Ketika hari minggu, apa aktiviti yang biasanya anda lakukan sekeluarga? Biarpun sibuk, seharusnya pada hari Sabtu dan Ahad, masa diluangkan bersama anak-anak.
Tidak perlu tunggu musim cuti, anda boleh mewujudkan bonding time dengan anak-anak, asalkan bijak mencuri masa. Berikut beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mencipta masa bersama dengan anak-anak.
WUJUDKAN RUTIN HARI MINGGU
Tetapkan satu hari untuk membuat kerja rumah bersama-sama. Boleh jadi Jumaat malam atau pagi Sabtu. Dengan cara ini, kerja menjadi semakin mudah. Objektif utamanya bukanlah untuk membersihkan rumah sebenarnya, tetapi lebih kepada berseronok bersama anak-anak. Sambil itu, anda dapat memupuk sikap ringan tulang serta keinginan untuk membantu ibu bapa dalam diri anak-anak.
BACA BUKU BERSAMA
Di negara Barat, ibu bapa di sana amat menitikberatkan tabiat membaca sebelum anak-anak masuk tidur. Membaca buku cerita untuk anak-anak bukan saja dapat mencipta daya imaginasi dan kreativiti anak, tetapi mereka akan menghargai usaha anda untuk meluangkan masa bersama sebelum tidur.
Ads
Bacakan kisah tauladan kepada mereka agar dapat memberi impak positif terhadap anak-anak. Lebih baik lagi, jika anda dapat membacakan tafsiran Al-Quran dan bercerita tentangnya kepada anak-anak.
Janganlah serius sangat. Sesekali cuba ajar anak-anak buat sesuatu yang menyeronokkan. Contohnya seperti cara buat sandwic, bakar kek, main susunan lego, melukis dan sebaginya. Ketika anda merasakan ia sesuatu yang remeh, percayalah anda akan lebih menghargai masa bersama mereka.
Ads
BERJALAN BERSAMA
Ibu bapa yang sibuk bekerja, jarang mengambil masa untuk berjalan bersama anak-anak. Bukan bawa mereka bersiar-siar di pasar raya, ya. Tetapi lebih kepada berjalan sambil bersembang hati ke hati. Anda boleh bawa mereka ke taman atau tempat-tempat yang mendamaikan sambil berkongsi semua hal. Ketika ini, jangan menghakimi anak anda. Jadilah pendengar yang baik dan sentiasa ada untuk anak-anak. Cara begini dapat membina kepercayaan mereka terhadap anda dan dapat mengelak daripada mereka memendam perasaan.
DATING DENGAN ANAK-ANAK
Setiap anak memerlukan masa untuk one to one dengan anda supaya mereka dapat berkomunikasi. Adakan masa untuk keluar bersama anak (hanya anda dan dia). Ketika ini, anda boleh bertanyakan apa sahaja kepada mereka.
BUAT PARTI MENGEJUT
Ads
Tidak perlu parti sebenar yang memerlukan belanja besar. Anda boleh ajak anak-anak menonton filem bersama sambil makan kudapan. Seperti menonton di panggung wayang. Atau mungkin juga anda boleh bermain sebarang permainan dengan mereka. Sediakan makanan ringan dan minuman istimewa, seolah-olah ada satu keraian dengan anak-anak.
Ini banyak ibu bapa yang buat. Jangan sekadar disimpan dalam memori telefon bimbit. Cetak foto tersebut dan susun dalam album. Kemudian bolehlah anda melihat kembali koleksi foto dan bercerita dengan anak-anak tentang foto itu.
Sebenarnya anak-anak tidak meminta agar mereka diberikan hadiah atau ganjaran mewah. Cukuplah sekadar masa dan perhatian ibu bapa berikan kepada mereka. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi idea kepada anda untuk merancang aktiviti menarik untuk dibuat sekeluarga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu insan yang sangat istimewa di mata anak-anak. Apa sahaja diperlukan akan dirujuk kepada ibu, tidak kira anak lelaki atau perempuan.
Akrabnya hubungan ibu dan anak banyaknya kasih sayang dicurahkan dari alam rahim hinggalah selepas dilahirkan. Namun dalam keadaan tubuh yang kepenatan atau emosi yang terganggu, adakalanya ibu juga tidak dapat lari daripada marah dan geram.
Benar, anak mempunyai attachment yang istimewa dengan ibu. Malah pada beberapa tahun pertama kehidupan, ibulah insan yang sentiasa ada di sini. Perkongsian daripada ibu ini yang menjadi tular dengan kira-kira 18 ribu perkongsian. Membacanya seolah-olah setiap ibu merasakan berada di dalam kasut sendiri mengimbas kembali apa yang berlaku.
Meninggikan suara kepada anak masa penat itu bukan disengajakan, tapi hati ibu menjadi cair setelah melihat wajah si kecil selepas tidur. Tiada apa yang didambakan si kecil selain daripada perhatian dan kasih sayang daripada ibunya.
IBU PENAT TAU TAK?
“ Orked awak nak apa ?. Ibu ni penat tau tak!. Minum susu xnak!. Makan xnak!. Main xnak!. Nak peluk je mcm mana!. “
Tinggi suara aku pada dia.
“ Tidur!. Ibu taw awak mengantuk!. “
TENUNG ANAK DALAM-DALAM
Ye. Lepas 5 minit dalam buai. Terus lena. Aku pun perlahankan selawatku sambil tenung anak dalam-dalam..
Dia merengek sebab dia tahan mengantuk. Nak tunggu ibu dia balik dan main puas2. Jangan ingat kita je sayang anak. Anak tu pun hanya taw sayang mak ayah dia je.
Tu lah anak..
Ada org xde anak. Ada org lambat dapat anak. Ada org banyak komplikasi nak dapat anak. Ada org anak sakit.
MENGALIR AIR MATA INGAT ANAK
Aku ?..
Dulu xde anak. Aku nak anak. Bila ada anak aku marah2 nak rehat.
Ada anak ni bukan semua indah. Dan semua yang nak jadi ibu bapa perlu taw. Xde istilah rehat, privasi, nak pakai lawa2, nak ruang, nak tu.. nak ni.. duit pun bajet2..
Tapi, aku x sunyi. Aku belajar sabar. Simpan duit. Jadi insaf ( sikit je la). Semua bila ada anak..
Mengalir air mata ingat anak. Sekarang ni masa dia nak main dgn aku. Satu hari nanti, dia ada kawan, lepas tu, dia kawin ..tinggal la aku dengan masa2 yang terbuang..
Kawan2.. hargai anak anda. Luangkan masa sementara Allah pinjamkan dia. Anda fikir kehilangan mak ayah tu sedih?. Bayangkan kehilangan anak..
Betul ke emosi ibu boleh mempengaruhi perkembangan anak? Ini yang selalu dipersoalkan. Mengikut beberapa pendapat dari pakar keibubapaan, akan ada sedikit tempiasnya pada anak jika ibu bapa selalu ‘teremosi’.
Dalam hal ini, biasanya ibu individu paling rapat dengan anak. Memang diakui kepenatan menguruskan anak, rumah tangga biasanya akan buat ibu mudah marah dan susah nak kawal emosi.
Menerusi apa yang dikongsikan Puan Fadzielah Ayub dia sendiri pun kadang-kadang boleh teremosi dengan anak tapi apa yang diamalkannya adalah jaga diri sendiri dulu.
Bagi ummi, jaga diri sendiri dulu lebih utama sebelum kita jaga dan mengutamakan orang tersayang especially anak.
Bila emosi ibu tak stabil, macam mana kita nak pastikan emosi anak stabil? Agak susah kan, lagi-lagi kita duduk dengan anak 24jam.
Ini kerana, emosi ibu samada positif atau negatif boleh mempengaruhi perkembangan otak anak.
Bila ibu penat, Susah nak kawal emosi, Mudah bad mood, Malas nak layan anak, Tak respon anak, Anak kena marah, Salahkan anak sebab terlalu aktif, dan lain-lain
Apa kesan emosi negatif ibu pada anak?
Ini secara tidak langsung boleh memberi kesan psikologi dan emosi anak.
Jangan pelik anak tiru emosi kita yang cepat marah, tiru respon kita jawab acuh tak acuh bila ditanya soalan, dan anak memberontak / tantrum sebab nakkan perhatian daripada kita.
Jadi, tahu limit atau kelemahan kita,
Bantu diri kita terlebih dahulu.
Macam ummi, ummi perlukan tenaga.
Ummi kena make sure badan ummi cergas bertenaga sepanjang hari.
Bila badan bertenaga, emosi senang nak jaga.
Sepanjang hari rasa positif dan layan anak dengan gembira.
Tiap kali tengok anak main baik-baik, ibu pasti rasa senang hati. Bukan mudah tak nak bagi anak gaduh kan? Ingat jangan biarkan waktu ini berlalu begitu sahaja sebaliknya sentiasa bagi pujian.
Bila anak-anak duduk bersama baik-baik, kongsi mainan biasanya apa respon kita? Kebiasaannya kita pun rasa lega dan biar je anak-anak main macam tu. Dengan harapan biarlah anak tu baik lama-lama, banyak kerja kita boleh buat kan.
Tapi bila anak-anak ‘yang baik’ tadi tu buat satu kesalahan, contohnya berebut mainan ke, lompat-lompat ke, tumpahkan air ke terus dengan pantas kita pun tegur kesalahan anak. Betul tak?
Perkongsian dari seorang ibu, Puan Sakinah Hamid boleh dijadikan panduan bersama.
Saya pun seringkali terbabas dalam mengurus emosi. Dan setiap kali tengok anak main baik-baik, terus saya teringat satu artikel keibubapaan yang pernah saya baca dari blog pendakwah kontemporari iaitu di www.saifulislam.com
Kompilasi tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil adalah beliau berkongsi bagaimana beliau dan isteri bertemu dengan pakar psikologi kanak-kanak untuk merujuk masalah anak suka bergaduh. Antara tip penting yang dikongsi ialah bagaimana kita memberi respon kepada anak apabila ‘anak sedang baik’.
Pakar kanak-kanak itu mengingatkan untuk ibu bapa lebih prihatin dengan anak-anak semasa mereka sedang baik. Contohnya apabila anak duduk main bersama, puji anak-anak kerana berkongsi mainan.
“Bagus Muhammad Fateh main baik-baik dengan Nur Faqihah. Allah suka dengan orang yang kawan baik-baik macam ni”. Agak-agak apa anak rasa ketika itu?
Mesti la seronok kan. Ya, barulah anak tahu apa yang dia buat tu betul. Sehingga mendapat pujian ibu bapanya. Dan ini akan merangsang anak-anak untuk ‘mengekalkan prestasi’ dalam keadaan baik apabila bermain.
Berbanding kita membiarkan mereka bermain sendirian, kemudian bila dah meletup baru mak nak beri perhatian. Anak yang fitrahnya mahukan perhatian akan berfikir, oo..macam ni cara nak dapat perhatian dari mak. Betul tak?
Jom kita ubah cara fikir dan cara uruskan emosi diri dan anak-anak. Semoga perkongsian ringkas ini dapat membantu kita menjadi ibu bapa yang lebih baik dan membentuk anak-anak yang mempunyai akhlak yang mulia.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.