Karies awal kanak-kanak adalah kerosakan gigi yang berlaku pada kanak-kanak di bawah umur enam tahun. Ia melibatkan satu atau lebih batang gigi. Ia merupakan proses pendemineralan asid terhadap gigi akibat kehadiran plak (tahi gigi) dan air liur.

Kenapa ia boleh terjadi? Ikuti perkongsian daripada doktor gigi ini.

“Hari-Hari Gosok Gigi Anak, Tapi Tetap Rosak?” Doktor Gigi Jelaskan Punca Yang Ibu Ayah Tak Tahu

“Doktor, saya hari-hari berus gigi anak, tapi kenapa gigi anak saya masih juga rosak?”

Berikut saya senaraikan beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh ibu bapa yang menjadi punca kepada berlakunya kerosakan terhadap gigi anak sama ada dilakukan secara sedar mahupun tidak sedar:

  • Membiarkan anak minum susu botol sehingga anak tertidur bersama-sama botol susu di dalam mulut.
  • Menambahkan gula/madu ke dalam susu anak.
  • Memberi anak minum minuman manis yang lain selain daripada susu menggunakan botol.
  • Masih membiarkan anak minum susu menggunakan botol walaupun usia anak telah melebihi 2 tahun .
  • Tidak membiasakan anak minum air masak/air kosong selepas anak selesai menyusu (bagi yang berumur 6 bulan ke atas).
  • Merasa makanan atau minuman terlebih dahulu dan menyuapkan ke dalam mulut anak menggunakan sudu yang sama.
  • Meniup makanan atau minuman yang panas dengan bibir untuk menyejukkannya sebelum menyuapkan ke dalam mulut anak.
  • Berkongsi sudu atau garpu dengan anak ketika makan.
  • Tidak memantau/mengehadkan pengambilan serta kerap memberikan makanan ringan/snek/coklat/gula-gula kepada anak di antara waktu makan utama.
  • Tidak membersihkan gigi serta mulut anak di bawah usia setahun menggunakan tuala basah selepas anak menyusu terutama pada waktu malam sebelum tidur setiap hari.
  • Tidak membantu anak yang berusia 1 tahun ke atas memberus gigi mereka setiap hari atau membiarkan mereka memberus gigi dengan sendiri.
  • Tidak menggunakan ubat gigi yang mengandungi fluorida untuk memberus gigi anak.
  • Tidak memeriksa sendiri mulut dan gigi anak di rumah secara berkala.
  • Tidak membawa anak ke klinik gigi untuk pemeriksaan seawal usia anak 6 bulan atau selewat-lewatnya setelah gigi pertama anak tumbuh.

Cuba lihat kembali, ada tak di antara senarai di atas yang pernah atau masih anda lakukan terhadap anak kecil anda?

Ads

Jika ya, mungkin itulah yang menjadi punca kenapa gigi anda mudah mengalami kerosakan gigi.

Jadi kepada semua ibu bapa mari kita sama-sama berusaha untuk menghindari daripada melakukan kesilapan-kesilapan di atas ya.

Kerosakan gigi anak sebenarnya boleh dicegah jika kita tidak melakukan kesalahan-kesalahan di atas sejak dari awal usia anak iaitu sebelum gigi pertama mereka tumbuh.

Ads

Bagi anda yang mempunyai anak yang sudah pun mengalami kerosakan, jangan terlalu risau. Segeralah bawa anak anda ke klinik gigi berhampiran bagi membolehkan doktor gigi memeriksa keadaan gigi anak anda.

Berbincang dengan doktor gigi dan dapatkan maklumat lanjut tentang pilihan rawatan yang ada bagi merawat gigi anak anda.

Semoga bermanfaat!

Dr Mohd Khairul Izwan,
Suka berkongsi.
#DakwahGigi

Ads

Kredit: Dr Mohd Khairul Izwan,
Kredit: IG dentista.kids

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

“Hari-Hari Gosok Gigi Anak, Tapi Tetap Rosak?” Doktor Gigi Jelaskan Punca Yang Ibu Ayah Tak Tahu

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!

Jom daftar sekarang, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI