Jurusolek yang cukup dikenali, MUA Bellaz menarik perhatian warganet bila mana menghadiahkan pembantunya barang kemas bagi menghargai jasanya membantu menguruskan anak-anak.
Menerusi satu hantaran di Instagramnya, Bellaz dilihat sedang memilih sebentuk cincin emas buat pembantunya bersempena hari ulang tahun kelahiran wanita itu.
Bukan pertama kali, rupanya ia merupakan hadiah barang kemas kedua yang diperolehinya dari Bellaz dan suami.
“Selamat ulang tahun pembantu Bellaz. Seronoklah dia dapat hadiah yang Bellaz dan Mat Nuat (suami) bagi.
“Ini cincin kedua dia dapat. Dia kata seumur hidup dia inilah hadiah paling besar yang dia pernah dapat.
Ads
“Syukur Alhamdulillah, terima kasih tolong jaga anak-anak dan bantu Bellaz,” kongsi Bellaz meluahkan penghargaan.
Malah kongsi Bellaz lagi, pembantunya seorang yang cukup ringan tulang malah tidak berkira soal kerja dan dek kerana itu dia cukup disenangi.
“Dia jenis tak berkira masa dan tenaganya untuk kita, kita pun seronok nak bagi apa-apa pun dekat dia.
Ads
“Raya hari tu Bellaz bagi dah sebentuk. Ni bagi lagi sebentuk kat dia.
“Kita faham orang perempuan memang suka sangat dengan emas, kita nak bagi dia seronok. Menangis dia bila kami bagi kejutan,” luahnya.
Ads
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikutnya menyifatkan Bellaz sebagai seorang majikan yang baik malah cukup bermurah hati menghadiahkan barangan berharga buat pembantu.
Tak hairanlah ramai yang turut mendoakan kesejahteraan Bellaz dan suami kerana berkongsi rezeki.
Rezeki guru-guru yang mendidik anak-anak seperti anak sendiri. Sebagai tanda menghargai pengorbanan guru, sepasang suami isteri menghadiahkan gelang emas kepada 10 orang cikgu anak lelakinya yang berada di Tahun 1 bersempena sambutan Hari Guru pada hari ini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh wanita yang dikenali sebagai Nurashikin Din di laman TikToknya, dia bersama suami membawa anak lelakinya yang berusia tujuh tahun membeli hadiah tersebut di sebuah kedai emas terkemuka.
“Hadiah hari guru 2024 dari Hafiy Hadeef untuk mualim & mualimah ❤️. 10 orang guru nya.
“Special thanks to Ammar tolong bungkuskan hadiah hari guru hafiy cantik-cantik,” tulisnya menerusi kapsyen.
Tindakan kedua ibu bapa ini pastinya dipuji ramai kerana tidak berkira dengan guru-guru yang banyak menyumbangkan tenaga dan usaha dalam mendidik anak mereka.
Meninjau diruangan komen, rata-rata wargamaya begitu kagum malah menyifatkan ia sebagai hadiah paling bermakna buat guru-guru.
Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 800,000 tontonan dan mendapat lebih 67,000 tanda suka daripada wargamaya.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Ada masanya apabila kita sudah kehilangan, baharulah kita merasai kekurangan dalam hidup. Bila pasangan ada depan mata, kebanyakannya akan take for granted. Bila berjauhan, mungkin isteri terpaksa pergi bertugas di luar kawasan dan sebagainya, terasa sukar menjadi seorang suami apatah lagi ayah yang harus menguruskan keperluan anak-anak.
Ikuti luahan seorang suami, apabila berkongsi perasaannya selepas kehilangan isterinya. Khairul Abdullah mengatakan, setelah kehilangan baharulah dia sedar yang dia tidak cukup memberi kepada isterinya.
Setelah kehilangan, baru aku sedar yang aku tak cukup memberi pada isteri aku. Biasalahkan, lepas dah tak ada baru kita sedar apa yang kita hilang kan?
It’s too late.
Beberapa bulan terakhir, kami ada plan, ambil cuti, hantar anak-anak ke tadika dan kami nak pergi dating, nak tengok wayang, nak makan dengan tenang, dia nak pergi spa serta itu ini.
Kami sempat keluar sekali jer, tu pun beberapa jam sahaja, tak sempat tengok wayang pun. Tapi sebab dapat jalan berdua dan pegang tangan tak lepas, seronok kemain.
Lepas tu bila balik ke normal rutin, pegang tangan jadi kurang, nak bersembang pun kurang, gurau senda pun kurang, semuanya kurang. Sibuk dengan kerja dan anak-anak punya pasal.
Tiba-tiba dia diambil Tuhan.
Terus aku rindu segalanya, terus aku ingat segala benda yang kecil dan remeh temeh. Ya Allah, kalaulah masa tu boleh undur macam-macam aku nak betulkan balik.
Nak selalu pegang tangan dia. Walaupun nampak kecik, tapi dia sangat suka. Aku rasa semua perempuan suka kot bila laki dia pegang tangan sambil berjalan. Sungguh, aku teringin sangat nak buat tu.
Nak selalu ucap sayang dan rindu. Kadang bila dah kahwin lama, kita tak ambil endah benda gitu. Alah dah sama-sama faham yang i love you dan you love me.
Tapi sebenarnya ungkapan tersebut jika keluar dari mulut sangat lebih memberi makna. Kalau dia masih hidup aku nak ucap setiap kali bertentang mata. Sungguh.
Nak ringankan tugas dia sebagai ibu. Aku sanggup buat semua kerja rumah agar dia tak penat dan dapat tumpu uruskan anak-anak dan juga aku.
Dapat dia bergelak tawa dan gomol anak-anak selalu. Aku pun dapat tempiasnya. Sungguh, aku sanggup.
Nak selalu bagi bunga kat dia. Dulu sebelum kahwin kemain romantik, asal jumpa jer bagi bunga, asal bagi bunga jer, jumpa. Lepas kahwin jarang-jarang sangat aku bagi kecuali special ocassion.
Aku tahu dia suka bunga, mata dia “sparkling” setiap kali dapat bunga. Tapi tulah, bila dah lama aku rasa macam alah tak perlu lah. Sungguh, aku nak bagi bunga pada dia setiap minggu. Sekuntum pun cukup asalkan bagi.
Aku nak bersembang lama dengan dia. Inilah yang paling aku inginkan. Demi Allah sunyi gila walaupun ada riuh dan hiruk pikuk jeritan dan tangisan anak-anak. Kalau diberi peluang aku nak duduk dan pandang wajah dia, bersembang lama-lama dengan dia, nak cerita segalanya pada dia.
Sungguh.
Begitulah, sesekali rindu datang, aku pun mengenang. Acapkali aku kesal kerana tak berikan sepenuhnya pada dia.
Kau yang belum kehilangan, hargailah apa yang kau masih ada.
Ada masanya, sesebuah hubungan perkahwinan pasti ada ujiannya. Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri. Dalam mengharungi bahtera perkahwinan paling penting adalah sikap toleransi dan menghargai antara satu sama lain. Sayangilah pasangan anda dan tunjukkan yang anda mengambil berat tentang mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon jelita Fasha Sandha dikenali dengan bakat lakonannya yang bersahaja dan sering memberi impak kepada para penonton. Fasha juga sering menjadi inspirasi kepada para ibu kerana dia sangat komited dalam menjaga kesihatan serta kecantikan dirinya.
Bahkan kebahagiaan Fasha dan suaminya, Aidil Aziz, juga sering menjadi tumpuan kerana mereka sangat sepadan dan selalu berkongis tentang aktiviti kecergasan berdua. Bukan itu saja, hubungan kekeluargaan yang rapat antara Fasha dan adik-beradiknya juga selalu mendapat perhatian.
Terbaharu, Fasha berkongsi sebuah videonya bersama keluarga. Dapat dilihat di dalam video itu anak perempuan Elisha Sanda iaitu Bunga El-Haq sangat rapat dengan Fasha dan tidak mahu dengan orang lain.
Menurut Fasha, Bunga yang paling muda di dalam keluarga jadi dia umpama bos! Kebiasaannya Bunga susah nak rapat dengan sesiapa dan dia ambil masa untuk ‘scan’ seseorang. Namun kata Fasha, ketika hari pertemuan mereka sekeluarga Bunga sangat rapat dengannya. Tak mahu ‘lepas’ dari Mommy Sha.
Apabila diserahkan kepada orang lain, Bunga akan menangis. Melihat Ibunya mendukung orang lain, Aisha juga mahukan perhatian. Tidak mahu sesiapa ‘berkecil hati’, akhirnya Fasha memutuskan untuk dukung kedua-duanya sekali. Puas hati!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.