Selalunya banyak rungutan diterima oleh suami, isteri suka membebel. Memang betul bila isteri membebel beri rasa tak senang tapi ingat ya isteri membebel bukan saja-saja. Ada sebabnya.
Orang lelaki pun kena faham jika ada sesuatu perkara yang isteri tak suka buat, jangan teruskan. Kadang orang perempuan ni akan bertindak sedemikian apabila dah terlalu penat simpan dan pendam.
Seperti yang dikongsikan oleh Dr Say juga, dia mengibaratkan bebelan isteri satu ‘muzik’ untuk dirinya. Walaupun mungkin kita tak suka dengar namun itulah nasihat yang kita tak sedar dan dapat perbaiki diri jadi lebih baik.
Tambah lagi orang lelaki ni dia cepat leka bila buat sesuatu. Jika tak ada orang tegur lagi seronoklah. Jadi kehadiran isteri ni kira pelengkap hidup.
Kahwin usia muda
Ads
Saya habis medical school di India umur 25. Masa tu tengah bercinta dengan @azuraabas dekat 4 tahun. Kebanyakan yang bercinta masa study oversea ni bila balik Malaysia akan kahwin.
Tapi saya fikir “aku baru 25, tak kan nak kawin dah, laju sangat game over, tak test market Malaysia lagi ni”.
Azura ni geliga orangnya, masih saya ingat ayat dia “kalau awk tak nak kahwin dengan saya tak apa, saya tak nak tunggu, ramai lagi lelaki nak kat saya”. Suuuper menusuk ayatnya.
Saya akurkan dan menamatkan hajat test market Malaysia saya. Maka berkahwinlah kami masa saya berumur 26. Saya propose tak fancy, over whatsapp je (style budak-budak wechat & Da’i).
Ads
Pekikan & bebelan isteri satu yang positif
Fast foward dah 5 tahun kami berkahwin. Kalau tanya saya menyesal tak kahwin awal & tak test market Malaysia? Jawapan saya “lagi menyesal kalau saya tak makan ugutan Azura & bernaung di bawah pemerintahannya”
Ads
Gaduh? Tak payah cakap, lepas ada Ace ni setiap langkah saya buat salah. Bernafas pun salah. Geram? Tak payah cakap, walaupun saya mengaku saya banyak cuai urus Ace tapi bila turn dia cuai, as if nothing happened ralit-ralit pusing saya yang dipersalahkan. Tapi despite all this, i know she is d best person for me & for Ace kerana segala pekikan dan bebelannya adalah untuk kesejahteraan & kebahagiaan kami as a family. I’m sorry awk kena jaga dua babies (Ace & sy) hun.
Hargai isteri
Saya menyeru kepada suami-suami di luar sana hargailah isteri anda dan kebisingan mereka kerana jika satu hari mereka tersenyap nescaya gelaplah masa depan anda. Benarlah pepatah “Behind every great man is not a woman. She is beside him, she is with him, not behind him”
Ya kita bukan superhero hingga semua perkara kita hendak ambil kisah. Anak tertumpahkan air, berebut remote televisyen dan sebagainya bukan hal besar untuk kita fikirkan hingga buat kita tertekan.
Benda remeh biarkan sahaja, tenangkan diri dan uruskanlah jadual anda sebaiknya. Kawal emosi diri agar tenang berhadapan dengan anak. Inilah yang sebaiknya. Jika penat, berikan waktu untuk berehat sebentar. Tip yang dikongsikan oleh Dr Rozanizam Zakaria ini mak ayah boleh aplikasikan agar hati lebih tenang dan paling penting jangan tertekan dalam menguruskan anak-anak di rumah.
15 TIPS HADAPI TEKANAN BAGI IBU BAPA
Tekanan emosi dan perasaan dalam mendidik anak adalah sebahagian dari pakej yang datang dengan status menjadi seorang ibu atau bapa. Mari bersikap jujur dengan diri sendiri.
Kita bukan Superhero! Menguruskan urusan diri sendiri, keluarga, kerjaya dan anak-anak dalam masa yang sama adalah sumber tekanan yang datang hampir setiap hari. Kalau tidak betul gaya menguruskan tekanan ini, kita mungkin akan tersilap langkah.
Saya kongsikan 15 tips ini untuk panduan bersama.
1. TANGGUHKAN REAKSI ANDA
Tidak kita seteruk mana pun masalah yang ditimbulkan oleh anak anda, jangan terus bertindak. Tindakan serta merta anda, selalunya didorong oleh emosi (baca: Amygdala Hijack). Selalunya kesilapan dalam bertindak berlaku sewaktu kita impulsif, bertindak melulu tanda memikirkan kesan. Jadi berhenti sejenak, fikir dengan otak rasional, bukan otak emosi. Kemudian baru tentukan tindakan anda dalam situasi tersebut.
2. BELAJAR TEKNIK RELAKSASI
Macam-macam teknik anda boleh pelajari dari buku, alam maya mahupun professional. Tak semestinya yang terlalu rumit. Teknik pernafasan dalam (deep breathing technique – sedut-tahan-hembus dengan kiraan dan kitaran teratur), teknik distraction dan sebagainya sudah cukup berkesan dengan syarat di lakukan dengan betul dan konsisten.
3. PERBETULKAN FOKUS ANDA
Kita mudah terkesan dengan perkara yang kecil dan remeh seperti anak tumpahkan air, anak hilang jadual, anak berebut remote televisyen sehingga kita lupa fokus yang lebih besar. Pilih pertarungan anda. Jangan sampai isu kecil seperti air tumpah menjadi luka besar pada emosi anda dan anak-anak yang kekal sampai bertahun. Fikirkan apa yang anda ingin capai dalam situasi itu. Tugas anda mendidik dan bukan mengherdik. Ada masa diam dan tunjuk cara penyelesaian lebih berkesan dari membebel berjam sambil menyumpah seranah.
4. FIKIR PANJANG
Orang putih kata, begin with end in mind. Bila ingin berbuat sesuatu kepada anak atau diri sendiri, fikirkan apakah kesan jangka masa panjang tindakan kita. Apa yang kita ingin capai dari situasi ini. Kita mungkin puas hati seketika dapat kepas geram dengan memukul anak, tapi kesannya pada anak mungkin sampai bila-bila.
5. CARI HARI HUJUNG MINGGU UNTUK ANDA
Anda juga perlu cuti rehat dari jadi ibu bapa. Bila kali terakhir anda bercuti berdua dengan pasangan? Kalau rumahtangga dan anak-anak kelam kabut tak tahu punca, mungkin sebenarnya ia signal minta anda mohon cuti. Parkirkan anak di rumah ibubapa, ganjarkan diri anda dengan percutian seketika.
6. CARI HOBI/ AKTIVITI SOSIAL
Jangan ingat hobi dan bersosial hanya layak untuk orang bujang. Cari semula minat yang anda telah tinggalkan dek kesibukan menjadi ibu bapa. Jangan pencen awal dari main bola, membakar kek, menjahit manik, melukis, berkebun atau apa juga hobi yang membantu anda rehat dan rawat enjin anda.
7. URUS MASA
Bangun lambat, kerja tak siap, anak lewat ke sekolah, kerja sekolah anak tak siap – bahan asas yang cukup sempura untuk memulakan hari dengan keadaan tertekan. Susun semula prioriti kehidupan. Senaraikan apa yang perlu di buat sekarang, kemudian dan akan datang mengikut ketetapan yang realistik. Kaji penggunaan masa anda. Buang tabiat membuang masa – layan internet tanpa tujuan, bersembang tak bertopik atau drama yang bersiri-siri.
8. CARI KAWAN
Jangan ingat berkawan maksudnya ‘tak ingat anak bini’. Kawan ada ruang khas dalam hidup. Ia membantu menampung kelompongan yang ada dalam jiwa. Jangan duduk dalam gua dan berharap kita akan hidup gembira.
9. BERKONGSI
Setiap ibu bapa ada pengalaman tersendiri. Kongsi masalah anda, kongsi kejayaan anda. Belajar antara satu sama lain membantu membesarkan lensa kita dalam melihat cabaran mendidik anak-anak.
10. UBAH CARA FIKIR
Cara fikir kita menentukan emosi dan reaksi kita. Kalau kita rigid dan negatif dalam berfikir, emosi dan tindakan yang datang juga akan negatif. Contohnya anak buat salah, kalau kita fikir “kenapalah anak aku ni tak faham-faham!” – sudah tentu emosi yang akan terbit juga sama rasanya. Adakalanya kita berhenti dan ubah cara fikir “adalah tu yang tak kena, mungkin dia penat agaknya”. Emosi dan tindakan kita sudah tentu berbeza.
11. JANGAN LUPA TUHAN
Anak adalah amanah Allah. Allah jualah yang sumber kekuatan kita semua. Lebih dekat dengan pencipta, lebih dekat yang dicipta pada kita.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasanya bila anak mengamuk, buat itu tak kena, ini tak kena ibu ayah kena tahu apa puncanya. Elak sesekali menyalahkan anak sebab asyik nak buat perangai. Sebaliknya sama-sama selesaikan masalah itu.
Jika diikutkan mudah untuk nak lembutkan hati anak. Hanya melalui kata-kata dah boleh meresap ke jiwa mereka. Tak perlulah nak menghukum mereka setiap masa.
Perkongsian dari Puan Norlina Ali mengenai cara dia ambil hati anaknya yang mula marah dan memberontak boleh diamalkan oleh semua ibu bapa.
Bila anak-anak mula marah dan memberontak, itu tandanya kita kurang duduk bersama dengan mereka.
Tip untuk kurangkan tantrum anak-anak:
Selawat sebanyak yang mungkin. Hembuskan pada ubun-ubun anak
Peluk dan cium dahi anak sambil gunakan ayat untuk melunturkan hati mereka. “Ummi sayang Abang, Ummi sayang Abang kerana Allah “
Tanya soalan wajib “Kenapa Abang marah ?”
Dengar penjelasan dengan baik, cuba atasi dengan baik ( jadi lah pendengar setia)
Insyaallah proses ini sangat membantu untuk tenangkan anak-anak.
Selamat mencuba semoga ilmu ini menyenangkan serba sedikit ibu ayah diluar sana
Kaedah ini sesuai untuk anak-anak dari usia 3 bulan sehingga anak-anak remaja.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rezeki yang kita peroleh hari ini dalam pelbagai bentuk. Ada yang rezekinya dapat kerja bagus dan tinggal di rumah besar. Ada pula hidup sederhana tetapi anak-anak semua berjaya. Tak kurang juga yang rezekinya bergantung pada pendapatan sendiri tetapi bahagia dengan kehidupan sekarang kerana bebas hutang.
Malah kehadiran anak juga dianggap satu rezeki besar buat pasangan suami isteri kerana bila anak dilahirkan ibaratnya rezeki itu datang tanpa dijangka sama sekali. Sebab itu bila kita tenung muka anak-anak sedang tidur akan ada satu perasaan sebak.
Mungkin disebabkan tanpa sengaja kita pernah lepaskan kemarahan pada mereka. Biasalah anak-anak, sepanjang membesar tu aktif dan lasak tu tetap ada. Cuma perlu faham masa mereka kecil sekali sahaja.
Tegur dan ajar tu sebenarnya satu penyelesaian. Bukan sekadar marah melulu hingga anak rasa perit. Sepatutnya kita perlu bersyukur anak kita sihat dan tak terbaring sakit seperti ibu bapa lain yang diuji dengan masalah kesihatan anak mereka.
Menerusi perkongsian Puan Alina Adenan, kita sebagai ibu bapa perlu lihat anak aktif dan lasak dari sudut positif dulu sebelum terus marah.
Geram dengan lasak anak-anak ni akan hilang bila tiba-tiba anak diuji dengan sakit kan?
– Dari anak yang lasak, jadi lemah.
– Dari anak yang ceria, muram je tahan sakit.
– Dari anak yang happy go lucky, terus murung.
– Dari mulut pot pet pot pet, membatu melepet.
Sebab tu orang kata, bila dapat anak yang lasak dan aktif tu kena bersyukur. Semua tu tanda doa kita minta anak yang sihat dimakbulkan. Alhamdulillah.
Ada orang sakit anak ni, Allah uji sekejap je. Sekadar demam biasa, batuk, chicken pox ke.
Tapi ada orang, sakit anak-anak mereka tu dugaan besar.
Turun naik hospital setiap bulan, kena guna nebulizer, kena makan ubat consistent.
Kita tak pernah tau jalan cerita orang.
Bukan semua benda orang cerita di sosial media. Sentiasa berkata yang baik-baik.
Bulan Ramadan ni, bulan berkat. Banyakkan doa.
Semoga anak-anak kita semua dilindungi selalu. Dan semoga ibu ayah kuat demi anak-anak.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.