Kelahiran setiap anak pastinya menjadi kenangan manis buat ibu dan ayah. Pastinya ia menjadi momen indah untuk dikenang sampai hujung usia. Seperti pengacara Tanya Doktor, Dr. Say Shahzril yang mengimbas kembali kenangan saat cahaya mata sulungnya Aezriel atau panggilan manjanya Ace dilahirkan bersempena dengan ulang tahun pertama anaknya itu.
Dalam postingnya itu, Dr. Say sempena kelahiran pertama anak sulungnya, beliau teringat kembali detik mencemaskan apabila isterinya sudah pun dimasukkan ke hospital untuk melahirkan anak pertama mereka sedangkan dia masih lagi di set penggambaran sebuah iklan televisyen.
Kelahiran tersebut di luar jangkaan apabila Dr. Say secara tiba-tiba mendapat panggilan daripada isteri tercinta yang menyatakan air ketuban sudah pecah. Lebih mencemaskan apabila mendapat panggilan lain daripada isteri bahawa denyutan jantung bayi menurun dan terpaksa lakukan pembedahan untuk menyelamatkan bayi.
Artikel menarik: Suami Tak Dapat Teman Isteri Bersalin, Ustazah Nik Salida Ajar Doa Ini Untuk Diamalkan
Namun oleh kerana komitmen kerja, sebaik sahaja selepas tamat penggambaran iklan, barulah Dr. Say memecut laju ke hospital untuk bersama isteri tercinta. Menurut Dr. Say kelahiran putera sulungnya itu adalah perkara paling indah berlaku buat dirinya. Saat melihat si kecil yang comel dan mengazankan sendiri cahaya mata pertama dan kini si kecilnya itu sudahpun berusia setahun.
Topik : Happy 1st Birthday My Boy
Ingat lagi 5.5.2019 daddy tengah shooting iklan Vitagen tiba-tiba mommy call dalam pukul 9 pagi dengan cemas “ubby air ketuban i pecah!”, terduduk daddy dibuatnya. Daddy mula gelisah, yelah ayah mana kat dunia ni yg taknak melihat atau menyambut kelahiran anaknya dahla daddy shooting baru suku jalan. Mujur mommy di rumah nenek maka nenek bawak mommy gi hospital sementara daddy dengan professionalnya (dan kalutnya) cuba habiskan shooting.
Pukul 12 tengah hari mommy call sekali lagi kali ni dengan tangisan “ubby u tak habis lagi ke? CTG (denyutan jantung baby) dropped, i kena push untuk cesar (untuk menyelamatkan bayi daripada terus lemas)”. Kali ni pandangan & pemikiran daddy blank, dunia ibarat terhenti seketika, meraung daddy dalam hati sebab ini bukan seperti apa yg daddy jangkakan. Daddy jangka daddy dapat lihat mommy melahirkan Ace, daddy jangka daddy dapat terus dakap Ace bila Ace lahir ke dunia ni.
Tup tap shooting habis pukul 12.30 tengah hari. Pecut daddy dari Sungai Buloh ke SJMC. Terus daddy meluru ke bilik pembedahan, kelihatan mommy dah selesai cesar. Daddy masuk penuh dengan rasa kekesalan. Mommy maafkan daddy (lepas ceramah & taklimat sikit). Tapi Ace tak kelihatan, daddy risau kembali. Rupa2nya Ace dah dihantar ke nursing room. Daddy pimpin katil mommy naik ke ward. Terus daddy minta dgn staf nurse nak jumpa Ace.
Ace lahir 1.18 petang. Daddy dakap Ace. Tak pernah dalam pandangan daddy melihat seseorang seindah Ace. Ace tengah tidur, muka merah2, pipi montel. Daddy azankan Ace, sayang pipi Ace, selfie dengan Ace & pulangkan ke staf nurse. Fast foward lepas meroyan teman mommy berpantang, berkali2 di maki mommy akibat kecuaian, harini Ace genap setahun. Walaupun Ace tak sayang daddy macam Ace sayang mommy, percayalah tak pernah sehari pun Ace tidak ada dalam pemikiran daddy. I love u so much my son. Happy birthday again to u.
Dr. Say dan isteri, Dr Azura telah berkahwin pada 30 Mac 2014 dan telah dikurniakan cahaya mata pertama pada 5 Mei tahun lepas.
Selamat Harijadi Ace, semoga membesar menjadi anak yang soleh untuk mama dan papa!
Sumber: IG Dr. Say Shazril
Artikel menarik: Tuhan Je Tahu Sakitnya Indius Tu Macam Mana. Bukan Saja-saja Doktor Nak Bagi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI