Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-44 bersama suami, Datuk K atau nama sebenarnya Datuk Sri Khalid Muhammad Jiwa dan anak-anak, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa di Turki.
Bawa Aafiyah dan Afwa main salji
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Siti bersyukur atas segala rezeki dan nikmat yang dikurniakan sepanjang kehidupannya.
Selain itu, pemilik nama Siti Nurhaliza Tarudin menghargai Datuk K yang menjadi pendamping setia serta menjaga dirinya dan anak-anak.
Terima kasih Ya Allah, segala yang Engkau kurniakan padaku.
Terima kasih suami tersayang yang sudah bersama melayari dan menjaga saya serta anak-anak dengan baik. Begitu juga buat keluarga besar saya yang sangat baik hati.
Penyanyi nombor satu negara itu turut mengharapkan kenangan sepanjang percutian itu menjadi kenangan terindah dan diberikan keberkatan buat semua.
Ads
“Semoga jadi kenangan terindah dan beri keberkatan buat kita semua.. Moga lebih banyak lagi memori indah dapat dicipta di masa depan nanti .. aamin ya rabb..”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan kesejahteraan pelantun lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’ itu.
Seorang isteri maut akibat dibelasah oleh suaminya dengan tukul besi disyaki akibat cemburu.
Kejadian berlaku kira-kira jam 8.00 pagi tadi di Kampung Besol, Bukit Besi, Dungun yang menyebabkan mangsa, 41 tahun, cedera parah di dahi dan muka.
Sebelum kejadian, mangsa baru pulang ke rumah selepas menghantar anaknya ke sekolah dan setibanya di rumah pasangan itu mula bergaduh.
Difahamkan, selepas mangsa dibunuh, suspek keluar dari rumah dan pergi ke rumah datuknya yang terletak tidak jauh dari lokasi sebelum memberitahu seorang kakaknya, dia telah membunuh isteri dengan tukul besi sambil menangis dan ketakutan.
Sebelum berumah tangga, sudah tentu kita memasang niat untuk menjadi yang terbaik buat pasangan. Tetapi semua itu pasti akan berubah sedikit demi sedikit mengikut peredaran masa, terutama jika kita sudah tidak berdua lagi.
Setiap pasangan yang berkahwin bukan sahaja perlu bersedia untuk hidup berdua tetapi juga mental harus kuat kerana ujian selepas berkahwin berganda daripada ketika kita bersendirian. Masa yang dahulunya diberi sepenuhuhnya buat suami atau isteri kini sudah harus dibahagikan dengan anak-anak pula.
Isteri sentiasa diminta untuk menjadi seorang isteri yang taat pada suami dan menyediakan segala kelengkapan suaminya, namun apa sebenarnya apa tugas suami selain menyediakan kemudahan buat si isteri? Sebenarnya tiada lain yang isteri minta, cuma mahukan telinga dan bahu untuk tumpang bersandar sahaja. Biar betul?
Ketika awal perkahwinan, mungkin isteri boleh habiskan masa untuk bereksperimen macam-macam. Yalah, masak itu ini. Rumah pun dikemas bertukar-tukar. Sekejap sofa sebelah kanan, nanti dialih pula sebelah televisyen. Ikut mood. Waktu itu banyak masa sebab hidup masih berdua.
Mula-mula kahwin, suami pun senyum saja sebab bila pulang ke rumah sudah terhidang makanan enak-enak. Sarung kusyen pun sentiasa bertukar. Kadang-kadang ke pejabat pun boleh bawa bekal, sebab isteri rajin sangat masak!
Bila datang rezeki isteri hamil dan melahirkan anak mungkin kurang sedikit perhatian yang diberikan kepada suami. Kalau dahulu mungkin boleh ada tiga atau empat lauk, sekarang isteri hanya mampu masak dua jenis sahaja. Itu pun yang paling mudah.
Mungkin juga dulu sempat isteri nak tanyakan hari di pejabat bagaimana sambil mengurut bahu si suami, kini sudah tak sempat. Pun begitu, suami jangan salah faham. Isteri sebenarnya tak cukup masa bukan sebab meminggirkan anda.
Ketika ini sudah mula berlaku, janganlah disalahkan isteri. Suamilah yang perlu berbuat sesuatu. Dah tiba masanya pinjamkan telinga dan bahu anda. Tanpa sedar, sebenarnya isteri ni letih sangat. Cuma tak sempat nak diluahkan.
Suami yang peka dengan keadaan isteri dah tentu akan perasan isterinya berubah. Waktu ini, kalau anda ‘cuit’ sikit emosinya, menangis. Anda cubalah tanyakan padanya jika ada apa-apa yang boleh anda bantu. Atau anda pula take over, urutkan badannya. Sebenarnya waktu itu, anda akan mendengar setiap luahan perasaanya.
Jangan marah, sebaliknya pinjam bahu anda untuk isteri bersandar dan merasakan sedikit perhatian dari anda. Percayalah, esok dia pasti akan senyum sampai ke telinga. Kalau anda dah buat begitu, dan esoknya dia masak special sikit, maksudnya ada berjaya menjadi suami yang prihatin dengan keadaan isteri.
Isteri tak perlukan wang ringgit yang banyak (kalau ada, bonus!) atau dibelikan hadiah-hadiah mewah, cukuplah sekadar anda tanyakan keadaannya atau bantu dia sedikit sebanyak dalam melakukan kerja rumah.
Isteri inginkan suami yang ‘celik’, ‘tidak pekak’ dan mampu menjadi orang yang menghapuskan air matanya. Sebenarnya, ucapan TERIMA KASIH sudah cukup untuk buat isteri merasa bahagia.
Ambillah hati isteri dengan kata-kata manis yang membahagiakannya. Itu sahaja yang isteri mahukan, PINJAMKAN TELINGA DAN BAHU SUAMI pada mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bersedia untuk timang anak kedua. Begitu kongsi Fazura dan suaminya Fattah Amin yang kini dalam perancangan untuk menimang cahaya mata kedua mereka.
Akui Fazura lagi mengikut satu laporan akhbar, dia begitu merindui untuk punya anak lagi ditambah pula anak kesayangannya, Nur Fatima Aisya kini hampir berusia dua tahun.
Pun begitu kata Fazura, dia menyerahkan segala urusan itu untuk punya rezeki cahaya mata lagi kepada ketentuan Allah.
“Memang saya rindu nak ada anak lagi. Fatimah pun sudah semakin besar, bakal berusia dua tahun dalam dua bulan lagi.
“Saya fikir, memang sekarang ini masa yang sesuai untuk tambah zuriat. Cuma, sekarang saya masih sibuk.
“Tapi, perancangan tetap ada. Mungkin selepas selesai semua kesibukan ini, saya dan Fattah sudah boleh merancang untuk menambah ahli keluarga,” katanya berkongsi.
Ketika di tanya mengenai soal jantina anak, akui Fazura dia tidak kisah walaupun sememangnya amat menginginkan sepasang cahaya mata, lelaki dan perempuan.
“Memang kalau ikutkan, nak sepasang. Tapi, saya cuma mampu berdoa agar dikurniakan anak yang soleh dan solehah.
“Sejujurnya, lelaki atau perempuan, saya terima,” katanya lagi.
Terdahulu, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada November 2017. Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Nur Fatima Aisya.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.