Setelah 6 bulan berada di hospital akibat komplikasi selepas bersalin ketika melahirkan anak sulungnya November tahun lalu, akhirnya Nur Fadilla telah dibenarkan keluar wad ICU dan pulang ke rumah.
Walaupun keadaannya hanya terlantar dan masih tak mampu untuk bergerak, sekurang-kurangnya dah banyak perubahan yang ditunjukkan olehnya atas semangat dari suami dan anaknya, Muhammad Syahmi serta ahli keluarga.
Menerusi perkongsian di Facebook kakaknya, Hasirah Nujiey mereka sekeluarga mengucap syukur kerana adiknya telah keluar hospital dan berada di rumah untuk melihat sendiri anaknya membesar di depan mata.
Memandangkan sejak melahirkan anaknya hinggalah Syahmi berusia 6 bulan, Fadilla tak boleh nak jaga anak cuma air mata sahaja menandakan dia betul-betul rindu.
Ads
Berikut luahan hati Hasirah setelah Fadilla dibenarkan keluar hospital.
Alhamdulillahh.. Moklaa dah boleh discaj… Terima kasih pd yg mendoakan moklaa… Hanya Allah yg dpt bls jasa kalian… terima kasih juga pd semua staff ICU INTaN…
Ads
Satu ketika dulu… 14.11.2018... Moklaa berjalan tanpa bantuan turun dari rumah.. utk menuju ke hospital demi melahirkan zuriat mereka berdua…
Waktu itu mokla sgt sihat.. tiada lg tanda2 utk melahirkan… sesampai di hospital.. mereka suami isteri berjalan menuju ke ward utk menyerahkan diri… berjalan sendiri tanpa bantuan kerusi roda mahupom katil bertayar..
Ads
03.06.2019... Mokla pulang ke rumah.. setelah 6bln berumah di ward ICU INTAN HRPZ II…
Tetapi…..
Kepulangan mokla kali ini meruntun jiwa seluruh Ahli keluarga kami…. Mokla tak boleh berjalan sendiri.. Perlukan bantuan org sekeliling utk angkat mokla ke katil…
Walaupom begitu.. Kami bersyukur ke hadrat illahi.. kami terima segala kekurangan moklaa.. Allah sudah atur segalanya…
Jari terkulai dihempap kerusi adalah pengalaman pahit ibu ini. Perkongsiannya ini diharapkan boleh dijadikan pengajaran kepada ibu bapa yang lain agar sentiasa memerhatikan anak yang sedang menerokai mengenal dunia.
Kejadian tidak terduga adakala nya boleh berlaku. Perkara yang di luar jangkaan memang tidak terfikir akan menimpa anak dan ahli keluarga. Kanak-kanak memang suka meneroka dan selalunya pada ibu ia akan baik-baik sahaja.
Kisah yang dikongsikan oleh Puan Hani Syahirah ini elok dijadikan pengajaran buat ibu bapa yang lain. Anaknya, Irsa telah mengalami kecederaan pada jari kerana dihempap kerusi. Jari manis anak kecil ini cedera teruk dan seolah-olah seperti isi buah anggur yang dipicit keluar!
Ia memang berlaku di luar jangkaan namun Allah memberikan kesembuhan kepada jari si kecil ini walau pun pada awalnya doktor memberikan kata dua yang mengatakan jari yang terbabit berisiko untuk menjadi kehitaman, mati dan terputus sendiri. Apa yang perlu diambil pengajaran daripada kisah ibu ini ialah jangan biarkan anak-anak bermain dengan kerusi sendirian. Jangan ambil mudah.
Berikut ialah perkongsian Puan Hani Syahirah;
Nak share kisah sebenar, sgt menakutkan dan bagi pengajaran besar kepada kami, berlaku dalam family last year July. Sekarang baru berani nak share. Masih ingat lagi masa tu tengah masak kurma. Lepas letak santan Kita fokus sebab tak nak pecah minyak.
Masa tu dengar dah kerusi bunyi-bunyi. Memang Irsa our 3rd baby suka main kerusi. Ok, dalam hati, ok je tu. Jap-jap, sambil kacau kuah kurma.
KERUSI JATUH & IRSA MENANGIS
Dan dengar bunyi kerusi jatuh. Kuat. Sambil Irsa menangis. Saya terus pergi tengok.
Ya Allah..Ya Allah…Ya Allah..darah. Ingat gigi die or bibir berdarah.
JARI TERKULAI & SITUASI CEMAS
Tengok jari die terkulai..Ya Allah tercabut dah jari anak aku Ya Allah..
Saya pegang dia sambil pegang pergelangan tangan dia kuat-kuat. Cari kain, balut.
ANAK SULUNG BOLEH DIHARAP
Sambil mulut menjerit bagi arahan kat Haqq, anak sulung ambik beg letak barang kat dalam. Die ikut semua,time tu rasa syukur sangat boleh harap dah anak aku. Masa tu dia 4 tahun, Layyina masa tu 3 tahun. Dia gelak-gelak sebab tak faham lagi kot?.
DIHANTAR JIRAN BERBANGSA CINA KE HOSPITAL
Cari kunci kereta tak jumpa, call husband tak dapat-dapat..Hati naik geram dah ni, rupanya husband ada operasi. Saya sarung jubah, pakai tudung terus kunci pintu, turun pergi kat jiran, minta dia tolong hantar hospital.
Chinese, baiknya dia Ya Allah. Dia hantar kami dan siap jaga anak-anak saya sementara saya register anak. Lama jugak tu, Irsa dah berhenti nangis.
MACAM BUAH ANGGUR YANG DIPICIT
Doctor tengok dan cakap kena operation. Sebab luka besar dan hampir putus. Macam buah anggur yang dipicit, macam tu lah jari Irsa. Nasib baik tulang tak ada apa-apa. Masa tu saya memang blame diri. Ambil mudah tak sangka sampai macam tu jadi kena hempap kerusi je.
IRSA PERLU MELALUI PEMBEDAHAN
Esoknya doktor operate Irsa. Dan kena bius penuh. sedihnya masa Tu. Tengok dia sejuk nangis dan tidur. Paling sedih doktor suruh cium dulu anak sebelum keluar. Doktor bagi kata dua sama ada jari tu akan bersambung baik atau akan hitam mati dan terputus sendiri. Saya berdoa memang tak berhenti lepas tu.
DRESSING SENDIRI DI RUMAH
Ya Allah ..Dan paling menguji kena buat dressing sendiri kat rumah.
Saya jenis masa kejadian memang jangan harap saya nak share kat FB. Memang tengok pun tak sanggup masa tu.
DARAH MENITIK
Lepas balik rumah memang macam crime scene lah darah menitik-nitik seluruh rumah. Nasib sempat dan ingat tutup api dapur gas memasak.
TRAUMA DENGAN KERUSI
Memang lepas tu setengah tahun kami makan atas lantai. Terus simpan kerusi dalam bilik. Masa malam sebelum operation memang saya nangis je tengok dia.
Dia elok ceria. Rasa bersalah sangat-sangat. Malam tu ujian kena puasakan die. Menangis nak susu, macam-macam caralah. Sepanjang malam memang tak tidur. Kesian sangat dengan dia…?
Pengajaran untuk semua, jangan biarkan anak-anak bermain dengan kerusi sendirian. Jangan ambil mudah??
Dan support husband juga penting. Apa-apa yang berlaku Alhamduliillah husband tenang dan tak pernah salahkan saya. Terima kasih abang
Seorang suri rumah berdepan detik cemas apabila bayi lelakinya berusia tiga bulan hilang selepas disorokkan dua perompak di dalam kotak polisterin di rumahnya di sebuah flat di Jalan Van Praagh, Jelutong, Pulau Pinang.
Mereka kononnya mahu menghantar barang, namun sebaik membuka pintu dia terkejut apabila salah seorang suspek mengeluarkan pisau dan mengarahkannya supaya tidak menjerit jika mahu selamat.
Suspek kemudian mengambil rantai emas mangsa bernilai RM1,200 sebelum mereka meminta wang tunai sebanyak RM50,000, namun mangsa tidak mempunyai wang tunai sebanyak itu.
Larikan Bayi 3 Bulan
Seorang daripada mereka kemudian mencapai bayi lelakinya berumur tiga bulan dan menyembunyikannya sebelum melarikan diri
Suspek yang turut menyumbat mulut bayi itu menggunakan tuala kecil sebelum ditampal pita pelekat dipercayai bertindak sedemikian kerana berang apabila gagal memaksa wanita itu menyerahkan wang tunai RM50,000.
Jumpa Dalam Salah Sebuah Bilik
Ibu bayi itu yang ketakutan segera mencari bayinya sebelum menemui anaknya di dalam kotak itu yang diletakkan di dalam sebuah bilik rumah itu tidak lama kemudian.
Menyamar Wakil Syarikat Kurier
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata dalam kejadian jam 10.30 pagi Isnin itu, dua lelaki menyamar wakil syarikat kurier datang ke rumah itu.
Soffian berkata, anak perempuan mangsa berumur tiga tahun bagaimanapun tidak diapa-apakan oleh suspek. Suaminya berada di tempat kerja di Batu Kawan ketika kejadian berlaku.
Saksi Kejadian Boleh Menghubungi Pihak Polis
Sementara itu, Soffian meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu supaya menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nurfaiz Fathi Marhom di talian 04-2825922 (sambungan 228).
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.
Rezeki Ramadan! Itu perasaan syukur yang terpancar di wajah pasangan suami isteri Orang Kurang Upaya (OKU) ini apabila menerima sebuah kereta Proton Saga BLM daripada Ebit Lew.
Pemberian ini dianggap rezeki tak terjangka setelah orang awam merakamkan aksi seorang suami yang begitu gigih menolak isteri dan anak menggunakan kerusi roda di persimpangan lampu isyarat di Pulau Pinang.
Video yang tular di media sosial itu telah mendapat perhatian dan simpati orang ramai sehingga Ebit Lew telah tampil memberi sumbangan kereta untuk kemudahan suami isteri ini.
Menerusi perkongsian EBit Lew di facebooknya, beliau bersyukur diberi kesempatan untuk terus membantu insan yang kurang bernasib baik dalam aktiviti dakwahnya. Walaupun bulan Ramadan baru disambut beberapa hari, kebaikan yang dilakukan oleh Ebit Lew membuatkan orang ramai terus bersyukur ada lagi insan yang berjiwa besar.
“Sebak syukur baru selesai hadiahkan Proton Saga BLM buat suami yang viral tolak isteri dengan kerusi roda wheely tayar di traffic light Bagan Dalam Penang. Pasangan suami isteri ni ada kad OKU. Sedih tengok suami isteri ni. Ujian mereka.
“Semalam dari Terengganu terus ke Pulau Pinang. Semalam kereta Perodua Bezza hari ni kereta Proton Saga BLM. Menangis gembira kakak ni. Kenal saya.
“Terkejut dan tak sangka sampai ke sini. Kakak terkejut tak sampai sejam selesai dapat kereta baru. Bayar cash dekat kedai. Owner kedai pun baik je. Berkat Ramadan ke-2.
“Syukur rasa walau buka dijalan. Hari ni sahur dan buka puasa di kedai tepi jalan je. Semoga Allah terima semuanya,” tulis Ebit Lew.
Daripada perkongsian itu, ramai yang mengucapkan syukur dan berterima kasih pada Ebit Lew kerana begitu cepat dan prihatin membantu tanpa mengira latar belakang.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.