“Harap Tiara Terima Ayah Dan Mama Seadanya.” Luahan Achey Pada Anaknya Buat Netizen Sebak

Share

Semenjak kehadiran anak angkat, Nur Tiara Zinnirah Nasir sekitar Ramadan lalu dalam hidup pasangan suami isteri, Achey dan Nor Hasanah Yahaya, bagaikan suatu yang bermakna dalam hidup suami isteri ini.

Mana taknya, kasih sayang tak berbelah bahagi diberikan pada anak bertuah ini cukup menandakan kehadirannya sangat dinantikan.

Bagi Achey, anak angkat hanya istilah sahaja tapi dia langsung tak anggap Tiara orang luar malah menganggapnya seperti anak sendiri.

Sebelum ini Achey pernah beritahu rezekinya semakin bertambah dengan kehadiran Tiara. Alhamdulillah, semoga anak ini membesar dengan sempurna. Saya dan isteri akan memberikan yang terbaik,” kongsinya.

Menerusi perkongsian terbaru video di instagramnya yang cukup menyentuh hati, ketika Tiara masih lagi di hospital Achey dapat rasakan si kecil ini akan mengubah hidup dan membawa keberkatan rezeki kepadanya nanti.

Melalui satu kaspyen yang ringkas tapi mampu buatkan orang ramai tersentuh hati, dia menyatakan masa pertama kali melihat dan memeluk Tiara terasa satu kehangatan yang mungkin berbeza.

‘Waktu itu mungkin kau masih lagi tercari-cari siapa dia.  Harap kau terima aku yang penuh kekurangan’.

Di ruangan komen, semua netizen yakin Achey boleh jadi pelindung untuk Tiara.

Tiara Seolah Mengerti

Published by
Wan Amy