“Takutnya nak bersalin nanti mesti kena gunting, kena jahit”. Tak kisahlah anak nombor berapa pun rata-rata ibu yang bakal melahirkan pasti akan risau walaupun dah ada pengalaman.
Jika dapat bersalin normal, alhamdulillah tetapi jika terpaksa bersalin ceaser atas sebab-sebab tertentu syukurlah asalkan dua-dua selamat.
Cuma ramai yang masih lagi keliru bagaimana nak bersalin tanpa koyakan. Biarpun ada macam-macam tip bila dalam labour room semua tu dah lupa. Mungkin tip ni boleh membantu. Ubah sikit kedudukan masa bersalin dengan angkat kepala dan rapatkan badan ke perut seperti yang dikongsikan oleh Puan Nuriza Yusiza.
Bersalin tanpa koyakan. Posting sebelum ni ramai yg tanya iza apa tips tak nak koyak masa bersalin tu?
Alhamdulillah anak kelima ni iza memang niat tak nak koyak masa bersalin,sebab anak2 lain masih kecik & yg sekolah pon ada. Pantang sendiri pulak tu. Risau terbatas buat keje kalau koyak berjahit bagai.
Jadi iza research online, jumpa 1 video bersalin dr org luar negara yg bersalin cara duduk. Bukanlah duduk kat atas kerusi tu. Sama juga,kita bersalin tetap atas katil bilik bersalin tu. Cuma kita jangan baring. Duduk seperti dlm gambar ni👇 Pegang betis kaki,tapi iza pegang pergelangan kaki,tarik rapat ke arah badan kita,pastu kangkangkan kaki seluasnya.
Posisi ni iza buat bila rasa dah betul2 baby nak keluar. Rasa macam nak terberak tu, Ibarat nak tercirit tak tahan tu kan? Hah camtulah rasanya, tak tahan sangat tu. Baby nak keluarlah tu.
Ads
Actually masa iza dlm bilik bersalin,baru 4cm. Baby pon tdo lagi dlm perut. Jantung bby ok juga. Tapi xsampai 1 jam dlm bilik bersalin, jalan dah buka laju,terus 7-8cm. Tapi doc tak standby apa pon.just tunggu juga normal proses iaitu rasa nak meneran tu datanglah. So doctor keluar dr bilik,tinggal iza sorang2.. Kali ni memang sakit teramat tak tahan sebab betul2 nak teran,tp doc pulak takde, lepas 5 minit doc masuk bilik semula.
“Doktor, boleh tak sy nak bersalin sekarang???” kata iza yg sedang menahan sakit teramat sambil suara dah berdengus tinggal nak push je ni😂
“U dah rasa nak berak ke? sakit ke bahagian bawah tu semua?”kata doktor.
“Ya doktorrrrrr……”dengan lafaz panjang sambil mulut ni tak berhenti sebut nama Allah! Dan terus adegan nak bersalin bermula.
Ads
Iza bangun duduk tengok perut sambil kaki rapat ke badan kangkanglah seluasnya. Mata kepala iza memang iza fokus tengok celah kangkang!
Tapiiiii…. Doktor belum ready,belum lagi pakai glove, lapik pon belum diletak bawah punggung iza😅
Jadi terpaksa tahan dari meneran, angkat punggung terus doktor heretkan lapik bawah punggung dan iza tarik nafas dalam2 dan teran sekuatnya. Mulut tutup dan bunyi teranan pon hanya dalam mulut saja.
Ads
Mudah bersalin cara duduk
Pluuurrpp! Keluar dah kepala baby😍 Next nak keluarkan badan baby,step yg sama iza lakukan… Dan selesailah sudah baby girl yg tak disangka2😂 Alhamdulillah selamat keluar dan beberapa minit disusuli dengan proses keluarkan uri,keluarkan darah beku.
Alhamdulillah memang menjadi posisi bersalin duduk ni. Lebih mudah keluar baby & inshaallah tiada koyakan. Bahagia kan bila tak koyak? Memang untung bersalin tak koyak,sebab 3 anak iza bersalin memang digunting dan jahit,yg sorang lagi tu ceaser.
Jadi yg kelima ni lah baru dapat merasa tak koyak. Dan kemungkinan juga anak iza dah banyak jadi senanglah nak keluar. Mungkin juga kan?
Jadi cubalah ibu2 lakukan posisi bersalin duduk ni utk anak seterusnya😂 Mungkin menjadi👍
Setiap wanita pasti menginginkan untuk hamil selepas mendirikan rumah tangga. Ia satu pengalaman hidup yang indah dan mengujakan terutamanya buat pasangan yang sudah menanti sekian lama untuk menimang cahaya mata sendiri. Selain persediaan mental dengan mengikuti kelas antenatal atau bertanyakan tentang kelahiran kepada doktor, terdapat doa yang boleh diamalkan bagi memudahkan proses melahirkan.
Doa mudah bersalin serta aspek spiritual lain yang boleh membantu semua wanita yang mengandung inginkan proses bersalin yang lancar serta selamat. Untuk seorang muslim, doa adalah senjata utama mereka dalam mengharungi pancaroba kehidupan. Justeru, mengamalkan doa mudah bersalin dan amalan-amalan lain adalah digalakkan bagi mendapatkan proses bersalin yang mudah.
Terdapat dua jenis doa yang dianjurkan oleh alim ulama dan ahli agama yang sesuai dijadikan amalan, ia bukan sahaja boleh digunakan sebagai doa mudah bersalin, bahkan doa untuk memperoleh keselamatan dan zuriat yang baik.
Koleksi doa mudah bersalin ini boleh dibaca oleh ibu yang menunggu saat melahirkan anak dan oleh mereka yang menunggu kelahiran bayi seperti suami atau ibu bapa. Senarai doa mudah bersalin di bawah ini adalah berdasarkan ayat-ayat daripada kitab suci Al-quran.
Doa mudah bersalin yang boleh ibu amalkan ketika ingin bersalin
“Allah mengetahui apa yang dikandung oleh setiap perempuan, apa yang kurang sempurna, dan apa yang bertambah dalam rahim. Dan setiap sesuatu ada kadar ukuran di sisi-Nya.” (Surah Ar-Ra’d, ayat 8)
“Dan Allah menciptakan kamu daripada tanah kemudian daripada air mani, kemudian Dia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan). Tidak ada seorang perempuan pun yang mengandung dan melahirkan, melainkan dalam pengetahuan-Nya. Dan tidak dipanjangkan umur seseorang dan tidak pula dikurangkan umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam Kitab (Luh Mahfuz). Sesungguhnya, yang demikian itu mudah bagi Allah.” (Surah Al-Fatir, ayat 11)
“Dan Allah mengeluarkan kamu daripada perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberikanmu pendengaran, penglihatan, dan hati, agar kamu bersyukur.” (Surah Al-Nahl, ayat 78)
Doa mudah bersalin yang dibaca oleh orang menunggu ibu bersalin (suami sangat digalakkan baca doa ini)
“Allah menginginkan kemudahan bagimu, dan tidak menginginkan kesukaran bagimu” (Surah Al-Baqarah, ayat 185)
“Tidak ada seorang perempuan pun yang mengandung dan melahirkan, melainkan dalam pengetahuan-Nya.” (Surah Al-Fatir, ayat 11)
“Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang dahsyat. Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya.” (Surah Al-Zalzalah, ayat 1-2)
Mudah-mudahan jika sering diamalkan, doa mudah bersalin di atas mampu untuk memberi kekuatan kepada anda dan juga keluarga anda. Doa mudah bersalin di atas juga dapat dijadikan sumber pahala dan taqwa kepada Tuhan. Kalau anda sedang menunggu hari untuk bersalin, belajarlah menjadi lebih positif untuk melalui pengalaman melahirkan anak.
Sememangnya, ianya adalah pengalaman yang ditakuti oleh semua wanita hamil tetapi pahala daripada-Nya pasti diberikan kepada si ibu. Sebelum melahirkan, mohonlah keampunan daripada suami. Dengan keredaan suami dan doa ikhlas darinya, diharapkan proses bersalin lebih lancar dan kedua-dua ibu serta bayi semuanya selamat.
Waktu susukan anak, kadang-kadang kita suka tengok telefon. Sambil anak menyusu, kita akan scroll tengok media sosial. Rupa-rupanya tabiat memberi susu kepada anak sambil bermain dengan telefon pintar boleh membahayakan mereka. Eh, macam mana tu?
Ibu yang menggunakan telefon pintar semasa menyusu boleh menyebabkan kemudaratan jangka panjang kepada bayi mereka. Menurut pakar, ibu-ibu baru bukan sahaja hilang petunjuk-petunjuk yang tidak ketara tentang kesejahteraan anak mereka, tetapi mereka juga tidak ada hubungan mata dengan si kecil yang boleh menjurus kepada isu jangka panjang lain.
BONDING SEMASA MENYUSU
Dr. Kateyune Kaeni, pakar psikologi kesihatan mental keibuan yang bertugas di Pomona Valley Medical Center berkata, hubungan mata amat penting dalam pembinaan hubungan selamat antara ibu dan bayi.
Menurutnya, “Bila bayi lahir, penglihatan mereka secara asasnya hanya dari dada ke muka ibu. Itu jarak paling jauh mereka boleh lihat. Jadi bayi banyak merenung dan bonding dengan cara itu.”
“Jika bayi cuba untuk berhubungan dengan anda melalui bunyi bising atau senyuman yang dibuat tetapi tidak berjaya dan mencuba beberapa kali dan akhirnya si kecil belajar yang mereka tidak boleh bergantung pada anda untuk memberi respon. Ini boleh berisiko menjadikan bayi sama ada seorang yang tidak sabar dan asyik nak melekat pada anda atau rasa tak selamat hingga nak melekat sahaja dan akan meningkatkan tingkah laku mereka sehingga anda memberi perhatian.”
Tambahnya lagi, gangguan seperti sebuah telefon pintar boleh menyebabkan ibu hilang petunjuk yang bayi sudah “kenyang atau masih lapar atau lekapan mereka tidak selamat atau sekiranya mereka ada masalah menelan”.
Terry Bretscher, jururawat yang bertugas dengan Dr Kaeni berkata kebanyakan ibu muda selalunya lebih asyik memeriksa mesej telefon pintar berbanding menyusukan bayi mereka.
“Anda bantu bayi melekap pada ibu mereka dan boleh lihat telefon si ibu asyik berbunyi. Mereka nampak waspada dan anda boleh nampak mata mereka asyik bergerak ke bawah dan melihat ke arah telefon.
Kadang-kala mereka lebih sibuk menjawab telefon. Ia memang sukar untuk membina ikatan atau bercakap-cakap dengan bayi anda bila ibu sentiasa sibuk melayan telefon pintar sahaja!”
Dua sehingga lima peratus kanak-kanak boleh mengalami sawan demam dan ini adalah sawan yang agak lazim berlaku. Sawan demam biasanya berlaku pada kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 6 tahun dan khususnya anak kecil yang baru bertatih (toddler).
Lebih kurang 1 dalam 25 orang kanak-kanak akan mengalami sawan demam sekurang-kurangnya sekali. Sebahagian kanak-kanak (lebih kurang 30%) ini akan mengalami sawan demam yang berulang-ulang, terutamanya mereka yang mempunyai faktor-faktor risiko (lihat di bawah).
Sawan demam adalah sawan yang disebabkan oleh demam panas dikalangan bayi atau kanak-kanak kecil yang normal. Diagnosa sawan demam hanya boleh dibuat selepas doktor mendapati tidak ada punca-punca lain yang menyebabkan sawan selain dari suhu badan yang tinggi (biasanya melebihi 38ºC).
Menurut Muhammad Uwais Al- Qorni, Perkara paling menakutkan apabila anak yang dikasihi demam dan terkena sawan. Terdapat beberapa tip yang dikongsikan sekiranya anak diserang demam sawan, antaranya:
1. Bertenang! Jangan panik. Rekodkan waktu anak anda menghidap sawan dan tempohnya. Kerana maklumat ini amat penting bagi doktor kanak – kanak yang merawat.
2. Demam sawan adalah disebabkan suhu badan yang terlalu tinggi (lebih 38’C) Oleh itu, secepatnya tanggalkan pakaian anak anda untuk mengurangkan suhu badannya. Pastikan anak anda memakai pakaian nipis dan berlengan pendek sahaja. Jika suhu terlalu panas, boleh tinggalkan anak anda dalam keadaan ber”pampers”.
3. Letakkan anak anda di atas kain bersih, dan dalam keadaan baring mengiring di sebelah kiri (Left lateral decubitus). Jangan sesekali meletakkan anak anda baring terlentang kerana ia boleh menyebabkan anak anda tersedak air liur/muntah.
4. Keluarkan sebarang object/makanan yang ada di dalam mulut anak anda untuk mengelakkan tercekik. Jangan sesekali sumbat sudu untuk mengelakkan rongga mulut anak anda cedera.
5. “Mandi jerlum” boleh dilakukan sementara menunggu sawan reda. Istilah ini bukanlah bermaksud dengan cara memandikan anak, tapi cukup dengan mengusap anak anda menggunakan kain basah. Perlu diingat bahawa tiada bukti saintifik yang menunjukkan mandi jerlum dapat membantu meredakan demam sawan. Bahkan,jika anda terlalu cepat menurunkan suhu, anak anda mungkin menjadi biru dan menggigil (Hypothermia)!
6. Ingat setiap keadaan yang berlaku. Contohnya keadaan anak mata, pergerakan kaki dan tangan serta sama ada anak anda ada terberak/terkencing sewaktu sawan.
7. Demam sawan akan reda dengan sendirinya selepas 15minit. Namun, janganlah tunggu di rumah sahaja. Selepas 5minit pertama, segeralah ke klinik berdekatan. Jika anak anda baru pertama kali menghidap demam sawan, bawalah anak anda terus ke hospital berdekatan.
8. Demam sawan yang melebihi 15minit adalah tidak normal dan perlu menjalani pemeriksaan lanjut di hospital bagi mengenalpasti penyakit lain seperti meningitis.
9. Pesakit demam sawan tidak semestinya akan menjadi epilepsi. Namun risiko untuk mendapat demam sawan yang seterusnya adalah tinggi iaitu sekitar 30%. Oleh itu, sentiasalah bersedia dengan membeli Thermometer dan ubat demam seperti Syrup Paracetamol/Syrup Ibuprofen setiap kali anak anda demam. Dua2 sama sahaja, jangan tanya doc yang mana satu lagi kuat ya.
10. Lagi satu,sebab ramai yang berminat nak tau tentang Cafe au lait spot, atau tanda lahir pada anak ni ada kaitan kah dengan sawan. Tanda lahir ada banyak jenis dan bentuk, secara general doc panggil Neurocutaneous stigmata.
Tambah beliau, tanda lahir Majoriti besar Cafe au lait spot ini adalah tidak berbahaya. Kaitan tanda lahir cafe au lait spot dan sawan adalah lebih penting untuk mendiagnosa penyakit lain seperti Neurofibromatosis type 1 dan McCune-Albright syndrome. Dalam kedua2 penyakit ini, tanda lahir akan biasanya membesar dan bertambah bilangannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!