Masih dalam pantang, tapi ibu ini diuji dengan kehilangan anak yang sangat dinanti-nantikan dalam keluarga. Hanya sempat peluk, cium, belai dalam tempoh 34 hari, anak syurga ini akhirnya pergi jua.

Terasa sedih membaca perkongsian dari Puteri Fazeera mengenai kisah yang berlaku pada anaknya. Walaupun dia dan suami dah berusaha tapi Allah lebih sayangkannya.

Tak disangka-sangka hanya dengan nafas berbunyi, rupanya ada jangkitan di paru-paru sehingga menjadi punca kematian kepada Muhammad Raid Fawwaz. Semoga kisah ibu ini dapat menjadi peringatan buat ibu bapa.

“Hanya Sempat Belai 34 Hari, Raid Pergi Tinggalkan Kami”. Tak Sangka Nafas Berbunyi Punca Jangkitan Paru-Paru

Jumpa pakar kalau nafas anak berbunyi

Assalamualaikum …Al fatihah buat wildan syurgaku . Ummi rindu sangat kat awak sayang. Ummi tahu awak lagi bahagia & tenang kat sana disamping malaikat yg menjaga . Syukur hari ni diberi sedikit kekuatan untuk meluahkan & berkongsi cerita . Raid anak ummi yg kuat.

Raid murah senyuman walaupun hakikatnya raid tgh sakit raid tak pernah tunjuk yg raid sakit,tak pernah sedikit pon demam dan lain-lain.

Ads

Pesanan untuk ibubapa & bakal ibubapa diluarsana kalau anak/baby nafas berbunyi mcm berkahak/berdengkur walaupun dh berkali pergi klinik untuk cek lebih baik refer pakar kanak-kanak dgn segera! Tak lama lepas kelahiran nafas raid berbunyi berkali kami pergi klinik untuk cek sebab risaukan pernafasannya.

Tapi doktor tetap kate paru-paru raid ok. Raid x selsema, raid x demam everything ok. Jwapan yg same bila pergi klinik lain…

“Hanya Sempat Belai 34 Hari, Raid Pergi Tinggalkan Kami”. Tak Sangka Nafas Berbunyi Punca Jangkitan Paru-ParuBaru 30 minit lelap, Raid longlai, tak sedarkan diri

Subuh hari Jumaat 9/2/2018 jam 5.3O pagi raid nangis sebab nak dipegang & bwk jln2 sampai tertidur n diletak semula kat tilamnya, 30 minit saja terlelap ,bile trjaga pukul 6 tgok raid da longlai mengiring hidung berdarah + lendir, 1 badan pucat n x sedarkan diri.masa tu nadi memg da xde, smntre pjalanan kami tetap usaha berkali beri bantuan pnafasan kat mlut raid yg keluar lendir + darah dekat hidung.pergi emergency klinik ksihatan tutup,then pergi emergncy hospital waqaf.

Ads

Doktor usaha sedaya upaya, mase tu hanya berdoa agar Allah beri keajaiban.doktor sahkan raid da xde,sampai2 bacaan jantung raid da flat. Bermaksud raid memg xde sebelum sampai situ, doktor xthu ape punca raid meninggal n doktor syak raid tersedak susu sebab lebihan susu kluar bersama darah+lendir then suruh buat police report.

Polis buat order posmoterm katenye skrg KKM wajibkn ke ats kanak bwh 5 thun.smpai di jabatan forensik HSI doktor tanya dari awal2 smpai akhir ape yg brlaku, doktor ckp boleh tarik order posmoterm kalau xnk,x sanggup dgn mnyakinkan pihak polis yg buat order posmoterm tu agr tarik balik. sbb kami x sanggup mmbygkn raid dibedah sana sini. Ape pon sebab kami redha n xkn tuntut ape2 dr mana2 pihak.kami terima klau btol ats kecuaian kami smpai raid tsedak susu n xkn mmaafkan diri sndri ! .pihak polis tetap berkata die xde kuasa even doktor kate hanya polis tu saja berkuasa n cara lain pergi mahkamah tpi prosedure yg agk mkn mse lme.ade hikmahknya byk sangat halangan mase nk tolak utk dibuat posmoterm.

“Hanya Sempat Belai 34 Hari, Raid Pergi Tinggalkan Kami”. Tak Sangka Nafas Berbunyi Punca Jangkitan Paru-Paru

Ads

Doktor sahkan jangkitan kuman di paru-paru

Selepas siap posmoterm doktor sahkan raid terkena jangkitan kuman kat paru2.doktor kate klau tersedak susu takkan keluar DARAH ! Mase tu yg terlintas di fikiran kami hanya “nafas berbunyi ! ” selama ni. Selama ni doktor cek paru2 normal? ? Paru2 Ok? ? Raid sihat je? ? …Ya Rabbi, kami redha ya Allah segalanya mungkin da tertulis raid pinjaman sementare buat kami.memang klau diberi peluang utk undur balik masa ummi n baba akan buat yg terbaik utk raid.

Tapi raid kuat,raid tak tunjuk langsung yg raid sakit, raid selalu senyum seolah raid sihat walafiat ! Peringatan utk ibubapa diluar sana jgn ambil mudah kalau baby “nafas berbunyi” pergi refer PAKAR KANAK2 SEBELUM TERLAMBAT! Kami share disini agar ibubapa kat luar sana bole berhati hati n spye x rase keperitan kehilangan anak macam kami alami. Perit yg teramat! Lebih2 lagi penantian kami inginkan zuriat agk mkn mse sdikit lme bile da merasa menimang cahaya mata sendiri sektika kami diberi ujian sebegini…PERIT YG TERAMAT SANGAT ! RAID ANAK UMMI BABA.TUNGGU UMMI BABA DISANA YE SAYANG…ALFATIHAH anak syurgaku MUHAMMAD RAID FAWWAZ BIN MOHAMAD RAZIF…hadirnya raid seketika seolah olah mimpi yg sangat INDAH buat kami.segalanya kini tinggal kenangan….

Takziah buat Puteri Fazeera dan keluarga. Al-fatihah
#MuhammadRaidFawwaz
#wildanSyurgaUmmiBaba

Dalam kenangan
6 january 2018 (SABTU) – 9 February 2018 (JUMAAT)
#34Hari

Sumber: Puteri Fazeera

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI