Nama Nur Fatima Aisya sememangnya sudah lekat di hati kita. Kini apa sahaja yang dikongsikan oleh ibunya, gelagat Fatima, anak pasangan Fazura dan Fattah Amin sentiasa menjadi perhatian.
Aksi comel Fatima yang kini sudah pun berusia lima bulan sentiasa membuatkan wargamaya naik geram dan terhibur dengan keletah comelnya. Lebih-lebih lagi kala diagah ibu dan ayahnya.
Setiap kali diagah, Fatima akan tersenyum lebar dan ketawa malah mula mengenal setiap kali namanya disebut Fatah dan Fazura.
Terbaru menerusi Instagram dan akaun rasmi @fattzuralovelife, pasangan ini turut berkongsi usia Fatima yang kini sudah pun memasuki lima bulan.
“Happy 5 months Fatima sayang.
“We love you so very much,”tulisnya di Instagram.
Ucapan ringkas dengan gambar Fatima yang mengenakan baju merah jambu itu kelihatan cukup comel.
Di usianya lima bulan, bukan hanya bertindak balas ketika diagah bahkan Fatima dilihat makin ‘bambam’ dan comel. Malah kini Fatima juga makin aktif meneroka dipersekitarannya.
Bukan itu sahaja, malah perkongsian Fattah Amin yang memuat naik gelagat Fatima ketika ibunya menyanyikan lagu buatnya menarik perhatian wargamaya.
Seronok melihat wajah Fatima ketika namanya disebut oleh Fazura. Malah nyanyian lembut Fazura sambil mendoakan anak kecilnya itu juga turut dipuji wargamaya.
Menerusi Instastory, gelagat Fatima makin comel bila mana begitu teruja kala pertama kali dipakai kasut. Begitu juga ingin mencuba mengambil nasi dan mencuba makanan di hadapannya. Cute!
Semoga Fatima terus menjadi anak yang sihat, bijak dan solehah serta membahagiakan ibu dan ayahnya.
Artikel berkaitan: Kesiannya Anak Mommy Nak Makan, Comel Tengok Muka, Geram Fatima Tarik Pinggan
Gelak Tu Cute Sangat, Hampir 4 Bulan, Comelnya Fatima Ketawa Tak Berhenti Diagah Daddy
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @fattahaminz @fattzuralovelife