Harap Ramai Suami Macam Saharul Ridzwan Yang Rajin Tolong Isteri Buat Kerja Rumah

Share

Pelakon kacak Saharul Ridzwan bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan tetapi suami kepada Qaabila Deena Amir ini juga sangat ‘sweet’ orangnya.

Dalam posting di Instagram yang dimuat naik Saharul mesti ramai wanita bergelar isteri rasa tersentuh hati membaca penghargaan dibuat pelakon itu terhadap isterinya. Bertuah sungguh Deena!

Menjadi seorang Ibu bukan mudah. Nak melayan karenah anak, sediakan makanan utk keluarga dan mengemaskan rumah dalam satu masa, bukannya mudah. Kalau sy letih bekerja di luar, Isteri sy pun letih di rumah
.
Sejujurnya ini kali pertama sy tolong lipatkan baju yang dah dibasuh, kat depan ni baru baju Ali. Penat. Sakit pinggang duduk lama2 macam ni
.
Kami tiada maid, semuanya handle sendiri. Ali tengah tak berapa sihat, Mummy dia yang kena dodoikan semua. Besarnya jasa seorang Ibu. Terima kasih Umi, Terima kasih Isteriku. Maafkan sy kalau ada yang terkurang sebagai suami.

Antara paling meninggalkan kesan apabila Saharul memberitahu bukannya mudah seorang ibu hendak melayan kerenah anak dan menguruskan tugas rumah tangga dalam masa yang sama.

Saharul benar-benar faham keletihan seorang isteri yang bergelar suri rumah. Pertama kali buat kerja melipat baju barulah Saharul tahu betapa penatnya tugas tersebut.

Sebagai suami yang bertanggungjawab, pelakon drama Zahir Tak Terucap ini faham bila anaknya tidak sihat dan perlukan perhatian si ibu pasti membuatkan banyak tugas rumah tangga jadi tergendala apatah lagi bila tiada pembantu rumah.

Oleh itu dia tak kisah untuk ambil alih membantu menguruskan kerja-kerja rumah biarpun ada yang baru pertama kali dilakukan.

Baguslah kalau suami ada perasaan kasihan pada isteri dan tak berkira untuk membantu buat kerja rumah sama-sama. Bila suami isteri bekerjasama barulah harmoni rumah tangga.

Sumber: Instagram saharulridzwan

 

Published by
Hasnita Sawal