Kehadiran bayi perempuan dalam keluarga menjadi pelengkap buat pelakon Mia Ahmad dan suami selepas mempunyai seorang anak lelaki sebelum ini.
Selepas melahirkan bayi perempuan 18 Jun lalu, Mia Ahmad mendedahkan nama cahaya mata keduanya kepada umum.
“Here we grow again! Assalamualaikum semua! Meet our babygirl, Iris Binti Mohd. Izham Tarmizi,” kongsinya menerusi satu entri di Instagram.
Dalam posting tersebut, Mia turut memuat naik gambar dirinya bersama bayi perempuannya itu buat pertama kali.
Di bahagian komen instagramnya, rata-rata pengikut memuji pemilihan nama Iris sebagai satu nama yang cukup indah.
Sebelum ini, dalam satu kenyataan suami Mia, Izham berkata, sepatutnya anak kedua mereka itu dijangka lahir pada hujung bulan Jun tetapi lahir seminggu lebih awal.
Kata Izham lagi, lebih bermakna apabila anaknya itu lahir dalam bulan Syawal.
Mia mendirikan rumah tangga dengan Izham, yang merupakan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) pada 13 Januari 2017. Pasangan itu dikurniakan anak sulung, Sayf Issa pada 28 September 2018.
Sumber: Mia Ahmad