Hargai Jasa Jaga Anak-Anak, Mua Bellaz Hadiahkan Helper Cincin Emas, Ramai Puji!

Share

Jurusolek yang cukup dikenali, MUA Bellaz menarik perhatian warganet bila mana menghadiahkan pembantunya barang kemas bagi menghargai jasanya membantu menguruskan anak-anak.

Menerusi satu hantaran di Instagramnya, Bellaz dilihat sedang memilih sebentuk cincin emas buat pembantunya bersempena hari ulang tahun kelahiran wanita itu.

Bukan pertama kali, rupanya ia merupakan hadiah barang kemas kedua yang diperolehinya dari Bellaz dan suami.

“Selamat ulang tahun pembantu Bellaz. Seronoklah dia dapat hadiah yang Bellaz dan Mat Nuat (suami) bagi.

“Ini cincin kedua dia dapat. Dia kata seumur hidup dia inilah hadiah paling besar yang dia pernah dapat.

“Syukur Alhamdulillah, terima kasih tolong jaga anak-anak dan bantu Bellaz,” kongsi Bellaz meluahkan penghargaan.

Malah kongsi Bellaz lagi, pembantunya seorang yang cukup ringan tulang malah tidak berkira soal kerja dan dek kerana itu dia cukup disenangi.

“Dia jenis tak berkira masa dan tenaganya untuk kita, kita pun seronok nak bagi apa-apa pun dekat dia.

“Raya hari tu Bellaz bagi dah sebentuk. Ni bagi lagi sebentuk kat dia.

“Kita faham orang perempuan memang suka sangat dengan emas, kita nak bagi dia seronok. Menangis dia bila kami bagi kejutan,” luahnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikutnya menyifatkan Bellaz sebagai seorang majikan yang baik malah cukup bermurah hati menghadiahkan barangan berharga buat pembantu.

Tak hairanlah ramai yang turut mendoakan kesejahteraan Bellaz dan suami kerana berkongsi rezeki.

 

Menarik:  Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM