebab dia demam sebab sebelum tu dia memang demam on off selama sebulan
Bermula Simptom-Simptom Awal
Pada 19/3/18 kami pergi ke rumah di simpang empat yang mana ketika itu dalam renovation. Saya, Adam dan suami ke kedai berhampiran dengan berjalan kaki. Pulang dari kedai Adam mengadu tak larat dan minta untuk dukung. Kerana terlampau penat dia tertidur. Bangun dari tidur Adam meragam, menangis, tak larat katanya. Makan pun tak mahu.
Petang tu kami balik tapi Adam tak mahu ikut. Dia bermalam di rumah makcik suami yang merupakan pengasuhnya dari kecil. Malam tu makcik menghunbungi kami bertanya sama ada adam jatuh ke tidak sebab dia mengadu sakit kaki dan tak boleh jejak.
Pada 20/3/18 tu adam langsung tak boleh jalan walaupun dia cuba, tapi dia tak boleh berjalan langsung. Kami ingatkan mungkin dia terjatuh ketika bermain. Kami ke Hospital Lam Wah Ee (tempat kerja saya) berjumpa pakar kanak-kanak , Dr.Cheng.
Disahkan Menghidap Leukimia
Ujian darah di lakukan memandangkan hampir tengah hari, Adam pulang dahulu ke rumah bersama suami saya dan saya menunggu keputusan ujian darah Adam. Petang tu saya berjumpa doktor dan diberitahu Adam berkemungkinan menghidapi Leukimia. Adam dirujuk ke Hospital Pulau Pinang – Doktor Pakar Kanak-kanak secepat mungkin. Dr. Cheng beritahu potensi untuk kanser semakin tinggi kerana zaman sekarang sudah moden.
Pada 21/3/18, Bone Marrow Aspiration (BMA) dilakukan untuk mengenal pasti jenis Leukimia Adam. Pada 22/3/18 result mengesahkan Adam menghidapi ALL (Acute Lymphoblastic Leukimia)
Kaedah Rawatan
Rawatan Adam hanya Chemotheraphy. Rawatan itu selama 6 bulan. Ada 5 protokol dan 4 cara; 1. Makan ubat 2. IT (Intra) 3. IM (Intramascular) 4. Melalui chemofort
Rawatan Adam bermula dari 23/3/18 sehingga November 2018. Sepanjang rawatan Adam banyak di tangguh disebabkan komplikasi. 12/12/18 rawatan maintenece Adam bermulayang mana setiap bulan harus periksa darah.
Sepanjang rawatan Adam , keputusan darah turun naik. Tambah darah merah berkali-kali. Sampai satu tahap Adam allergic selepas blood transfusion. Naik merah-merah & gatal seluruh badan. Bengkak mata.
Ketika di protocol ‘m’ iaitu protocol yang ke-3 sebelum dos yang terakhir, Adam mengalami komplikasi yang teruk.
Kesan Chemotherapy
Bermula dengan demam, tiada selera makan, Chemo ditangguhkan. Antibiotik diberikan selepas 2 jam dimasukkan ke hospital, Adam muntah darah sedikit. Terpaksa puasakan Adam. Adam dirujuk pakar bedah untuk pemerhatian. Hasil darah sedikit menurun. Adam diberi lagi Tranfusi darah merah & platelet. Tapi selepas itu Adam muntah darah pada petang & ubat untuk menghentikan pendarahan secara infuse di beri.
Trauma bagi seorang ibu & yang paling saya tak akan lupakan waktu subuh Adam yang lemah panggil saya, menunjukkan tanda hendak muntah. Tanpa sempat berbuat apa-apa Adam muntah darah yang banyak. Adam dipuasakan terus. Ubat henti darah & tambah darah ditambah. Bukan setakat itu, Adam cirit-birit . Dia diletakkan di bilik Isolation. Pakar kata kemungkinan ulser di dalam kerongkong hingga perut menyebabkan dia sakit.
Adam Tak Cerewet & Mudah Dijaga
Adam seorang yang tidak cerewet dan senang dijaga, bukan jenis yang banyak meragam. Tapi kali ini dia telan air liur pun menangis. Dia tak boleh telan air atau ubat. Paling lama ubat mampu bertahan hanya 2 jam, selepas itu Adam menangis kembali hingga satu tahap doktor terpaksa memberika injection Morphine untuk mengurangkan kesakitan.
Hampir seminggu Adam puasa. Hanya Drip & TPN (Total Parenteral Nutrien) sahaja untuk Adam. Alhamdulillah Adam dapat melalui semua itu.
Sepanjang rawatan, Adam demam, batuk, selesema, ulser mulut, turun naik darah dan tambah darah adalah perkara biasa.
Aktiviti Harian Berubah
Aktiviti harian berubah, tak boleh sesuka hati keluar rumah apatah lagi ke Shopping Mall, Kenduri, ke tempat orang ramai. Antibodi mereka terlampau rendah & mudah mendapat infeksi. Keluar rumah perlu pakai mask (topeng mulut)
Pemakanan
Makanan perlu segar dan betul-betul masak . Sayur mentah tak boleh, telur separuh masak pun tak boleh. Buah-buahan mesti bersih dan baru dipotong dan perlu dimakan terus. Makanan yang disimpan pun tak boleh. Paling pantang minuman culture dan cheese
Alhamdulillah Adam memahami walaupun baru 3 tahun. Tahu apa yang boleh di makan dan tak boleh makan. Tahu kena minum air yang banyak , tahu bila kena puasa, bila hendak makan ubat. Dia juga memahami bila ibunya sudah mula bekerja setelah 7 bulan cuti tanpa gaji. Adam seorang yang sangat memahami & tidak pernah meragam.
Sekarang ni Adam sangat aktif . Kalau dilihat dari riak wajah & perwatakan dia, tiada siapa sangka yang sebenarnya Adam adalah “Cancer Fighter”.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.