“Hargai Sokongan Ramai” Ulangtahun Ke-25 Hospital Islam Az-Zahrah Disambut Meriah!

Share

Satu majlis telah diadakan bagi meraikan ulangtahun ke-25 Hospital Islam Az-Zahrah di Hotel Tenera Bangi. Selain itu, majlis yang amat bersejarah buat Hospital Islam Az-Zahrah ini diadakan bagi mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pemegang taruh atas sokongan kepada Hospital Islam Az-Zahrah selama ini.

Hospital pertama di kawasan Bangi dan Kajang adalah salah satu hospital swasta yang mempraktikkan Islam bersesuaian dengan konsep ‘Hospital Mesra Ibadah’ dan berasaskan motto ‘Dengan Keprihatinan, Kami Merawat Pesakit’, Hospital Islam Az-Zahrah fokus memberikan rawatan mesra untuk memudahkan para pesakit melaksanakan ibadah kepada Yang Maha Esa walaupun ketika ditimpa ujian dari segi kesihatan.

Hospital Islam Az-Zahrah di dalam perangkaan untuk mengembangkan rangkaian hospital ke 12 cawangan di seluruh negara, di mana 5 cawangan hospital dan pusat ambulatori telah tersedia di dalam fasa rancangan 5 tahun.

“Insyaallah, cawangan kedua di Bandar Tun Hussein Onn sedang dalam proses hampir siap dan akan dilancarkan pada tahun ini.”

“Kami percaya model perniagaan Hospital Islam Az-Zahrah yang berkonsepkan ‘Hospital Mesra Ibadah’ ini telah matang untuk dikembangkan” kata Tuan Hj Abdul Rahman Mt Dali – Pengarah Urusan Hospital Islam Az-Zahrah.

Satu Unit Khas telah ditubuhkan untuk merealisasikan visi ini di mana pasukan yang muda sedang dilatih dan bakat-bakat baru akan ditambah agar usaha melebarkan perkhidmatan dengan rancangan menubuhkan rangkaian hospital di seluruh Malaysia dapat dilakar dan dilaksanakan.

Sambutan yang julung kali ini diadakan bertujuan untuk menghargai sokongan berterusan kesemua pemegang taruh iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia, Pejabat Kesihatan Daerah dan Negeri Selangor, agensi-agensi kerajaan seperti Bomba, Polis, Majlis Perbandaran Kajang, pemimpin komuniti, syarikat korporat, hospital kerajaan dan swasta, klinik-klinik, rakan pembekal yang setia, pihak media dan pesakit dalam perkembangan Hospital Islam Az-Zahrah selama 25 tahun penubuhan.

Studio Kembara yang berjaya menghasilkan filem Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan dan rangkaian Megaklinik Zahran adalah antara syarikat bersekutu dan anak syarikat di bawah Hospital Islam Az-Zahrah.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekaran

Published by
NuFa