Melayari bahtera perkahwinan bukan setiap masanya indah. Ada waktu akan diuji dengan cabaran hidup yang mungkin melemahkan semangat jika tidak kuat. Sebab itulah, suami isteri perlu saling menyokong dan menjaga antara satu sama lain supaya hubungan kekal bahagia.
Sesetengah pasangan diuji dengan kesukaran hidup. Makan pakai cukup-cukup saja dan ada ketika terpaksa ketepikan kemahuan sendiri kerana menginginkan yang terbaik untuk masa depan keluarga.
Suami yang bertanggungjawab dan menghargai isterinya adalah apabila dia sentiasa ingat momen sukar yang dilalui bersama. Isteri yang ada bersamanya saat ‘jatuh’ dan susah, sentiasa dikenang sebagai bidadari yang sempurna.
Bila dah ada rezeki, kehidupan mulai senang suami akan buat apa saja untuk terus membahagiakan isteri. Seorang isteri hanya mahukan kasih sayang, perhatian dan kesetiaan suaminya. Tidak perlu hadiah mewah atau wang ringgit setiap masa, asalkan dihargai suami sudah cukup membahagiakan hati isteri.
Ads
Seperti yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok @shashaboutiquehq, apabila dia mendapat kejutan dari suami tercinta. Pada awalnya dia merasa sedih kerana suaminya memberitahu sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kedua mahu dihadiahkan ‘madu’.
“Anniversary kedua suami cakapnak bagi madu. Sebab nak hargai saya susah senang bersama.Saya tak nak, saya cakap kalau nak bagi madu, biar saya yang pergi..”
Namun sebenarnya madu yang dimaksudkan oleh suaminya adalah sebuah kereta mewah yang mempunyai nombor plat pendaftaran seperti namanya, Shasha.
Pada awalnya di dalam video itu, suaminya meminta Shasha untuk menutup matanya dan memimpin tangan wanita ini. Kemudian, ketika penutup mata dibuka alangkah terkejutnya dia apabila melihat ada sebuah kereta mewah di hadapannya.
“Dia cakap ni hadiah untuk saya sebab saya setia dengan dia waktu dia sudah dulu. Saya tak minta semua ni. Cukuplah awak setia dengan saya sampai bila-bila walaupun susah dan senang..”
Kebahagiaan sesebuah pasangan tidak hanya semata-mata diukur dengan kemewahan. Namun jika diberikan rezeki lebih, hargilah isteri dan berkongsilah dengannya.
Antara komen yang ditinggalkan warganet;
Ads
Mana tahu asbab kebaikan yang dibuat untuk keluarga akan lebih memudahkan segala urusan si suami. Sama-sama kita doakan agar perkahwinan kita sentiasa dirahmati dan kekal bahagia selamanya.
Nama yang diberi pada anak-anak dianggap satu doa untuk mereka. Sebab itu sebaik-baiknya biarlah nama tersebut mempunyai makna yang elok. Bagaimanapun, bagi pasangan suami isteri ini mereka hanya menggunakan satu huruf sahaja untuk menamakan empat orang anak.
Menurut Berita Jatim, Sukari dan Wahyuningsih dari Dusun Tapak Lembu, Jawa Timur memilih menamakan anak mereka dengan nama V(16), J(11), L(5) dan N(2). Kisah mereka ini menjadi tular kerana belum ada lagi pasangan yang meletakkan nama anak dengan satu huruf.
Kongsi Sukari, dia dan isteri tidak mempunyai sebarang alasan mengapa memilih satu huruf sahaja untuk nama anak-anak mereka.
“Saya tidak bernazar atau mempunyai alasan istimewa kecuali mahu semua nama anak senang diingati.
“Ada juga menegur nama anak itu satu bentuk doa jadi saya beritahu, saya tetap mendoakan semua anak-anak saya menjadi insan baik, bijak dan berjaya dalam hidup,” jelas Sukari yang merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda dari Fakulti Sains Sosial dan Politik, Universiti Muhammadiyah Yogyakarta.
Yakin bawa rezeki untuk seisi keluarga
Tambah Sukari, dia tidak pernah terlintas untuk menukar nama anak-anaknya kerana yakin ia membawa rezeki buat mereka sekeluarga.
“Anak-anak saya tidak pernah dimasukkan ke hospital atau sakit yang teruk. Saya percaya apabila namanya ringkas, maka pembawakannya juga tidak berat.
“Itu juga satu rezeki buat keluarga kami,” ujarnya. – Agensi
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lain dari yang lain! Itulah yang boleh diperkatakan mengenai tema pakaian yang dipilih untuk diketengahkan seorang kanak-kanak ketika sambutan Hari Merdeka di sekolahnya baru-baru ini.
Lain dari kebiasaan, anak kecil ini memilih sut Angkawasan yang dihasilkan sendiri oleh ayahnya. Bukan biasa-biasa bahkan sut yang kelihatan seolah-olah terapung ini disiapkan sendiri oleh ayahnya.
Melalui perkongsian satu akaun Tik Tok, @iwan.jay, gaya anak kecil ini ternyata cukup hebat malah menerima pujian ramai.
“Orang lain semua princess-princess baju merdekanya.
“Tapi untuk kakak kita buat lain sikit. Tapi penat jugaklah nak buatnya. Haha,” tulisnya dikapsyen.
Tidak hanya memperlihatkan gaya anak kecil itu ketika beraksi di sekolah, bahkan langkah demi langkah ketika membuat sut hebat itu turut dikongsikan menerusi video yang sama.
Memang gigih namun hasilnya cukup luar biasa malah lain dari yang lain. Sut angkawasan yang dibuat seolah-olah terapung di angkasa lepas ini membolehkan ia terlihat cukup unik.
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata hasil usaha luar biasa dari bapa ini turut mendapat pujian ramai malah memuji hasil kreatifnya yang cukup hebat.
Peranan seorang ayah adalah untuk menjadi pelindung kepada anak-anaknya. Seorang ayah seharusnya menjaga kebajikan serta melindungi keluarganya dalam apa jua keadaan. Mempunyai minat terhadap sesuatu bukanlah alasan untuk seorang ayah mengetepikan anak-anak apa lagi menyakiti mereka.
Namun, itulah yang terjadi di Indonesia apabila seorang ayah sanggup memukul bayi perempuan yang berumur enam bulan hanya kerana tangisannya mengganggu suspek bermain permainan video.
Menurut artikel di Regional Kompas, suspek terbabit sedang bermain Mobile Legend semasa bayi itu menangis dan mengganggu fokusnya. Berang dengan keadaan tersebut, suspek bertindak kejam dengan memukul bayi perempuannya.
Suspek telah memukul bahagian kepala dan bibir mangsa menggunakan tangan. Selepas kejadian terbabit, mangsa telah dibawa ke hospital tetapi malangnya telah disahkan meninggal dunia.
Ada Bekas Kena Cucuh Puntung Rokok, Digigit & Dipukul
Kematian bayi tersebut menimbulkan keraguan dalam kalangan pasukan perubatan yang mengendalikan kes itu. Mereka mendakwa kematian mangsa berkemungkinan disebabkan penderaan dan telah melaporkan hal ini kepada pihak polis.
Hsil pemeriksaan lanjut, mereka menemukan tubuh mangsa mempunyai kesan kecederaan diakibatkan benda tumpul pada bahagian kepala dan wajahnya dan dipercayai telah didera sejak umurnya empat bulan.
Lebih menyayat hati kerana terdapat tanda-tanda mangsa pernah dicucuh dengan puntung rokok, digigit pada bahagian perut serta dipukul dengan objek tumpul.
Suspek yang berusia 25 tahun itu bekerja sebagai buruh pembinaan telah ditahan untuk siasatan dan didapati tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.