“Hari-Hari Mama Boleh Tengok Syahmi”. Selepas 6 Bulan Di ICU Fadilla Dibenarkan Pulang

Share

Setelah 6 bulan berada di hospital akibat komplikasi selepas bersalin ketika melahirkan anak sulungnya November tahun lalu, akhirnya Nur Fadilla telah dibenarkan keluar wad ICU dan pulang ke rumah.

Walaupun keadaannya hanya terlantar dan masih tak mampu untuk bergerak, sekurang-kurangnya dah banyak perubahan yang ditunjukkan olehnya atas semangat dari suami dan anaknya, Muhammad Syahmi serta ahli keluarga.

Menerusi perkongsian di Facebook kakaknya, Hasirah Nujiey mereka sekeluarga mengucap syukur kerana adiknya telah keluar hospital dan berada di rumah untuk melihat sendiri anaknya membesar di depan mata.

Memandangkan sejak melahirkan anaknya hinggalah Syahmi berusia 6 bulan, Fadilla tak boleh nak jaga anak cuma air mata sahaja menandakan dia betul-betul rindu.

Berikut luahan hati Hasirah setelah Fadilla dibenarkan keluar hospital.

Alhamdulillahh..
Moklaa dah boleh discaj…
Terima kasih pd yg mendoakan moklaa… Hanya Allah yg dpt bls jasa kalian… terima kasih juga pd semua staff ICU INTaN…

Satu ketika dulu…
14.11.2018...
Moklaa berjalan tanpa bantuan turun dari rumah.. utk menuju ke hospital demi melahirkan zuriat mereka berdua…

Waktu itu mokla sgt sihat.. tiada lg tanda2 utk melahirkan… sesampai di hospital.. mereka suami isteri berjalan menuju ke ward utk menyerahkan diri… berjalan sendiri tanpa bantuan kerusi roda mahupom katil bertayar..

03.06.2019...
Mokla pulang ke rumah.. setelah 6bln berumah di ward ICU INTAN HRPZ II…

Tetapi…..

Kepulangan mokla kali ini meruntun jiwa seluruh Ahli keluarga kami….
Mokla tak boleh berjalan sendiri..
Perlukan bantuan org sekeliling utk angkat mokla ke katil…

Walaupom begitu.. Kami bersyukur ke hadrat illahi.. kami terima segala kekurangan moklaa..
Allah sudah atur segalanya…

Sumber: Hasirah Nujiey

Published by
Wan Amy