Bila sebut nama Dr. Azura Abas, mesti ramai kenal sebagai isteri kepada Dr. Say Shazril – pasangan doktor selebriti yang selalu kongsi ilmu kesihatan dengan gaya yang chill dan relatable. Namun di sebalik senyuman manis dan konten bermanfaat mereka, tersimpan satu sisi kehidupan yang tak semua orang tahu.
Anak istimewa, kasih yang luar biasa
Dalam episod istimewa sempena Hari Ibu untuk program Top Mom Influencer Pa&Ma 2025, Dr. Azura terbuka berkongsi kisahnya sebagai ibu kepada seorang anak autism. Ya, mungkin awalnya sukar, tapi pasangan ini pilih jalan berani – bukan untuk raih simpati, tapi untuk sebarkan kesedaran.
Bagi Dr. Azura dan Dr. Say, berkongsi kisah ini di media sosial adalah satu usaha mendidik masyarakat. Supaya lebih ramai faham, lebih ramai peka, dan lebih banyak empati lahir dalam komuniti kita.
Ads
Isu bibik dan kerja: realiti ibu moden
Kalau korang masih ingat kes viral bibik yang bawa masuk orang asing masa tuan rumah tak ada – ya, itulah kisah yang pernah dilalui oleh Dr. Azura. Tapi jangan salah sangka, masa tu suami dia ada kat rumah okay! Kadang-kadang, masalah tu datang dari orang yang kita dah percaya.
“Waktu tu saya kerja malam dan saya sebenarnya kerja syif malam ni cuma satu kali je seminggu dan Dr. Say pun ada di rumah waktu tu. Nak jadikan cerita, waktu tu jugalah mereka nak buat macam tu jadi tak boleh nak kata ia berlaku masa tak ada orang di rumah. Benda kalau nak berlaku, kalau ada orang ke tak ada orang ke, ia akan berlaku.”
Ads
Ramai juga yang tanya, “Kenapa tak jaga anak sendiri je?” Jawapan Dr. Azura simple tapi deep – dia pernah jadi full-time suri rumah dan sangat respect para ibu yang buat keputusan tu. Tapi dalam hatinya, dia tahu sebagai doktor, dia boleh bantu lebih ramai orang di luar sana. That’s her purpose, dan itu pun satu bentuk pengorbanan untuk keluarga.
“Bila duduk di rumah, saya terfikir apa contribution saya pada masyarakat. Saya belajar Master, kerja doktor pun dah lama so rasa sayang. Saya fikir, saya boleh buat sesuatu padamasyarakat jadi mengapa saya perlu duduk di rumah dan hanya buat kerja rumah. Saya rasa saya boleh find my purpose di luar ketika bekerja.”
Ibu yang tegas tapi penuh kasih
Dr. Azura juga tak lupa titipkan pesanan khas buat tiga putera kesayangannya – Aezriel, Sefriel dan Zeqriel. Dia nak anak-anaknya membesar jadi lelaki yang bertanggungjawab, berdikari, dan tahu erti usaha. Bukan sekadar hidup selesa atas nama ibu bapa.
Ads
Pesan dia, hidup ni takkan manis kalau tak kenal pahit. Dan kejayaan tak datang kalau kita tak usaha dari sekarang.
Bukan sekadar ibu, tapi inspirasi sejati
Dr. Azura bukan saja berkongsi kisah – tapi menyentuh hati ramai ibu di luar sana yang mungkin sedang lalui fasa sukar. Dia tunjukkan bahawa jadi ibu tak bermaksud kena perfect, tapi kena kuat, jujur dan sentiasa ada kesedaran untuk improve diri dan keluarga.
Program digital Top Mom Influencer Pa&Ma tahun ini memang tepat memilih Dr. Azura sebagai salah seorang penerima pengiktirafan – kerana beliau bukan saja hebat di rumah, tapi juga memberi manfaat kepada ramai di luar sana.
Tonton video temu bual eksklusif bersama Dr. Azura ini:
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Raja Ilya kongsi gelagat comel Talita angkat kain jemuran, comel betul! Dalam membesarkan anak-anak, adalah penting untuk ibu bapa memberikan didikan yang seimbang antara akademik dan kemahiran hidup. Salah satu aspek penting dalam kemahiran hidup ialah mengajar anak-anak untuk melakukan kerja rumah.
Kerja rumah bukan sahaja membantu meringankan beban ibu bapa, malah ia juga merupakan salah satu cara terbaik untuk membentuk sikap bertanggungjawab, berdikari, dan disiplin dalam diri anak-anak sejak kecil.
Melalui satu hantaran yang dkongsikan oleh Raja Ilya, dia berkongsi gelagat anaknya, Talita yang sibuk mengangkat kain daripada jemuran.
Memang betul! Ibu-ibu tidak mungkin dapat melakukan semua perkara seorang diri. Kami bukannya robot yang boleh menyelesaikan semua kerja dalam satu masa. Sebab itu, dari awal lagi, kita perlu mengajar anak-anak untuk membantu di rumah.
Kita tidak mahu mereka menjadi terlalu manja, di mana setiap perkara perlu disuap. Jika mereka sudah pandai kemas mainan yang mereka sepahkan, angkat kain, lap meja selepas makan, cuci tangan sendiri, makan sendiri, dan mula pergi ke tandas sendiri – walaupun agak mencabar – itu sudah satu permulaan yang baik.
Jadi, apabila adik mereka lahir nanti, ibu tidak perlu buat semua perkara seorang diri. Setidaknya, ada yang boleh membantu menguruskan kerja-kerja kecil di rumah.
Begitulah kisah hari Selasa saya!- tulisnya di ruangan kapsyen.
Perkongsian Raja Ilya mendapat respon di kalangan warga maya. Ramai yang geram dengan gelagat comel Talita.
Berikut antara komen-komen warga maya:
Untuk rekod Raja Ilya berkahwin dengan Trent Garret pada 2018 dan menetap di Australia Pasangan memiliki seorang anak perempuan iaitu Talita Love yang kini berusia 2 tahun. Raja Ilya kini sedang sarat hamil anak kedua.
Mulai 1 Julai 2025, struktur tarif elektrik di Malaysia berubah dengan kenaikan tarif asas 14.2% serta pengenalan skim “Time of Use”. Kenaikan ini bukan sekadar angka dalam bil TNB ia memberi kesan langsung kepada kehidupan seharian ibu bapa, terutama yang menguruskan rumah tangga dengan bajet yang ketat.
Tapi di sebalik cabaran, ini juga peluang emas untuk ibu bapa mendidik anak-anak tentang nilai tenaga, tanggungjawab, dan disiplin kewangan dalam kehidupan seharian.
👨👩👧👦 Kesan Terhadap Keluarga & Rumah Tangga:
Bil Elektrik Melambung: Penggunaan pendingin hawa, pemanas air dan alat elektronik secara berterusan akan menyebabkan bil meningkat cabaran buat keluarga besar.
Tekanan Kewangan Isi Rumah: Terutama bagi ibu bapa yang bekerja sendiri atau bergaji tetap, perubahan ini boleh menjejaskan bajet bulanan.
Perubahan Gaya Hidup: Keluarga perlu menyesuaikan masa guna elektrik contohnya elakkan guna mesin basuh waktu puncak.
📚 Pendidikan Awal Tentang Penjimatan
Tarif baharu ini boleh dijadikan alat pendidikan dalam rumah tangga:
✅ Ajar Anak Tentang “Waktu Puncak”
Gunakan carta masa untuk bantu anak faham waktu guna tenaga murah vs mahal. Contohnya:
Guna mesin basuh lepas jam 10 malam (luar waktu puncak)
Cabut plug permainan elektronik selepas digunakan
✅ Projek “Penjimat Tenaga” Keluarga
Buat aktiviti menyeronokkan seperti:
Cabaran Seminggu Tanpa Pendingin Hawa
Siapa paling banyak tutup suis bila keluar bilik?
Sticker reward chart untuk anak kecil yang rajin matikan TV atau lampu.
✅ Cipta “Rutin Mesra Bil”
Baca buku fizikal waktu malam (gantikan gajet)
Mandi air sejuk pada waktu siang
Kongsi kipas dalam satu bilik waktu tidur
💰 Bijak Berbelanja, Didik Dengan Teladan
Ibu bapa boleh ajar anak tentang nilai wang dan bagaimana setiap sen digunakan dengan bijak. Bila anak nampak ibu ayah pantau bil elektrik, mereka juga belajar mengurus sumber dengan lebih bertanggungjawab.
Tarif elektrik yang meningkat bukan sekadar beban ia juga peluang membentuk generasi anak yang lebih cakna tenaga, bijak berbelanja, dan menghargai sumber. Kalau pendidikan bermula dari rumah, anak-anak kita akan lebih bersedia menghadapi dunia yang semakin mencabar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjadi ibu dan ayah sememangnya satu anugerah yang tidak ternilai dari Allah. Namun menyediakan keperluan anak-anak terutama dari aspek pendidikan wajib diberikan keutamaan.
Tambah pula, kos pendidikan awal bermula dari tadika lagi hinggalah melanjutkan pelajaran ke Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) sekarang bukannya seperti dahulu.
Banyak perbelanjaan yang perlu dikeluarkan dan boleh dikatakan agak tinggi dan memerlukan kos yang bukan sedikit. Persiapan awal ibu ayah untuk membesarkan anak-anak semakin mencabar dan perlu disiapkan lebih awal lagi.
Sebagai ibu ayah, kita perlu membuat perancangan kewangan yang bijak demi masa depan anak-anak. Simpan SSPN telah diinspirasikan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memberi peluang kepada ibu ayah untuk menjadi ‘Superhero’ anak-anak!
PTPTN sentiasa memastikan akses pendidikan anak-anak terpelihara bagi jaminan masa depan pendidikan yang lebih cerah melalui Simpan SSPN.
Tidak hairanlah bila jenama ini turut dipilih sebagai penerima anugerah Jenama Pilihan Pa&Ma 2024 sebagai Superhero Simpanan Bijak Anak, Jaminan Masa Depan Pilihan Pa&Ma. Tahniah!
Banyak Kelebihan Simpan SSPN
Simpan SSPN yang diterajui oleh dua insan hebat iaitu Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN dan Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid selaku Ketua Eksekutif PTPTN menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat kepada pendeposit.
Simpan SSPN mempunyai dua (2) produk simpanan:
* Simpan SSPN Prime
* Simpan SSPN Plus
Keistimewaan Simpan SSPN Prime
Perlindungan takaful percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas;
Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun;
Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak;
Kadar dividen yang kompetitif;
Patuh syariah;
Simpanan dijamin kerajaan; dan
Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN
Keistimewaan Simpan SSPN Plus
* Sama seperti Simpan SSPN Prime kecuali tidak layak Geran Sepadan.
Menariknya Simpan SSPN Plus ini mempunyai manfaat perlindungan takaful dengan tiga (3) pilihan syarikat pengendali takaful iaitu Hong Leong MSIG Takaful Berhad, Great Eastern Takaful dan Takaful Ikhlas Family Berhad.
Keistimewaan tambahan yang ditawarkan adalah:
Perlindungan takaful sehingga RM1.2 juta tertakluk kepada Syarikat Pengendali Takaful (SPT) yang dipilih;
Manfaat penyakit terminal sehingga RM200,000.00;
Manfaat penghantaran balik jenazah sehingga RM10,000.00;
Tuntutan rawatan pesakit luar akibat kemalangan sehingga RM3,000.00;
Manfaat Khairat Kematian kepada pendeposit, pasangan dan anak-anak maksimum lima (5) orang anak sahaja tertakluk kepada Syarikat Pengendali Takaful (SPT) yang dipilih;
Manfaat Takaful Penyakit Kritikal;
Elaun Kemasukkan Hospital;
Perlindungan takaful sehingga umur pendeposit mencapai 69 tahun tertakluk kepada Syarikat Pengendali Takaful.
Komitmen serendah RM30.00 sebulan; dan
Tiada pemeriksaan kesihatan bagi mereka yang ingin menyertai pakej Intan, Delima, Topas, Zamrud dan Nilam. Walau bagaimanapun, mereka yang ingin menyertai pakej Berlian, perlu menjawab tiga (3) soalan kesihatan.
Untuk mengetahui lanjut mengenai tabungan yang cukup bermanfaat buat anak-anak di masa hadapan, ibu ayah boleh melayari portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my atau media social rasmi PTPTN di Facebook: @ PTPTNOfficial, Instagram: @ptptnOfficial dan juga di Tiktok: @PTPTNOfficial. Pembukaan akaun dan penambahan deposit Simpan SSPN boleh dibuat secara dalam talian dengan lebih mudah, cepat dan selamat melalui aplikasi myPTPTN.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cara kenalkan telur kepada bayi dengan selamat, langkah demi langkah dari minggu ke minggu. Ketahui bila boleh mula, tanda alergi dan tip penting untuk elak risiko pada si manja.