Amalan beri makan dan air kosong kepada bayi 6 bulan ke bawah mungkin masih banyak berlaku di dalam masyarakat. Mama dan papa kalau betul sayangkan anak, hapuskan segera amalan ini!
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita bayi menemui ajal kerana pendarahan akibat diberikan bubur pisang oleh neneknya. Perkara ini amat mengecewakan. Justeru, ibu bapa dan penjaga bayi termasuk pengasuh dan ahli keluarga perlu memahami kepentingan penyusuan susu ibu dan memainkan peranan penting untuk menghapuskan amalan salah memberikan makan dan minum air kepada bayi enam bulan ke bawah.
Perlu diketahui bahawa bayi 6 bulan ke bawah sepatutnya hanya diberikan susu ibu tanpa makanan dan minuman. Penyusuan susu ibu secara eksklusif kepada bayi daripada lahir hingga enam bulan amat mustahak bagi menjamin kesihatan bayi pada tahap optimum.
4 KEPENTINGAN PENYUSUAN EKSKLUSIF KEPADA BAYI
Penyusuan susu ibu secara eksklusif kepada bayi dari lahir hingga enam bulan bermaksud tidak memberikan makanan atau minuman selain susu ibu. Penyusuan susu ibu secara eksklusif kepada bayi enam bulan ke bawah perlu dilakukan kerana;
Kandungan khasiat dan nutrien dalam susu ibu mencukupi untuk pertumbuhan bayi sejak lahir sehingga usia enam bulan. Penyusuan susu ibu selama enam bulan tanpa makanan dan minuman lain tidak menjejaskan kadar pertumbuhan bayi.
Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan dapat memastikan penyerapan zat besi yang optimum daripada susu ibu. Pengambilan bahan lain boleh mengurangkan penyerapan nutrien di dalam susu ibu seperti zat besi.
Ads
Sistem pencernaan dan penghadaman bayi kurang daripada enam bulan masih belum matang untuk memproses makanan daripada pelengkap.
Enzim-enzim penghadaman yang terlibat belum tersedia sepenuhnya. Oleh itu bayi mudah mendapat cirit-birit sekiranya makanan pelengkap diberikan lebih awal.
4 RISIKO PEMBERIAN AIR KOSONG KEPADA BAYI 0-6 BULAN
Bayi 0-6 bulan tidak perlukan air kosong. Amalan pemberian air kosong kepada bayi boleh mengakibatkan kesan negatif kepada kesihatan bayi. Berikut ialah empat impak buruk tabiat beri air kosong kepada bayi bawah enam bulan.
RISIKO KEKURANGAN ZAT
Pemberikan air kosong atau cecair lain (jus buah/ teh dan sebagainya) boleh mengakibatkan risiko kekurangan zat kepada bayi.
Ads
RISIKO PENYAKIT DAN JANGKITAN
Meningkatkan risiko penyakit dan jangkitan di mana air bertindak menghakis sautan pelindung penyakit yang dihasillkan oleh susu ibu. Air juga boleh menjadi pembawa kuman sekiranya ia tidak bersih.
RISIKO KERACUNAN AIR
Pemberian air kosong kepada bayi bawah enam bulan boleh meningkatkan risiko keracunan air. Air yang terlalu banyak akan mencairkan garam dalam darah dan menyebabkan suhu badan turun. Bayi menjadi kembung dan menyebabkan sawan tarik.
Ads
RISIKO KEGAGALAN PENYUSUAN SUSU IBU
Pemberian air kosong dapat meningkatkan risiko kegagalan penyusuan disebabkan oleh kurangnya rangsangan daripada bayi.
KEBURUKAN MEMBERI MAKANAN DAN MINUMAN LAIN KEPADA BAYI 6 BULAN KE BAWAH
Bayi yang menyusu susu ibu tidak perlu diberikan makanan atau minuman lain kerana ia boleh menyebabkan beberapa keburukan lain. Antaranya ialah;
Mengurangkan kesan perlindungan daripada penyusuan susu ibu.
Meningkatkan risiko jangkitan.
Mengurangkan keinginan bayi untuk menyusu daripada payudara ibu yang seterusnya akan menyebabkan pengurangan penghasilan susu ibu.
Boleh mengakibatkan keliru puting.
Risiko obesiti kepada bayi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak kita lambat, anak elak nak buat itu dan ini, takut nak cuba semua perkara sebenarnya bukan kerana diri anak itu sendiri. Akan tetapi kerana larangan demi larangan yang dibuat mak ayah dalam proses awal hidup mereka.
Sebenarnya nak melarang tak salah namun jangan larang perkembangan anak. Biarkan anak merasai semuanya ketika mereka kecil bagi merangsang sensori awal anak-anak.
Menurut Dr Ain Zul, kurangnya rangsangan pada anak di awal perkembangan mereka membuatkan anak lambat bercakap, kurang bergaul dengan orang malah mempunyai masalah dalam tingkah laku mereka.
Mak Ayah Perlu Rangsang Deria Sensori Anak Dari Bayi
“Anak saya geli nak pijak rumput. Dia memang pembersih sikit”
“Anak saya takut nak pijak pasir pantai”
“Anak saya pulak mengada-ngada doktor. Dia memang taknak pegang dan makan sendiri, nak bersuap je”
“Anak saya lambat berjalan, tapi biasalah tu dulu ayah dia pun lambat berjalan”
“Anak tak berapa nak respons bila saya panggil nama dia. Panggil kuat baru dia dengar”
Kalau anak-anak mommies semua ada contoh masalah seperti di atas, bukan bermaksud anak kita pembersih, penggeli atau mengada-ngada tau. Tapi disebabkan sensory stimulation mereka kurang atau dalam keadaan yang teruk sikit, dipanggil Sensory Processing Disorder (Masalah Pemprosesan Sensori).
Kalau anak-anak ada masalah sensory dan kita tak atasi secara awal, nanti jangan terkejut kalau anak lambat bercakap, kurang bergaul dengan orang, ada masalah tingkah laku atau tak pandai pegang pen dengan betul.
Kenapa mummy cakap kita semua kena stimulate sensory anak awal-awal, sebab kita kena faham tahap perkembangan anak sangat kritikal di awal umur.
Tahap perkembangan anak ada 4 tahap kalau mengikut Teori Piaget;
1) Sensorimotor (0-2 tahun) 2) Preoperational (2-7 tahun) 3) Concrete Operational (7-11 tahun) 4) Formal Operational (11 tahun ke atas)
Tahap 1 & 2 adalah tahap paling kritikal sebab bila anak-anak dapat kuasai tahap sensorimotor melalui gerakan badan dan stimulasi sensori yang bagus, kebiasaannya ilmu atau pengalaman yang dah ‘dipegang’ oleh anak akan membantu anak untuk develop tahap seterusnya.
Tahap sensorimotor ni macam makanan untuk otak anak kita. Kalau kita tak bagi cukup makan, macam mana otak nak proses maklumat atau info yang datang bila besar nanti. Haa cenggitu lah secara ringkasnya.
So mummy just nak tekankan pasal sensorimotor ni. Basically, sensory kita ada deria;
– Rasa
– Sentuhan
– Bauan
– Penglihatan
– Pendengaran
– Keseimbangan Badan
– Propioseptif (Body Awareness)
Macam mana kita nak stimulate kesemua deria ni, lepaskanlah anak bermain??
Biarlah anak nak panjat tangga, panjat pagar. Biar lah dia nak rasa pasir masuk dalam mulut pun. Biar lah dia nak berlari kaki ayam. Biarlah dia nak pegang kayu, batu, benda sejuk, cawan panas. Biarlah dia nak conteng badan dia sampai tak nampak muka sekali pun.
Kita ibu ayah boleh monitor dan main bersama, jangan sikit-sikit
“jangan panjat nanti jatuh”
“jangan main pasir, kotor ada cacing”
Anak baru nak explore, kita dah halang separuh jalan? Maklumat baru nak sampai kat otak tapi dah kene block sudahnya anak tak tahu apa rasa pijak pasir, anak tak tahu nak balancekan badan bila panjat tangga, anak lambat berjalan dan sebagainya.
So mommies semua dapat tak point penting kenapa sensory stimulation ni perlu, penting dan bagus untuk anak?
Nanti mummy sambung lagi pasal sensory play ni tau.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam ilmu penyusuan susu ibu, kita pasti akan diajar tentang signal lapar bayi: signal awal, signal aktif dan signal lambat. Menangis adalah signal lambat. Jadi kerana itu ibu dinasihatkan menyusukan bayi ketika signal awalnya.
Dalam bidang tangisan bayi, kita akan bertanya kembali, ‘ Jadi, apa masalahnya? ‘
Saya pasti jawapan yang akan diterima, ‘anak sukar melekap (latch) untuk disusukan dan mengamuk’. Kita akan menjawab kembali, ‘Tiada masalah kalau ibu tahu cara tepat tenteramkan bayi ‘
Ya benar, tangisan bayi mencemaskan. Tapi ibu jangan sampai terlupa bahawa tangisan adalah satu-satunya medium komunikasi bayi. Maka bertenanglah. Cari jalan nak faham ‘anak cakap apa’ (ilmu tangisan bayi lah tu..) jadi mudahlah ibu nak merespon.
Paling penting, ibu harus tahu bayi ada 3 kategori berdasarkan kriteria tangisan. Bayi dari kategori ‘high need’ menyalurkan mesej ‘urgent’ dalam semua kehendaknya. Ia bermaksud jika mereka sedang elok tidur, nanti bila terjaga mereka terus mengamuk lapar tanpa sebarang atau sangat sikit amaran awal. Itu contoh biasa. Ia menyebabkan bagaimana pun ibu cuba berjaga-jaga sebelum bayi ‘naik darah’, sering saja gagal kerana..nama pun bayi ‘high need’!.
Baik, ada 5 elemen paling mententeramkan bayi. Percaya atau tak, hisapan adalah yang paling akhir. Itulah sebabnya bayi yang mengamuk kelaparan pun perlu ditenangkan dengan cara lain dulu dan bukan disua-sua terus dengan susu. Kadangkala hingga basah-basah muka bayi dengan susu tapi bayi tetap tak nak berkerjasama untuk melekap di payudara seolah-olah ibu nak memberi racun pula gayanya.
Tak percaya lagi? Baik. Ada ramai bayi yang bila marah, boleh tenang atau terdiam bila di bedung dengan betul atau di angkat/di dakap. Ini kerana bedung dan memegang bayi pada posisi yang betul menduduki tangga pertama dan kedua dalam carta elemen paling mententeramkan. Terdiam atau tenang sekejap inilah masanya yang boleh digunakan untuk menawar susu kerana bayi boleh fokus.
Lagi? Berapa ramai pula bayi yang boleh terdiam bila diperdengarkan bunyi terutama yang cukup kuat menyamai atau mengatasi jeritan tangisannya? Lebih-lebih lagi bila ditambah pula dengan dodoian,hayunan atau henjutan?. Nah, sekali lagi bila mereka terdiam atau mampu tenang walau sekejap ketika ini, barulah di tawarkan susu.
Bunyi macam mudah?..er ” tapi kenapa saya buat tak jadi? “. Mungkin itu yang anda fikir sekarang.
Baik, jika bayi anda jenis terlalu ‘cerewet’ atau sedang terlalu marah, dia perlu kesemua 4 elemen yang saya sebut di atas tadi SEBELUM boleh dia menerima elemen ke 5 iaitu hisapan, JIKA DIA LAPAR.
Video ini demonstrasi oleh saya. Anda lihat, akhir sekali barulah saya tawarkan elemen hisapan (payudara, botol susu, jari bersih atau puting tiruan).
– Jika bayi anda tidak lapar dan telah kenal puting tiruan, dia akan cukup gembira dengan putingnya.
– Jika bayi anda tidak lapar dan tak biasa dengan puting, dia akan sudah cukup gembira dengan 4 elemen lain.
– Jika bayi anda lapar, anda akan lihat dia kini lebih dari sedia untuk makan dan tak lagi marah-marah seperti tadi.
Masih ramai ibubapa dan penjaga bayi yang keliru dan salah faham dengan kebaikan meniarap. Meniarapkan bayi untuk bermain atau berlatih menguatkan otot SEMASA BAYI BERJAGA di sebut ‘TUMMY TIME’.
Tummy time sangat disaran dan banyak manfaatnya. Antaranya:
👶 Latihan menguasai perkembangan penting seperti meniarap dengan sendiri, duduk dan merangkak.
👶 Meningkatkan kemahiran motor kasar bayi.
👶 Merangsang kumpulan otot kurang guna yang lain.
👶 Mengelakkan Plagiocephaly ( flat head syndrome atau sindrom kepala leper)
👶 Bantu bayi menguasai kawalan kepala
👶 Membantu penyingkiran gas/angin(sendawa atau buang angin)
👶 Mendedahkan bayi kepada suasana sekeliling yang berbeza.
Jelas,ianya di lakukan SEMASA BERJAGA, DIBAWAH PEMERHATIAN IBUBAPA /PENJAGA dan BAGI TUJUAN latihan, senaman dan penerokaan (explore) rangsangan deria bayi.
Namun, MENIARAP UNTUK TIDUR pula MERBAHAYA DAN TIDAK DI BENARKAN buat bayi yang BELUM MAHIR MENIARAP DENGAN SENDIRI (tanpa bantuan penjaga).
Sudah berdekad-dekad pakar pediatrik seluruh dunia berjuang menyelamatkan nyawa bayi dari kes kematian mengejut (SIDS) yang mana penyumbang terbesarnya ialah menidurkan bayi kecil secara meniarap!
Kempen pertama oleh Akademi Pediatrik USA (AAP) pada 1992 ialah menyarankan bayi kecil tidur secara terlentang sahaja. Selepas kejayaan penurunan kes sehingga hampir 70%, kempen kebangsaannya di mulakan pula pada 1996 yang terus menyaksikan penurunan kes sebanyak 24% lagi. Kempen ini sejarah yang besar.
Mana-mana individu yang mengajar bab tidur bayi namun tidak tahu atau tak menekankan sejarah ini ,maka ia sesuatu yg tak kena kerana sejarah ini terlalu di kenali ibarat ABC bab tidur bayi.
Pada 2010, SIDS masih menbunuh 2000 bayi dan masih pembunuh utama bayi sihat berusia 0-12 bulan (AAP News&Journal, January 2016, volume 137. National Institute of Children Health and Dev. USA).
Maka, UNTUK BAYI KECIL YANG BELUM MAHIR MENIARAP DENGAN SENDIRI HANYA BOLEH TIDUR SECARA TERLENTANG.
Bagi bayi yang TELAH MAHIR MENIARAP DENGAN SENDIRI iaitu sekitar usia 4 -7 bulan, YA, TIADA MASALAH bayi di tiarapkan untuk tidur kerana faktanya kadar SIDS menurun 80% di kalangan bayi yang telah mahir tiarap. Kenapa? Kerana bayi-bayi ini telah dengan sendiri mempunyai kekuatan koordinasi kawalan otot bagi ‘menyelamatkan’ diri seperti mengangkat kepala cukup lama dan cukup tinggi (melepasi tulang dadanya) jika tersembam di gumuh sendiri atau merasa lemas (akibat tekanan permukaan).
Malah, tak logik jika ibubapa perlu membalikkan badan bayi untuk terlentang setiap kali anak tertiarap dalam tidur. Adakah ibu perlu berjaga sepanjang waktu anak tidur bagi tujuan ini? Itu tak ada kerja namanya 😄.
⚠ TAPI…….tidur terlentang buat bayi saya tak lena? 😏😏😏. Kerana itu ⏩⏩ bedunglah! Supaya bayi boleh kekal lena walau dalam posisi terlentang. Ini fakta kebaikan dan keperluan amalan bedung:
🤰 Bayi manusia telah 9 bulan duduk di dalam keadaan ‘fetal positioning’ iaitu kepala tunduk, belakang melengkung dan kaki /lutut rapat ke dada serta di balut pula dengan dinding rahim. Hakikat ini membuat bayi selama hayat di kandung rahim telah merasa BAGAI DI PELUK DAN DI DAKAP. Apabila bayi lahir, mereka tak lagi duduk secara fetal position dan tiada lagi dinding rahim. Sekeliling terasa begitu luas dan asing maka ia membuat ramai bayi panik (kerap menangis) akibat perubahan drastik.
Pengganti terbaik rasa bagai di dakap dan di peluk ini ialah bila bayi di peluk/dakap/gendong oleh ibu kerana ‘closeness sensation’ yang didapatkan. Isunya, tidak ada ibu bayi yang mampu gendong dan dakap anak 24 jam seperti mana ibu rahim manusia telah beri. Maka ,bila-bila masa ibu perlu berlepas diri dan perlu meletakkan bayi terutama sekali untuk tidur, maka ibu gantikan dengan bedung untuk bayi terus rasa selamat bagai di dakap.
Bedung ini HANYA DI GUNAKAN PADA 2 KEADAAN: UNTUK TENANGKAN BAYI YANG MENGAMUK DAN UNTUK BANTU LENA SAHAJA. Kerana hanya bila bayi rasa ‘selamat’ dan ‘familiar’ dengan bantuan mententeramkan yang dia dapat, baru lah dia boleh benar-benar tenang (berhenti nangis) dan lena.
SELAIN DARI 2 KEADAAN INI, TIADA KEPERLUAN untuk bayi di bedung.
Tambahan pula, 2 gangguan tidur bayi kecil yang utama ialah: menggeliat dan reflek tersentak-sentak (moro reflex) membuat bayi kerap terjaga /terganggu kualiti tidurnya. Menggeliat dan moro reflex ini keduanya bagus untuk perkembangan bayi dan ia aktif sepanjang masa :berjaga atau tidur.Tiada ragu dan tiada bantahan dalam hal ini.
NAMUN, bila tidur, bagi bayi dari kategori high demand dan infantile colic di mana kedua mereka miliki state control atau kawalan pusat yang lemah (beralih dari fasa berjaga ke fasa rehat/tidur), mereka sangat bermasalah untuk kembali lena sendiri bila tiap kali terjaga akibat menggeliat dan moro reflex ini lalu mula menangis minta bantuan ibu. Ini sebabnya mengapa ramai ibu kata ‘ anak saya tak lena bila di letak. Pasti sekejap saja dah berjaga. Tapi kalau di dukung atau dakap, lama pula tidurnya’.
Tiada masalah jika ibu mahu dakap lama-lama, namun jika ia mula meletihkan dan ibu buntu, maka ibu perlu tahu ANAK TETAP BOLEH SAMA LENA bila di letak ,’ helah’ nya ialah bedung lah.
Maka, TIDAK BENAR jika bedung di katakan menyekat pergerakan bayi dan bayi tak boleh meneroka (explore). Soalan saya:
APAKAH YANG BOLEH DI EXPLORE OLEH BAYI YANG SEDANG MARAH DAN TIDUR?
⚠ Paling penting, garis panduan bedung yang betul dan selamat ialah: kaki bayi WAJIB tetap boleh di gerakkan (move around) dan kekal bengkok (jangan paksa luruskan). Yang ‘dikunci’ seketika ketika tidur hanyalah tangan bayi. Kenapa? Kerana tangan bayilah yang paling memberi kesan tersentak/tergapai (trashing) setiap kali reflek moro aktif lalu bayi terkejut dan mula nangis semasa tidur. Jadi bagaimana pula ia menyekat pergerakkan bayi terutama ketika bayi bukan dalam fasa explore? Bila berjaga, explore lah semahunya. Bila tidur, tidurlah dengan berkualiti kerana tidur yang berkualiti ini besar kesannya kepada perkembangan dan pembesaran anak.
⚠Tapi…….anak saya tak suka di bedung!
Baik, perjelaskan maksud ‘tak suka’ itu. Jika:
1. ‘Tak suka’ itu kerana anak BUKAN SEDANG MENANGIS DAN BUKAN SEDANG TIDUR, ini tentulah dapat di faham. Kenapa pula mahu di bedung anak yang bukan sedang nangis dan bukan nak tidur? Tentulah anak itu marah kerana dia sedang dalam ‘mode’ meneroka dan mahu bermain, jadi kenapa di ‘perangkap’ nya dengan bedung? . Ini telah saya terang dalam hujah di atas iaitu waktu perlu bedung anak.
2. ‘ Tak suka’ itu kerana anak menangis makin kuat, meronta-ronta dan bagai mahu keluarkan tangannya, maka saya ingin tanya:
Jika anak tuan puan menangis sekuat hati, namun kaki dan tangannya lembik terkulai di tepi, adakah ini kelihatan normal buat tuan puan?
Tentulah TIDAK!. Saya telah sebut di atas bahawa anak yang menangis,pasti ‘trashing'( mencampak/hentak-hentak) tangannya. Pada masa inilah moro reflex (reflex tersentak-sentak) di aktifkan dan anak jadi makin panik lalu menjerit makin kuat SELAGI BEDUNG BELUM DISEMPURNAKAN. Kerana, bedung menghentikan ‘trashing’. Atau, peluk dan dakap anak anda. Ingat, saya telah sebut di atas, dakap, peluk dan bedung ini adik beradik.
⚠ Tapi……..anak saya tetap tak diam juga walau dah di bedung dan di dakap
⏩⏩ belajarlah teknik menenteramkan bayi. Jika dengan bedung saja semua bayi terus diam dan lena tidur..aduhai…mudahnya hidup ini. Semua ibubapa belajar bedung saja lah.Selesai masalah! INGATLAH, dalam rahim dahulu anak bukan rasa bagai di peluk saja. Dia juga berdodoi sepanjang masa, di dengarkan dengan bunyi rahim tak henti, tak kenal erti lapar (kerana plasenta salur makanan 24 jam) dan dapat menghisap (jari) dengan mudah tanpa masalah kerana keadaan sempit memudahkan jarinya terletak di depan muka. Jadi, kenapa pula sekarang selepas lahir ibubapa ‘expect’ anak boleh diam dan lena HANYA DENGAN BEDUNG?.
Tak patut…tak patut…
Sumber: USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN BAYI MALAYSIA
THB ASSC . USA
DBL INSTITUTE SYDNEY
AHLI DOKTORBUDAK.COM
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masa yang dinanti telah tiba! Harga emas sedang meningkat, menandakan peluang terbaik untuk menambah koleksi barang kemas atau melabur untuk masa depan. Bagi yang...