Satu majlis telah diadakan bagi meraikan ulangtahun ke-25 Hospital Islam Az-Zahrah di Hotel Tenera Bangi. Selain itu, majlis yang amat bersejarah buat Hospital Islam Az-Zahrah ini diadakan bagi mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pemegang taruh atas sokongan kepada Hospital Islam Az-Zahrah selama ini.
Hospital pertama di kawasan Bangi dan Kajang adalah salah satu hospital swasta yang mempraktikkan Islam bersesuaian dengan konsep ‘Hospital Mesra Ibadah’ dan berasaskan motto ‘Dengan Keprihatinan, Kami Merawat Pesakit’, Hospital Islam Az-Zahrah fokus memberikan rawatan mesra untuk memudahkan para pesakit melaksanakan ibadah kepada Yang Maha Esa walaupun ketika ditimpa ujian dari segi kesihatan.
Hospital Islam Az-Zahrah di dalam perangkaan untuk mengembangkan rangkaian hospital ke 12 cawangan di seluruh negara, di mana 5 cawangan hospital dan pusat ambulatori telah tersedia di dalam fasa rancangan 5 tahun.
“Insyaallah, cawangan kedua di Bandar Tun Hussein Onn sedang dalam proses hampir siap dan akan dilancarkan pada tahun ini.”
Ads
“Kami percaya model perniagaan Hospital Islam Az-Zahrah yang berkonsepkan ‘Hospital Mesra Ibadah’ ini telah matang untuk dikembangkan” kata Tuan Hj Abdul Rahman Mt Dali – Pengarah Urusan Hospital Islam Az-Zahrah.
Ads
Satu Unit Khas telah ditubuhkan untuk merealisasikan visi ini di mana pasukan yang muda sedang dilatih dan bakat-bakat baru akan ditambah agar usaha melebarkan perkhidmatan dengan rancangan menubuhkan rangkaian hospital di seluruh Malaysia dapat dilakar dan dilaksanakan.
Sambutan yang julung kali ini diadakan bertujuan untuk menghargai sokongan berterusan kesemua pemegang taruh iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia, Pejabat Kesihatan Daerah dan Negeri Selangor, agensi-agensi kerajaan seperti Bomba, Polis, Majlis Perbandaran Kajang, pemimpin komuniti, syarikat korporat, hospital kerajaan dan swasta, klinik-klinik, rakan pembekal yang setia, pihak media dan pesakit dalam perkembangan Hospital Islam Az-Zahrah selama 25 tahun penubuhan.
Ads
Studio Kembara yang berjaya menghasilkan filem Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan dan rangkaian Megaklinik Zahran adalah antara syarikat bersekutu dan anak syarikat di bawah Hospital Islam Az-Zahrah.
Bintang Kecil, Pa & Ma dan Keluarga di bawah grup Family & Parenting sangat komited untuk menghargai golongan ibu bapa dan kanak-kanak dengan menganjurkan pelbagai aktiviti berbentuk kekeluargaan dengan tujuan untuk mencipta bonding dalam famili. Selain itu juga, setiap aktiviti yang diadakan bertujuan untuk mengetengahkan potensi luar biasa anak-anak.
BK Mini Fest 2023 Kembali!
Tahun ini sekali lagi BK Mini Fest 2023 sekali lagi melakar sejarahnya dan akan diadakan di Plaza Shah Alam pada 19-20 Ogos 2023. Jika tahun lepas berlangsung di Petrosains dan telah berjaya menghimpunkan hampir 1000 orang kanak-kanak, tetapi kali ini lebih hebat lagi kerana berjaya menghimpunkan 2000 peserta!
Lebih menarik, pelancaran BK Mini Fest 2023 akan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif NU Ideaktiv, En. Syamil Fahim Mohamed Fahim bersama-sama Ketua Eksekutif PTPTN, En. Ahmad Dasuki Abdul Majid serta tetamu istimewa yang merupakan angkasawan negara, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar.
5 Unit Uniform Berentap Jadi Yang Terbaik
Banyak aktiviti yang dirancang seperti Himpunan Unit Uniform Mega X PTPTN yang melibatkan Pengakap diwakili SK Seksyen 19 Shah Alam, Pandu Puteri Tunas dari SK Padang Jawa, Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) dari SK Bandar Anggerik, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) yang diwakili SK Seksyen 9 Shah Alam dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) dari SK Bandar Anggerik.
Bukan sekadar berhimpun bahkan kesemua badan uniform ini akan berentap untuk mempamerkan kemahiran kawad kaki mereka untuk memenangi Perbarisan Terbaik yang menawarkan hadiah wang tunai RM500 beserta hamper. Selain itu, kelima-lima badan uniform ini juga akan mempersembahkan Hakka mereka untuk merebut gelaran Hakka Terbaik yang akan membawa pulang wang tunai RM500 beserta hamper.
10 Dewi Cilik Serlahkan Potensi
Untuk kelainan, tahun ini turut diadakan pencarian Dewi Cilik 2023 yang mengetengahkan kanak-kanak perempuan yang berkeyakinan tinggi serta berbakat. Pencarian Dewi Cilik sudah pun bermula sejak bulan Jun yang lepas dan seramai 30 peserta telah disenarai pendek sebelum akhirnya 10 orang finalis dipilih untuk berjuang di pentas akhir.
Pada acara ini, bekas Dewi Remaja 2019/2020 iaitu Shaza Bae juga dijemput untuk menjadi juri untuk Dewi Cilik 2023. Selain Shaza, En. Faizal Hamid yang merupakan pensyarah dalam jurusan fesyen di UiTM untuk bersama-sama mengadili pusingan akhir ini.
Pemenang utama akan membawa pulang wang tunai RM1000, seutas jam tangan jenama ICE Watch serta baucar membeli-belah tajaan AEON. Manakala naib juara akan memenangi pulang wang tunai RM500, seutas jam tangan jenama ICE Watch serta baucar membeli-belah tajaan AEON. Untuk pemenang tempat ketiga pula akan menerima pulang wang tunai RM300, seutas jam tangan jenama ICE Watch serta baucar membeli-belah tajaan AEON.
Dua orang dewi juga akan dianugerahkan sebagai Dewi Feveret dan pemenang foto terbaik yang akan membawa pulang hadiah wang tunai RM200, seutas jam tangan jenama Ice Watch dan baucar membeli-belah.
Kanak-kanak Kreatif Sertai Mari Mewarna Merdeka PTPTN
Acara wajib ketika BK Mini Festa adalah pertandingan mewarna. Dua kategori dipertandingkan iaitu untuk peserta berusia 5-7 tahun dan peserta berumur 8-12 tahun. Bukan sahaja dapat mengasah bakat serta merebut pelbagai hadiah menarik tetapi semua peserta yang mendaftar untuk acara ini juga akan membawa pulang akaun Simpan SSPN bernilai RM20, tabung Simpan SSPN, bekas pensil serta pensil warna istimewa serta sijil penyertaan.
Bukan sahaja untuk kanak-kanak, ada juga acara istimewa untuk ibu bapa ketika pertandingan ini berlangsung iaitu Pa&Ma GoLive yang membincangkan topik Simpan Demi Masa Depan Anak bersama tetamu istimewa iaitu Pn. Wan Zawiah Wan Abu Bakar (Pengurus Besar Kanan PTPTN) dan selebriti popular, Yana Samsudin.
Untuk acara ini, pemenang tempat pertama akan memenangi Akaun Simpan SSPN bernilai RM300 dan hamper manakala pemenang tempat kedua akan membawa pulang Akaun Simpan SSPN bernilai RM200 serta hamper. Pemenang tempat ketiga pula akan memenangi Akaun Simpan SSPN bernilai RM100 beserta hamper. Dua pemenang saguhati untuk setiap kategori akan menerima Akaun Simpan SSPN bernilai RM50 dan hamper.
Hebatnya Bakat Kanak-Kanak Millennial!
Selain itu juga, turut diadakan BK Fantastic X Karihome yang telah memilih seramai 20 orang finalis untuk menyerlahkan bakat serta potensi mereka di pusingan akhir. Kanak-kanak yang terpilih berusia 7-13 tahun dengan pelbagai bakat yang melibatkan Bakat IQ (Debat, Syair, Pantun dan Syarahan), Bakat Seni (Nyanyian, Tarian, Lakonan, Muzik dan banyak lagi), Gaya Hidup (Hobi, Youtube, TikTok, Perniagaan dan Penternakan), Bakat Kreatif (Robotik, Seni Reka, Seni Lukis dan Seni Cipta) serta Bakat Sukan & Fizikal.
Jumlah keseluruhan peserta adalah seramai 430 orang dan kemudiannya seramai 45 orang telah berentap di pusingan separuh akhir sebelum 20 orang berjaya menjadi finalis. Kesemua mereka akan diadili oleh penyanyi, pelakon dan komposer, Mark Adam serta Pakar Motivasi & Perkembangan Kanak-Kanak popular, Dr. Tengku Ismadi.
Johan akan membawa pulang wang tunai RM1500 beserta hamper, Naib Johan akan memenangi wang tunai RM1000 dan hamper manakala pemenang tempat ketiga akan menerima wang tunai RM500 beserta hamper. Pemenang tempat keempat dan kelima pula akan menerima wang tunai RM100 dan hamper manakala pemenang saguhati akan membawa pulang wang tunai RM50 setiap orang beserta hamper.
Aktiviti Untuk Mommies
Bukan sahaja untuk kanak-kanak, bahkan acara yang akan berlangsung selama dua hari ini juga mensasarkan kaum ibu. Pada 19 Ogos 2023, akan diadakan ceramah tentang kesihatan ibu iaitu Lindungi Anak Anda yang akan berlangsung di Mini Stage, BK Mini Fest 2023, Plaza Shah Alam.
Untuk aktiviti ini, para peserta akan bersama tiga orang pakar berkredibiliti yang bercerita tentang kesihatan fizikal dan emosi seorang ibu yang harus berada dalam keadaan sihat sebelum dapat melindungi cahaya mata tersayang.
Tiga orang pakar tersebut merupakan Dr. Maiza Tusimin (Pakar Obstetrik & Ginekologi), Dr. Hajah Azuraida Shahadan (Pakar Kepimpinan Diri, Keluarga & Organisasi) serta Pn. Noorfazila Abdul Rahman (Kaunselor Laktasi Bertauliah).
Bukan itu sahaja, pada 20 Ogos 2023 pula akan berlangsung Rapi Werk It! Sweat It Out bersama Zin Bell yang akan menghimpunkan seramai 30 orang ibu yang akan berzumba beramai-ramai. Selain itu, mereka juga akan belajar tentang diet yang sesuai untuk para ibu bersama Pn. Laila Fadhilah Omar (Pegawai Dietetik).
Diharapkan BK Mini Fest 2023 akan berlangsung dengan jayanya dan lebih banyak kanak-kanak serta ibu bapa akan mendapat manfaat dari acara ini. Jangan lupa untuk terus menyokong grup Family & Parenting kerana ada banyak lagi acara yang akan dianjurkan selepas ini seperti Kem Khalifah Cilik Mega, Pantang Bazar, Karnival Kanak-Kanak dan banyak lagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebagai seorang ibu, tak dinafikan kehidupan seharian yang kita jalani ada kalanya membuatkan seseorang itu merasa stres atau burn out. Bukan mudah nak menjadi seorang ibu, kerana kita sentiasa menginginkan yang terbaik buat keluarga sehingga terlupa untuk beri perhatian kepada diri sendiri.
Sebenarnya nak jaga emosi serta kesihatan seorang ibu ni bukan hanya semasa berpantang. Selepas tempoh tersebut, ibu akan lebih letih dan emosi pun lebih ‘rapuh’. Silap sikit mulalah terasa hati dan jadi down kan? Disebabkan itulah, Pa&Ma mengambil inisiatif untuk menganjurkan acara Mummy Me Time @ Pameran Perbidanan Muzium Negara pada 9 Julai 2023 yang lalu.
Bertemakan denim dan putih, seramai 80 orang ibu millennial telah mengikuti acara ini untuk belajar banyak ilmu baru serta menambah pengetahuan dan pengalaman sedia ada.
Semuanya telah menunjukkan keterujaan dari awal dan keadaan bertambah meriah dengan kehadiran panel jemputan istimewa iaitu Dr Maiza Tusimin (Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi), Pn Nad Masrom (Kaunselor Laktasi bertauliah) serta pengacara TV popular, Fiza Frizzy.
Belajar Tentang Kehamilan, Kelahiran & Penyusuan
Acara pada hari tersebut telah dimulakan dengan sesi sharing bersama ketiga-tiga panel jemputan. Dr Maiza banyak bercerita tentang persediaan mental dan fizikal buat bakal ibu serta bagaimana untuk kekal tenang dan bersemangat untuk mereka yang telah mempunyai anak. Selain itu juga, beliau berkongsi tentang ilmu kehamilan serta kelahiran baharu untuk membuka mata para ibu serta mommy to be yang hadir.
Pn Nad pula berkongsi tentang tip penyusuan dan bagaimana untuk mengekalkan momentum untuk terus menjayakan journey eksklusif ini sehingga sekurang-kurangnya enam bulan usia anak dan lebih bagus lagi jika mampu meneruskan sehingga umurnya dua tahun. Selain itu juga, Pn Nad turut menerangkan tentang kepentingan susu ibu kepada anak-anak.
Fiza Frizzy pula mengambil peluang untuk bersembang mengenai kehidupannya sebagai seorang ibu kepada tiga orang cahaya mata. Melalui perkongsiannya, Fiza tak menafikan ada masa dia akan merasa letih dan stres ketika menguruskan anak-anak. Tambah Fiza lagi, sokongan emosi serta bantuan dari suami sangat penting supaya seorang ibu sentiasa bertenaga dan mampu menjalankan tanggungjawabnya.
Gamat Belajar Ilmu Perbidanan!
Bagi memeriahkan suasana pada hari tersebut, turut diadakan sesi treasure hunt berkaitan ilmu perbidanan yang dikelolakan oleh pihak Muzium Negara. Para peserta dibahagikan mengikut kumpulan dan diberi tugasan khas untuk memenangi hadiah istimewa dari Pa&Ma.
Ternyata semua peserta memberikan kerjasama dan begitu teruja untuk melakukan tugasan yang diberi. Melalui aktiviti ini, banyak ilmu perbidanan secara tradisional dan moden dapat dipelajari.
Selesai melakukan aktiviti treasure hunt, Pa&Ma turut mengadakan games untuk menggamatkan lagi suasana pada hari tersebut. Acara telah diakhiri dengan cabutan bertuah dan penyampaian hadiah serta minum petang yang disediakan pihak Muzium Negara.
Rata-rata semua peserta merasa seronok, teruja dan dapat healing dari tugasan sebagai ibu sepanjang berlangsungnya acara Mummy Me Time @ Pameran Perbidanan Muzuim Negara. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat kesemua peserta terutamanya beberapa peserta lelaki yang turut serta untuk menemani isteri mereka.
Ada rezeki, kami akan terus anjurkan pelbagai acara menarik buat semua follower yang banyak memberi sokongan kepada Pa&Ma!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seramai 30 bayi daripada 2 kategori telah mencetuskan suasana penuh ceria di One Kiddie & Mom Fair, Putrajaya International Convention Centre (PICC) baru-baru ini. Aksi lincah dan ceria ini telah dapat disaksikan dalam Pertandingan Bayi Pa&Ma 2014 sempena One Kiddie & Mom Fair, Putrajaya International Convention Centre (PICC) yang telah berlangsung selama tiga hari mulai Jumaat hingga Ahad. Pertandingan Bayi Pa&Ma 2014 merupakan pertandingan kali ke 13 dianjurkan oleh Majalah Pa&Ma.
Pencarian yang bermula sejak bulan Februari sehingga Ogos lepas telah melibatkan empat zon iaitu zon utara, selatan, timur dan tengah. Pada masa yang sama penyertaan turut dibuka dalam majalah Pa&Ma bagi mereka yang tidak berpeluang menghadiri sesi pencarian di zon terbabit.
Pencarian yang mendapat sambutan menggalakkan dengan lebih satu ribu penyertaan daripada pembaca Pa&Ma ini berakhir pada petang hari Sabtu lepas. Para peserta dibahagikan kepada dua kategori iaitu A (bawah setahun) dan B (bawah dua tahun) bagi 30 bayi yang terpilih ke peringkat separuh akhir. Manakala 16 daripada terpilih untuk ke peringkat akhir.
Walaupun kesemua bayi yang terpilih comel belaka tetapi hanya satu pemenang bagi setiap kategori perlu dipilih berdasarkan penilaian dari segi personaliti, kecerdasan minda dan kecergasan fizikal. Siapakah bayi-bayi yang bertuah tersebut? Untuk mengetahui lebih lanjut nama pemenang Bayi Pa&Ma 2014 bagi kedua kategori A & B dapatkan majalah PA&MA isu November yang akan berada di pasaran tidak lama lagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!