Sesetengah orang lebih suka menyimpan berita tentang kehamilan mereka pada awal kandungan kerana menjaga sensitiviti serta mengelak dari perkara yang tidak diingini. Mungkin apabila sudah masuk ke trimester kedua dan kandungan sudah cukup stabil, barulah berita baik itu akan dikongsikan kepada lebih ramai orang.
Begitu juga dengan pelakon dan model, Che’ Puan Juliana Sophie Johari Evans yang lebih mesra disapa sebagai Juliana Evans yang telah mengumumkan dirinya kini sedang hamil 21 minggu. Melalui laman Instagramnya, Juliana telah memuatnaik beberapa keping foto serta video yang jelas menunjukkan baby bump.
Menurut aktres jelita ini lagi, dia dan keluarga sangat gembira untuk berkongsi tentang kehamilan kedua ini dan mengharapkan doa yang baik-baik dari semua. Selain itu katanya lagi mereka sekeluarga sangat teruja dengan bayi yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Sekadar recap, Juliana telah berkahwin pada tahun 2017 bersama jejaka pilihan hatinya iaitu Tengku Shariffuddin Shah Y.A.M Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj yang merupakan kerabat diraja Johor dan Selangor.
Ads
Hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama YM Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah.
Tahniah kepada Juliana dan keluarga! Semoga journey kehamilan berjalan lancar sehingga tiba saat melahirkan.
Wanita mengandung akan mengalami macam-macam perubahan bukan sahaja dari segi fizikal malah juga emosi. Lebih-lebih lagi bila hampir tiba waktu melahirkan. Pelbagai lagi dugaan yang perlu ditempuhi.
Dari awal mengandung dengan alami alahan, seterusnya mengidam, perubahan fizikal sehinggalah tiba waktu hampir tarikh jangkaan bersalin. Kebanyakkan ibu mengandung akan rasa tidak selesa, tidur malam tak lena, sakit belakang dan sebagainya.
Bagi yang ingin tahu punca kenapa sakit belakang sering dialami oleh ibu hamil, perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad bakal rungkaikan persoalan tersebut dalam perkongsian di Facebook miliknya.
PUNCA SAKIT BELAKANG KETIKA HAMIL
“Salam doctor. Saya hamil sudah 28 minggu. Saya mengalami sakit belakang yang sangat kuat. Namun setelah berbaring seketika sakit saya akan hilang. Apakah kehamilan menjadi punca sakit belakang saya. Mohon pencerahan. Terima kasih”
Bayi & rahim ibu semakin membesar
WA ALAIKUM MUS SALAM
Sakit belakang di bahagian pinggang semasa hamil adalah normal. Jangan terlalu risau kecuali jika sakit yang puan alami terlalu kuat dan tidak kurang walaupun telah berehat.
Sakit belakang ini sebenarnya disebabkan bayi dan rahem yang semakin membesar. Perubahan ini akan mengubah pusat graviti apabila parut puan semakin menonjol ke luar.
Bagi mengimbangkan pusat graviti itu, selalunya puan akan menukarkan postur dan menyebabkan puan berasa sakit pada bahagian belakang.
Jika puan mengangkat barang yang berat, sakit belakang akan bertambah anda. Dibimbangi posisi yang tidak seimbang menyebabkan tekanan pada saraf, sehingga puan akan merasa sakit, bukan saja di bahagian pinggang tetapi juga di bahagian kedua belah kaki.
Perubahan hormon boleh sebabkan sakit belakang
Selain perubahan pada saiz bayi dan rahem yang semakin membesar, perubahan hormon semasa kehamilan juga boleh menyebabkan sakit belakang.
Ini kerana perubahan hormone ini akan melonggarkan sendi dan ligamen pada tulang pelvis. Dengan banyak melakukan pergerakan membongkok puan akan merasa sakit terutama berjalan atau berdiri terlalu lama, duduk untuk tempoh yang lama, menukar pergerakan dari duduk kepada berdiri dengan cepat, membongkok atau mengangkat benda yang berat.
Jangan risau jika sakit belakang puan hanya bersifat sementara dan merasa lega selepas berehat. Berjumpalah doctor jika sakit belakang puan sangat kuat dan tidak kurang selepas berehat.
Selalunya sakit belakang akan hilang selepas melahirkan anak.
Seperti yang diulaskan oleh Dr Zubaidi, sakit belakang ketika hamil adalah bersifat sementara dan akan hilang setelah berehat. Namun jika ia menyebabkan kesakitan yang kuat sebaiknya rujuk kepada doktor segera yang mungkin. Paling penting ikut saranan doktor dan jangan terlepas pemeriksaan berkala yang dijadualkan untuk ibu hamil.
Ingat lagi setiap kali trying to conceive (TTC), saat paling mendebarkan ialah masa nak dapatkan keputusan berjaya hamil ke tak. Tapi sebenarnya kalau kita ketahui tanda-tanda awal kehamilan, kita boleh agak samada kita betul-betul dah mengandung atau belum sebelum buat pengesahan doktor.
Walaupun kita boleh check guna home pregnancy test kit (HPT), tapi nak guna kit pengesan kehamilan pun selalunya kena tunggu beberapa hari untuk dapatkan keputusan yang tepat. Dan kita tetap perlu buat pemeriksaan dengan pakar sakit puan untuk kepastian.
Tanda-Tanda Awal Kehamilan Yang Anda Perlu Tahu
Kita perlu juga tahu tanda-tanda awal hamil supaya kita dapat ambil langkah lebih berhati-hati dalam menjaga diri dan kandungan. Selain tu kalau dah pasti kita memang hamil, boleh lah kita buat apa-apa persedian dan perancangan yang sepatutnya. Suami dan ahli keluarga juga boleh ambil peranan dan beri sokongan masing-masing kepada ibu yang sedang berbadan dua.
Kelesuan
Masa mula-mula hamil, hormon progesterone bertambah secara mendadak. Paras hormon progesterone yang tinggi dalam badan boleh menyebabkan ibu mudah rasa letih dan mengantuk. Dalam masa sama, paras gula rendah dalam darah, tekanan darah rendah dan peningkatan penghasilan darah merah juga memakan banyak tenaga dalaman badan.
Abdominal cramps
Adalah biasa bila sampai tempoh haid normal, kita berasa sakit pada bahagian abdomen seperti period pain. Tapi bagi orang mengandung, kadang-kadang rasa sakit tu lain sikit tak seperti biasa atau sakit lebih lagi daripada biasa.
Pendarahan, vaginal bleeding ataupun spotting
Kadang-kadang pendarahan minimal ataupun vaginal bleeding ataupun spotting berlaku. Ini mungkin disebabkan proses implementation ataupun pelekatan telur yang telah disenyawakan ke permukaan uterus. Spotting ni selalunya berlaku sekejap saja dan darah yang keluar pula sangat sedikit dan berwarna cair.
Rasa mual
Rasa mual ataupun nausea berlaku disebabkan peningkatan paras estrogen dalam badan, yang menyebabkan penghadaman dalam perut menjadi lambat. Deria bau dan rasa juga menjadi lebih sensitif. Morning sickness juga boleh bermula seawal 2 minggu selepas kehamilan berlaku. Tapi sebenarnya morning sickness terjadi tak kira masa. Bukannya pada waktu pagi saja.
Food craving ataupun mengidam
Bila perubahan hormon dah mula berlaku, selera makan juga mula berubah. . Terutamanya masa trimester pertama, waktu hormon sedang mengalami perubahan mendadak. Masa ni lah kita akan mula mengidam atau teringin nak makan sesuatu jenis makanan.
Sakit kepala
Ketika awal kehamilan, pertambahan peredaran darah disebabkan perubahan hormon juga boleh menyebabkan rasa sakit kepala.
Mood swings ataupun emosi tak stabil
Perubahan homon yang pesat terutamanya ketika trimester pertama juga boleh menyebabkan emosi kita jadi tak seimbang. Kita mungkin mudah rasa tersentuh, marah, sedih dan sebagainya.
Rasa pening dan macam nak pitam ataupun faintness and dizziness
Bila salur darah mengembang dan tekanan darah menurun, boleh menyebabkan kita rasa pening-pening lalat dan macam nak pitam. Ketika awal kehamilan, rasa ini mungkin disebabkan oleh tekanan darah rendah.
Peningkatan suhu badan basal ataupun increased basal body temperature
Basal body temperature adalah suhu badan pertama yang diambil ketika kita baru bangn tidur. Suhu badan akan meningkat sedikit ketika ovulasi dan kekal hinggalah haid yang seterusnya. Tapi kalau suhu badan ini tidak menurun ketika haid yang seterusnya dijangka berlaku, kemungkinan besar kita telah hamil.
Perubahan pada payudara
Perubahan hormon dalam badan juga menyebabkan juga memberi kesan kepada payudara. Payudara mungkin akan berasa sensitif, bengkak, berdenyut-denyut dan sakit. Pada bahagian keliling puting susu iaitu areola juga boleh berubah menjadi warna gelap.
Kerap kencing
Kebanyakan wanita, kerap kencing selalunya berlaku bermula minggu ke 6 hingga minggu ke 8 selepas kehamilan berlaku. Ini juga disebabkan perubahan hormon dalam badan.
Sembelit
Ketika hamil, paras progesterone yang tinggi menyebabkan makanan lambat dihadamkan dan melalui usus. Masalah ini boleh dikurangkan dengan meminum lebih air kosong, bersenam dan mengambil lebih makanan kaya fiber.
Tak datang haid ataupun missed period
Bila haid tak datang, ini selalunya antara tanda mengandung yang paling kuat. Selalunya bila dah beberapa hari haid tak datang seperti sepatutnya pada bulan yang lepas-lepas, kita akan cepat-cepat pergi beli home pregnancy test (HPT) di farmasi. Kalau keputusannya positive, mungkin betul lah kita mengandung! Tapi, tunggu dulu. Untuk betul-betul pasti, elok lah berjumpa dengan doktor pakar untuk sahkan kehamilan.
Selain tu doktor juga boleh check samada kesihatan diri dan kandungan kita dalam keadaan baik ataupun tidak. Lagipun memang tak semua wanita yang tak datang haid tu mengandung. Tapi disebabkan beberapa faktor seperti stress, keletihan melampau, kelebihan berat badan, pemakanan, perubahan berat badan mendadak, masalah kesihatan, kesan setelah mengamalkan pil perancang dan sebagainya juga boleh jadi punca kepada irregular period cycle.
Jadi, adakah anda ada semua tanda-tanda mengandung yang disenaraikan di atas? Kalau ya, boleh cepat-cepat jumpa doktor ya. Kalau confirm mengandung, tahniah!
Pengarah filem, Syamsul Yusof akui lebih matang menjadi seorang bapa selepas isterinya, Puteri Sarah Liyana hamil anak kedua.
Menerusi laporan HLive, Syamsul memberitahu dia perlu buat lebih banyak persediaan sebelum menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.
“Saya tidak tahu orang lain bagaimana tapi, saya boleh kata jika anak pertama dulu rasa teruja dan tidak sabar hendak menanti kelahirannya tapi bila anak kedua ni lain pula.
“Masih lagi rasa teruja untuk anak kedua, cuma ia buat saya berfikir adakah saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab menjaganya sedangkan anak yang pertama masih lagi dalam fasa aktif.
“Anak saya sekarang sangat lasak dan bijak sekarang ni jadi saya perlu bersedia untuk semua itu nanti.
“Bagaimanapun, itulah kehidupan dan saya perlu matang untuk menempuhnya nanti,” katanya.
Syamsul mendirikan rumah tangga dengan Puteri Sarah pada Mac 2014 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Syaikhul Islam Mohd Shamsul berusia setahun.
Sumber: ig puteri sarah liyana
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!