Sebaik sahaja seorang anak itu lahir, menjadi tanggungjawab ibu bapa melakukan sesuatu sebagai persediaan jaminan masa depan anak.
Bukan hanya bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal, makan dan pakaian tetapi pada masa sama memikirkan masa depan anak jika ingin menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Dalam membuat tabungan terutama untuk pendidikan, produk simpanan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) iaitu Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) adalah yang terbaik dan perlu dilakukan sejak dari awal.
Lebih awal anda membuka akaun simpanan, lebih besar manfaat yang akan diperoleh anak-anak. Ibu bapa yang telah menyimpan di awal usia anak-anak untuk masa depan mereka tidak perlu lagi untuk meminjam dan berhutang atau hanya meminjam dalam amaun yang kecil apabila anak melangkah ke Institusi Pendidikan Tinggi.
SSPN Terbaik Untuk Masa Depan Anak
Sejak anak lahir dan mendapat MyKid, anda dah boleh buka akaun SSPN. Akaun SSPN adalah pilihan tepat untuk pastikan anak-anak yang belajar ke peringkat tertinggi tidak perlu lagi meminjam dan berhutang.
Bayangkan jika amalan menabung ini dimulakan dengan simpanan serendah RM1 sehari berapa banyak boleh dikumpulkan hingga sampai tempoh untuk belajar.
Walaupun simpanan kecil iaitu hanya RM30 sebulan tetapi dengan tempoh simpanan yang konsisten dan lama serta dividen yang diterima, jumlah itu akan bertambah.
Bila mencapai usia 18 tahun, automatik anak telah mempunyai sejumlah simpanan yang mampu menampung pelajarannya. Walaupun tidak boleh menampung sehingga selesai pelajaran di IPT sekurang-kurangnya dalam tempoh separuh pengajian simpanan tersebut dapat digunakan. Jadi tidaklah terbeban untuk anak-anak kita membayar semula hutang belajarnya apabila bergraduat.Jangan harap bantuan
Sebagai ibu bapa yang prihatin dengan masa depan anak, sudah tiba masanya anda ubah fikiran dengan tidak mengharapkan bantuan kerajaan atau mana-mana pihak untuk membiayai pendidikan anak.
Mungkin sebelum ini kita merasakan bahawa simpanan pendidikan tidak penting atau terlepas pandang berkenaan perkara ini, tetapi kini sudah tiba masanya perancangan kewangan pendidikan dititikberatkan dan menjadi perancangan pertama untuk masa depan anak-anak.
Perancangan kewangan pendidikan anak boleh dibuat dengan hanya komitmen serendah RM30 sebulan atau hanya RM1 sehari untuk SSPN-i Plus. Pelbagai manfaat simpanan akan diperoleh oleh ibu bapa sekiranya membuat simpanan untuk anak-anak seperti dividen, pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000, perlindungan takaful sehingga RM1 juta dan banyak lagi. Hebatkan!Cabutan SSPN 2019
Pada tahun ini, semua pendeposit SSPN sedia ada mahupun yang baharu berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik melebihi RM1.1 juta melalui promosi cabutan hadiah SSPN 2019. Tujuannya untuk menghargai pengorbanan ibu bapa sebagai pendeposit yang komited memulakan penabungan dan merancang untuk masa depan pendidikan anak-anak.
Berbeza dengan tahun sebelumnya, kali ini PTPTN menyediakan dua kategori hadiah iaitu Cabutan WOW! untuk pendeposit SSPN-i Plus dan Cabutan 15 Tahun untuk pendeposit SSPN-i.
Hadiah utama yang ditawarkan Cabutan WOW! SSPN-i Plus adalah berupa kereta Proton X70 Premium manakala untuk Cabutan 15 Tahun SSPN-i adalah berupa wang tunai lebih RM151 ribu.
Kedua-dua cabutan ini menawarkan dua kategori cabutan iaitu Cabutan Siri dan Cabutan Tahunan.
Untuk kategori Cabutan Siri, masih terdapat Cabutan Siri Ke-3 iaitu tempoh promosi bermula November hingga Disember 2019 manakala Cabutan Tahunan tempoh promosinya sejak Januari lalu hingga Disember tahun ini.
Ayuh! Mulakan sekarang untuk simpanan anak-anak anda bagi mencapai cita-cita mereka. Maklumat lanjut, boleh diperolehi melalui www.lovesspn.com. “Simpan, Simpan, Simpan, Jaminan Masa Depan!”.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI