Bagi penggemar masakan mamak pastinya teramat merindui Ayam Goreng Mamak yang sentiasa panas dan rangup di restorannya. Terbayang-bayang kala ayam dipotong kecil dan diletakkan di atas pinggan yang penuh dengan nasi dan campuran kuah. Nasi kandar dengan ayam goreng padu tidak pernah mengecewakan.
Namun tempoh PKP yang masuk hari ke 21 hari ini pastinya membuatkan penggemarnya berputih mata apabila tidak dapat makan di restoran itu dengan berselera sekali. Biarpun dapat membeli dan membungkusnya namun pastinya rasa dan situasinya tidak sama.
Begitu juga dengan anak-anak kita yang saban hari meminta menu yang sama iaitu ayam goreng. Jadi apa kata anda mencuba sendiri menyediakan resipi ayam goreng mamak yang buat kita ketagih. Jom cuba!
Ayam Goreng Mamak Ketagih
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
6 sudu makan tepung jagung
6 sudu makan tepung beras
3 tangkai daun kari
Bahan untuk dikisar:
6 ulas bawang putih
2 inci halia
5 tangkai cili kering
2 sudu makan rempah kari
1 biji telur
1 sudu makan serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Basuh ayam bersih.
Perap ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak. Siap!
Kredit: Viral Media Johor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI