Ajal maut semua rahsia Allah. Bila dan bagaimana cara kematian kita, semua itu Allah yang tahu. Begitulah yang dialami oleh pasangan suami isteri ini apabila anak ketiganya telah pergi buat selama-lamanya selepas demam dan mengalami sawan.

Perkongsian dari seorang bapa Mohd Esmadi Ibrahim ini boleh dijadikan peringatan bersama.

Hanya Sehari Demam Terus Kritikal. Tak Sangka Secepat Ini Allah Ambil Anak Abi

Sekejap saja Allah bagi pinjam

Seminggu anak saya Muhammad Dayyan Hazim (ajim) yang berumur 1 tahun 8 bulan meninggalkan saya untuk kembali kepada Allah SWT.

Kini saya diberi kekuatan olehNya untuk menceritakan detik sebelum anak saya kembali ke rahmatullah dan menitipkan pesan buat semua. Sayangnya kami sekeluarga pada Ajim Allah saja yang Maha Mengetahui.

31/12/2019 

Anak kedua demam, sah Influenza A

Anell abang kepada Ajim demam pada paginya dan suhunya mendadak naik sehingga 39 degree pada sebelah petang dan malam. Demam tak kebah-kebah walaupun diberi ubat. Saya bawa Anell ke hospital untuk mendapatkan rawatan jam 12 tengah malam.

Setelah darah diambil, doktor di hospital mengesahkan yang anak saya tiada jangkitan kuman dan disuruh balik..Subhannallah. Saya bagitau kepada doktor tersebut anak saya sering sakit perut dan demamnya tak kebah-kebah walaupun diberi ubat demam.

Malahan ubat demam yang diberi di hospital juga tidak memberi kesan untuk menyembuhkan demam beliau. Doktor tetap arahkan saya untuk balik dan kerap membasahkan badan anak saya dengan air.. Allahuakbar. Dengan sedikit kekecewaan saya bawa anak saya balik. Sampai rumah jam 6 pagi saya dan isteri sering basahkan badan anak tetapi seperti meletakkan air di atas cerek panas. Ia tak mampu untuk menurunkan suhu.

IKLAN

Jam 8 pagi sekali lagi saya bawa Anell ke klinik di bandar Temerloh dan menceritakan semuanya termasuk darah telah diambil di hospital. Doktor di klinik kemudiannya mengambil sample hingus untuk dibuat ujian influenza. Tak syak lagi bahawa Anell dijangkiti Influenza A.

Hanya Sehari Demam Terus Kritikal. Tak Sangka Secepat Ini Allah Ambil Anak Abi

Bayangkan begitu sedih saya dengan fasiliti hospital kerajaan yang sangat menyedihkan tak mampu mengesahkan anak saya menghidap Influenza A. Dengan surat rujukan dari klinik saya bawa Anell terus ke hospital swasta di bandar Kuantan.

Bayangkan sahabat-sahabat semua, saya tak dapat bagi tumpuan pada Ajim sepanjang masa tu dan tak pernah berjumpa dia dari 1 Januari 2020.. Allahuakbar.. saya lebih memberi tumpuan kepada Anell kerana dia demam teruk. Saya sangat sedih sehingga sekarang bila terkenangkan semua ni.. Saya berada di hospital bersama Anell dan umi menjaga Ajim dan along di rumah.

2/1/2020

Ajim demam, mengadu sakit perut

Pada sebelah malam umi bagitau saya yang Ajim demam. Saya hanya memikirkan yang Ajim hanya demam biasa sebab beliau kebah selepas tu. Pada sebelah pagi 3/1/2020 Ajim demam balik dan saya bagitau umi supaya baw Ajim ke klinik yang sama masa abangnya demam sebelum ni.

IKLAN

Saya bagitau umi untuk minta doktor di klinik tersebut buat influenza test. Alhamdulillah negatif. Ajim sangat aktif sehingga saya dan isteri memang tidak dapat mengesan langsung sama ada Ajim tengah sakit atau pun tidak.

Tapi, umi bagitau Ajim selalu sakit perut. Umi bawa Ajim balik rumah berbekalkan ubat demam jenis cecair dan sub serta antibiotik. Selepas jumaat umi call saya bagitau demam Ajim naik dengan mendadak. Allahuakbar Ajim dimandikan dengan air lemon tapi masih tak kebah-kebah. Umi bagitau yang dia nak masukkan sub dan saya pun setuju..😭😭. Selepas masukkan sub lah Ajim sawan yang tiada penghujungnya…Allahhh.

Hanya Sehari Demam Terus Kritikal. Tak Sangka Secepat Ini Allah Ambil Anak Abi

Dalam keadaan bercelaru umi ditemani oleh dua orang staff saya bawa Ajim ke emergency. Pada masa yang sama saya terus bergegas balik dari hospital swasta di Kuantan bersama Anel walaupun Anel masih tak sihat. Berita yang sangat menyedihkan saya terima dalam perjalanan bahawa Ajim semakin kritikal dan terpaksa dihantar ke hospital.

Satu Hari Demam Terus Kritikal

Bayangkan sahabat-sahabatku, Ajim kritikal dengan hanya demam satu hari saja.. Allahuakbar…lemah seluruh tubuhku..Allah saja yang tahu. Sepanjang perjalanan air mata mengalir mengenangkan anak aku yang masih kecil.

IKLAN

Sampai di hospital tak dibenarkan masuk tengok Ajim sebab masih dirawat. Allah Hanya Engkau saja yang tahu perasaanku pada ketika itu.

Dari jauh saya tengok Ajim terbaring kaku dah dan tak dapat melihat saya malah bergerak pun tak boleh. Mulut diikat sebab sawan..Allahuakbar anak saya terus dipindahkan ke hospital lain dan ditempatkan di zon kritikal. Doktor pakar memaklumkan kepada saya yang anak saya sangat kritikal terpaksa dipantau 24 jam.

Selepas CT scan anak sy dimasukkan ke ICU. Saya dalam keadaan sangat sedih terpaksa bawa balik Anell ke hospital swasta di Kuantan semula dan saya terpaksa minta Anell dipindahkan ke hospital berdekatan rumah.

Hanya Sehari Demam Terus Kritikal. Tak Sangka Secepat Ini Allah Ambil Anak Abi

Ajim pergi buat selamanya

Saya pendekkan cerita dengan keadaan Ajim yang sangat kritikal, Ajim pergi meninggalkan kami pada 6/1/2020 jam 7.11 am. Walaupun saya dan isteri sangat sayangkan Ajim tapi kami reda yang Allah lebih sayangkannya.

Kami tahu bahawa Allah akan menempatkan Ajim di tempat yang paling tinggi iaitu Syurga Allah.. Ajim dikebumikan di tanah perkuburan Islam Jengka 18 pada hari yang sama.

Saya titipkan kisah ini sebagai kenangan buat saya dan isteri di alam maya ini dan saya ingin menyampaikan pesan buat semua yang membaca kisah saya ini janganlah abaikan anak kita walaupun demam sedikit. Kita tak tahu apa yang mereka tanggung masa tu…Tolonglah bagi tumpuan penuh pada anak-anak.

Al-Fatihah (dengan bacaan) Abi, umi, along dan Anell sayang Ajim sangat-sangat.

Sumber: Mohd Esmadi Ibrahim

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI