“Hanya Setahun Ibu Dapat Lihat Sofea Gembira. Kini Doktor Cakap Adik Tak Ada Harapan..”

Share

Tiada apa yang diharapkan oleh seorang ibu melainkan dapat melihat anak-anak  membesar dengan sihat dan sempurna. Andai kata Allah takdirkan dengan ujian yang tak disangka-sangka, hanya doa sebagai kekuatan.

Ketumbuhan pada otak 

Melalui perkongsian seorang ibu di FB Haura Crew, tiada apa yang dipinta melainkan doa orang ramai untuk mempermudahkan urusan anaknya, Nur Farha Sofea Azmi, yang kini dalam keadaan kritikal kerana ketumbuhan pada otak.

Sebelum ini, ibu kepada adik Sofea pernah memohon doa orang ramai agar kesihatan puterinya kembali sihat dan boleh bernafas seperti biasa. Ini kerana, perkembangan Sofea sekarang hanya bergantung kepada mesin pernafasan selepas menjalani pembedahan membuang tumor di otak.

ARTIKEL MENARIK [Ada Anak Kecil, Belajarlah Reda. Terlalu Harapkan Kesempurnaan, Tapi Tak Capai, Ibu Frust!]

Luah ibu ini juga, melihat Sofea yang berada dalam keadaan tak sedarkan diri, benar-benar buatkan hatinya luluh. Tiada apa yang dimahukan selain dapat memeluk Sofea sama seperti dia sihat.

Andai perancanganMu terbaik, permudahkan urusan Sofea

Ya Allah, aku berserah pada-Mu Ya Allah. Andai anakku ini adalah anak syurga, aku terima Ya Allah. Engkau kurniakanlah kekuatan semangat pada aku sebagai seorang ibu dan kekuatan buat keluargaku.

Hanya setahun je Allah pinjamkan awak untuk ibu. Ibu tak sanggup tengok adik sakit lagi. Doktor cakap adik dah tak ada harapan untuk pulih. Hanya Allah saja yang tahu. Sekarang doktor tunggu keputusan ibu untuk bagi persetujuan nak buka tiub pernafasan.

Hati seorang ibu tak sanggup nak bagi persetujuan nak buka tiub pernafasan adik. Doktor cakap, bila tiub pernafasan dibuka, semuanya berserah pada Allah. Ya Allah…Engkau bagi la aku petunjuk. Engkau kuatkan semangatku untukku terima ujian engkau ni.

Ya Allah Engkau permudahkan urusan anakku NUR FARHA SOFEA BT AZMI. Semoga ada keajaiban untuk anakku.

Kredit: Haura Crew

LAGI ARTIKEL MENARIK [Kenapa Anak Saya Lasak, Tak Reti Duduk Diam? Ini Penyelesaian Terbaik Buat Ibu Ayah]

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy