Ujian sememangnya asam garam dalam kehidupan lebih-lebih lagi bagi yang berumah tangga. Terkadang ujian rumah tangga bukan hanya melibatkan masalah suami isteri, tapi ada yang diuji tiada zuriat, yang ada zuriat diuji dengan pemergian anaknda tercinta yang masih bayi.
Baca: Daging Bakar Cicah Sos Ala Thai, Patutlah Sedap, Ada Perapan Istimewa, Padu!
Dulu zaman bujang saya seronok tengok ada orang dukung bayi. Seronok dengar suara bayi. Pernah saya masuk wad kanak kanak seronok dengar bayi menangis.
Lepas tu berangan bestnya ada anak,bestnya dapat dukung anak. Bestnya dapat bermain-main dengan anak.
Akhirnya Allah terima angan-angan itu. Seronok jaga anak ketika wife berpantang. Bila tengok wife bersalin sebak sangat. Sebelum bayi nak keluar setiap 5-10 minit contractions sakit. mengalir air mata tengok isteri sendiri bersalin.
Bila anak keluar terus dengar suara menangis. Gembira sangat sehinggakan wife genggam tangan saya. Ya Allah betul ke ini zuriat dari darah daging aku sendiri. Bila letak untuk skin to skin Gembira tak terkata hanya Allah saja yang tahu.
Namun dalam kegembiraan itu Allah uji anak sakit sehingga Allah jemput dia pada usia 1 tahun 4 bulan. Banyak cabaran kami lalui hanya Allah yang tahu. Hari pertama anak meninggal wife bangun malam angkat bantal letak didada nak bagi susu,dia masih terasa anak ada disebelah. Saya sebak sangat ketika itu,saya peluk dia,saya beri semangat kat dia. Saya tidak bekerja hampir 2 tahun jaga emosi isteri. Alhamdulillah Allah kurniakan anak kedua dan sekarang anak ke 3.
Sungguh Allah uji sebab Allah sayang dan Allah nak beri banyak kebaikan. Saya lebih matang dalam rumahtangga,berusaha jadi suami yang baik kepada isteri dan saya tidak rasa sedikit pun perkahwinan ini satu bebanan. Perkahwinan ini satu tanggungjawab yang Allah akan tanya diakhirat kelak.
Saya selalu pesan kepada kawan-kawan lelaki. Nak bahagia,nak hidup tenang,nak rezeki melimpah ruah. Jaga 3 insan ini,pertama ibu yang mengandungkan kita,kedua jaga hati ibu mentua kita dan ke 3 Berbuat akhlak yang baik terhadap isteri,jaga hati isteri,didik dia dengan agama,didik dia sayang Allah. Apabila isteri taat Allah dan Rasul,seluruh kehidupan dia Allah jaga,Allah pelihara.
Peluklah isteri tercinta saat mereka sedang berduka, pimpinlah mereka saat mereka jauh dengan Agama,dakwah dia dengan hikmah bukan dengan kekerasan.Setiap kebaikan terhadap isteri buatkan rahmat Allah mencurah-curah dalam keluarga kita. Pelukkan suami buatkan isteri sihat dan bahagia. Jangan tengking mereka, jangan pukul mereka kerana itu bukan akhlak Rasulullah s.a.w.
Bahagia itu sangat mahal.
Sumber: -Encikmatt-
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI