“Hari-Hari Umi Tengok Kubur Ummar”. Tak Dapat Peluk, Dari Jauh Sedekahkan Al-Fatihah

Share

Tiada yang paling mengembirakan buat seorang ibu apabila dapat berita diri berbadan dua. Tak kisahlah sama ada anak pertama, kedua atau seterusnya kehadiran zuriat ibarat pelengkap rumah tangga.

Namun jika Allah uji, kita sebagai hambanya perlu reda walaupun ia sukar untuk dihadapi. Hanya dia yang mengetahui apa yang terbaik dan percayaalah walaupun sedih sekarang ni  pasti akan ada manisnya di penghujung nanti.

Seperti kisah seorang ibu, Nor Hayana yang melahirkan anak syurga ketika kandungan 35 minggu dan akhirnya dijemput ilahi sesuatu yang berat namun percaya Allah uji sebab dia sayang.

Lahir terus masuk NICU

Sepatutnya 1.1.2021 adalah tarikh due date untuk arwah Ummar Asyraf bin Malek Riduwan(anak syurga kami) arwah adalah anak ke-4 kami.

Tapi arwah Ummar lahir 26.11.20 pada minggu ke-35 disebabkan umi mengalami pecah air ketuban awal. Selepas dilahirkan Ummar terus dimasukkan ke NICU disebabkan mengalami masalah pernafasan.

Bergantung dengan mesin pernafasan

Selama 15 hari arwah di dalam NICU setiap hari umi melawat Ummar, arwah bergantung dengan mesin pernafasan kerana jantung dan paru-paru dia masih tidak kuat dan lemah. Kami hanya mampu berdoa supaya cepat-cepat sihat dan boleh balik rumah.

Hari ke 10 dalam NICU

Doktor beritahu arwah sangat kritikal

Pada tarikh 12.12.20 iaitu hari ke-16, kami menerima pangilan telefon dari wad untuk segera ke hospital kerana arwah mengalami penafasan yang teruk kerana kedua-dua paru-paru dah dijangkiti kuman.

Sesampainya kami di dalam wad doktor memberitahu keadaan arwah sangat-sangat kritikal. Hanya Tuhan je tahu perasaan kami masa itu.

Akhirnya jam 3.30 petang pada waktu itu, doktor memanggil dan meletakkan arwah dipangkuan sehinggalah doktor mengesahkan jam 4.15 petang arwah telah tiada. Hanya Tuhan yang tahu perasaan kami waktu itu. Seakan tidak percaya semua ni berlaku pada kami.

Umi berjalan ke bilik forensik sambil memangku arwah dalam dakapan dengan linangan air mata yang dari tadi tidak henti-henti. Selesai dimandikan dan dikafankan kami membawa jenazah arwah balik.

Sampai rumah arwah dibuka untuk tatapan ahli keluarga kami yang belum sempat melihat dari dia dilahirkan, sejuk dan comel je jenazah kamu wahai anak syurga

Rezeki untuk lihat kubur arwah setiap hari

Selepas Maghrib arwah selamat dikebumikan. Kubur arwah hanya beberapa meter je dari rumah kami. Rezeki kami sekeluarga kerana setiap hari dapat tengok kubur arwah.

Selesai dikebumikan…kubur Ummar hanya beberapa meter jer dari rumah kami. Kami bertuah kerana rumah kami berhadapan dengan kubur.

Pertama dan terakhir kali umi dapat memeluk arwah Ummar Asyraf kami redha dengan ketentuan ilahi. Penutup 2020 dengan suka duka.

Kredit: Nor Hayana

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy