“Happy Birthday Ibu..” Tok Ti Bawa Aafiyah & Afwa Sambut Ulang Tahun Ke-44 Di Turki

Share

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-44 bersama suami, Datuk K atau nama sebenarnya Datuk Sri Khalid Muhammad Jiwa dan anak-anak, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa di Turki.

Bawa Aafiyah dan Afwa main salji

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Siti bersyukur atas segala rezeki dan nikmat yang dikurniakan sepanjang kehidupannya.

Selain itu, pemilik nama Siti Nurhaliza Tarudin menghargai Datuk K yang menjadi pendamping setia serta menjaga dirinya dan anak-anak.

Terima kasih Ya Allah, segala yang Engkau kurniakan padaku.

Terima kasih suami tersayang yang sudah bersama melayari dan menjaga saya serta anak-anak dengan baik. Begitu juga buat keluarga besar saya yang sangat baik hati.

Penyanyi nombor satu negara itu turut mengharapkan kenangan sepanjang percutian itu menjadi kenangan terindah dan diberikan keberkatan buat semua.

“Semoga jadi kenangan terindah dan beri keberkatan buat kita semua.. Moga lebih banyak lagi memori indah dapat dicipta di masa depan nanti .. aamin ya rabb..”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan kesejahteraan pelantun lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’ itu.

Sumber: Instagram @ctdk

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

Published by
Wan Amy