Lumrah kanak-kanak inginkan peneman untuk bermain. Pasti rasa cemburu melihat kawan-kawan lain yang ada adik untuk teman bermain.
Sama seperti anak tunggal pelakon terkenal, Adam Corrie Lee dan pasangan Puan Fazi Fuad yang teringin untuk mempunyai adik.
Menurut perkongsian Puan Fazi, Fateh kerap meminta adik ‘baby’ denganya kerana ingin bermain bersama baby.
“Hari-hari minta adik, dia tak tahu mak dia dah tua..”
Malah Adam Fateh Lee yang kini berusia 4 tahun sanggup mengalah untuk tidur di atas lantai demi memberi ruang buat baby baru tidur bersama emaknya di atas katil.
“Fateh nak tidur dekat lantai, baby tidur dengan mak”
“Dia tak tahu mak dia dah pertengahan 40-an. Siap tawarkan diri tidur kat lantai.. supaya nanti ada baby boleh tidur dgn mak.”
View this post on Instagram
Puan Fazi Fuad memohon doa ramai agar mendoakan impian Fateh untuk memiliki adik dimakbulkan.
“Doakanlah impian fateh supaya dimakbulkan Allah SWT. Aamin”
Rata-rata warga maya mendoakan agar Adam Fateh Lee dikurniakan adik tak lama lagi.
kikicomel82
Hemsemnyaaa Fateh😍. ..moga impian Fateh dimakbulkanNya. Aamiin ❤️❤️
umieadamawisy
Amminnnn.juga buat mak Fatih semoga sihat-sihat selalu ❤️❤️❤️
chehananoorzahra
Sian Fateh nk baby.. boleh la mak.. semoga permintaan Fateh dimakbulkan..aamiin
Kredit: Puan Fazi
Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race!. Daftar sekarang di link ini: https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-sspnxpama-baby-merangkak-race/
Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI