“Harapan Ayah, Mayah Jadi Sehebat Saidatina Sumayyah” Ayah Meninggal Dunia Pada Jumaat Yang Mulia. Tangisan Mayah Undang Sebak

Share

Video pendek yang dirakam oleh Mayah Ciwi atau nama sebenarnya Adyna Summayyah pada hari pertama persekolahan tular di media sosial awal tahun ini. Ringkas sahaja dialognya tapi cukup memberi kesan kepada wargamaya dengan loghat utaranya yang pekat.

Wajah yang sering dimuat turun dalam akaun Instagram yang menggunakan nama mayah_ciwi sentiasa kelihatan ceria dengan keletah Mayah yang comel. Namun pada Jumaat yang lalu, Mayah berkongsi berita duka tentang pemergian ayahanda tercinta pada penghulu segala hari itu.

Dengan kapsyen yang cukup pendek tapi memberi kesan mendalam ditambah pula dengan wajah-wajah Mayah yang sugul ekoran pemergian ayah tersayang cukup meruntun hati.

Dalam posting tersebut juga turut dimuatkan satu video pendek yang mana Mayah memohon orang ramai untuk mendoakan ayahnya yang sedang sakit di hospital sebelum ayahnya meninggal dunia.

“Semoga ayah tenang Di sana,
Al-fatihah utk ayah
9.7.2020 (petang jumaat )”

Dalam satu lagi posting yang lain, satu video yang menunjukkan Mayah sedang menangis kerana rindukan arwah ayahnya cukup menyentuh perasaan warganet.

“Mayah kuat ya.nama mayah ayah Yang bagi , harapan ayah satu hari nanti mayah sehebat saidatina sumayyah

“Al-fatihah untuk ayah,” tulisnya

Ramai yang mendoakan agar Mayah terus kuat dan semoga roh arwah ayah Mayah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Salam takziah untuk adik Mayah sekeluarga. Didoakan agar Mayah terus kuat dan membesar jadi anak yang solehah buat arwah ayah yang dikasihinya. Semoga roh arwah ayah Mayah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin!

Sumber: Mayah_ciwi

Published by
Shahrina Azlin Binti Abdullah