
Pelakon Hanez Suraya selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada jam 9.11 pagi hari Jumaat secara normal.
Hanez atau nama sebenarnya, Hanez Suraya Abdul Aziz melahirkan anak perempuan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana proses melahirkan anak kedua berjalan lancar dengan berat 3.55 kilogram.
“Sempena hari Jumaat, penghulu segala hari ini, Allah mengurniakan kami rezeki untuk menimang cahaya mata kedua,” kata Hanez.
Kongsinya lagi, keadaannya dan bayi baik-baik saja. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya sekeluarga.
Sebelum ini Hanez pernah berkongsi sepanjang mengandungkan anak keduanya, dia begitu obses dengan drama-drama Korea Selatan dan muzik Kpop.
Hanez juga mengakui sering menghabiskan masa di rumah dengan menonton televisyen dan menyaksikan program hiburan tersebut.
Hanez selamat bernikah dengan suami, Romie Razin Adilha Abd Jais pada 14 Mac 2015 di Masjid Putra, Putrajaya.
Sebelum ini, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Aleesya pada 29 Disember 2015.
Sumber: mstar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Letih Menyusu, Berpantang Badan Lemah Syaitan Hasut. Tasha Manshahar Bagitahu Suami & Famili

Isi Kandungan
ToggleFasa berpantang perlu dilalui dengan hati yang gembira. Tak dinafikan ibu adakala akan letih selepas menyusukan, apatah lagi hasutan syaitan ketika badan lemah. Tasha Manshahar kongsi pengalaman.
Tasha yang baru melahirkan cahaya mata pertamanya, Muammar Rafiqi pada 21 Jun 2019 kini dalam fasa berpantang. Katanya melalui tempoh ini banyak yang perlu dipelajari, mengadaptasikan diri dengan keadaan baru sebagai ibu dan rutin baru seperti menyusukan dan menguruskan bayi.
Tambahan badan pula dalam pemulihan akibat pembedahan caesarean, Tasha dapatkan nasihat doktor agar fasa pantang berjalan dengan baik dari segi mental dan fizikal.
Pagi tadi bawa baby M pergi check up dengan pakar pasal jaundice dia. Alhamdulillah lega bila doktor kata semua okay, cuma kena monitor je seminggu lagi Alhamdulillah ?♥️
Awal dulu kalau baby M nangis, mommy panic. Apa nak buat niiii, dia nak apa niiii. Tapi slowly mommy belajar, baby kan belum boleh express apa dia nak, jadi salah satu cara untuk dia bagitahu kita adalah melalui tangisan merdu ituhhh! ?
Jadi tarik nafas, relax, and start checking. Either baby lapar, pampers dah penuh, atau dia rasa tak selesa (could be kembung, atau panas, atau terlalu sejuk, or apa-apa lah). Kena belajar dengan org2 yg expert jaga baby. Kalau dekat rumah ni, my mom and my sister mmg expert. Tenang je jaga baby. Salute!
BILA LETIH SANGAT KITA JADI STRES
Ada hari kita letih, especially kalau kita breastfeed baby. Bila letih sgt kita jadi stress, ditambah pulak dengan pressure lain. If you need help, pls ask for it. If you think you body can take it, go ahead. Tp kalau ada time, macam you betul-betul need some rest, please say it out. Tell your husband, tell your family members.
Fasa berpantang ni memang mencabar kalau kita tak happy. Dengan badan yang masih weak, dalam nifas lagi kan, macam-macamlah dugaan syaitan duk hasut itu ini. Support daripada family terutama suami, mak ayah, dan orang yang rapat sangat penting utk mempercepatkan healing process tu.
Dr I kata, the faster we get back to our normal healthy lifestyle, the better. Memang kena banyak rest (walaupun sebenarnya bila jaga baby ni takde rest sgt pun haha), tapi elakkan terbaring tak buat apa-apa dalam jangka masa yang terlalu lama.
Tapi kena ikut kemampuan badan masing-masing jugak tau. Alhamdulillah, i think my body is recovering well alhamdulillah alhamdulillah. Luka czer pun cantik doktor kata. Less than two weeks, i boleh buat house chores macam biasa. Cuma still kena hati-hati ya, sebab luka di dalam tak siapa yang tahu. Tibehhhhh! ?
Selamat berpantang kepada semua yang sama-sama sedang berpantang. Yang bakal bersalin, all the best! May Allah ease.
Para peminat memberikan sokongan dan galakan buat Tasha dan berharap proses
SEMENTARA ANAK MASIH KECIL
WALAU ANAK 3, BOLEH SERABUT DENGAR BAYI MENANGIS
ENJOY THE MOMENT, KERAPKAN PENYUSUAN
Sumber: tashamanshahar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dalam Setahun Anak Usia 6 Bulan – 7 Tahun Asyik Tak Sihat Normal. Ini Sebabnya!

Anak mudah terkena demam batuk selesema? Setiap bulan asyik sakit? Sabar.
Jika sudah bawa berjumpa dengan doktor/pakar kanak kanak, sudah diberi pemeriksaan yang betul dan tiada masalah, InshaAllah tiada apa apa.
Kanak-kanak berusia 6 bulan ke 6-7 tahun adalah normal untuk mendapat flu/common cold dalam 7-8 kali setahun, terutamanya mereka yang dihantar ke taska/rumah pengasuh.
Ini kerana di usia begini, badan mereka sedang membentuk imuniti untuk virus-virus yang terdapat di sekeliling mereka.
Ada terdedah kepada virus baru saja, mereka jatuh sakit. Ini adalah normal kerana itu adalah reaksi badan mereka melawan kuman dan membentuk antibodi terhadap kuman-kuman tersebut.
Jadi, bila nanti kuman-kuman tu datang serang balik, badan mereka dah kuat sebab dah kenal kuman-kuman tu.
Tapi kena ingat yang ada beratus jenis kuman di luar sana. Sebab itu kerap sakit kerana terdedah kepada kuman yang baru.
Jika simptom mereka seperti batuk atau selesema atau demam biasa tidak semakin teruk dan sembuh dalam masa seminggu, InshaAllah ok saja.
Tetapi jika keadaan mereka semakin teruk dan terdapat tanda bahaya seperti nafas laju, nafas berbunyi, muntah teruk, tidak aktif tidak bermaya, cirit melampau, mengadu sakit kepala yang kuat, tak mahu makan minum, maka segeralah bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Sila jangan beli sendiri ubat batuk/selesema jika anak anda masih di bawah usia 2 tahun. Jika berusia 2-6 tahun juga, seeloknya dapatkan pemeriksaan doktor dulu ya.
Batuk adalah salah satu respon badan untuk menyingkirkan kuman daripada badan mereka. Mereka tidak tahu bagaimana cara untuk keluarkan kahak mereka. Cuba lakukan tepukan di belakang mereka dan beri mereka minum banyak air kosong untuk bantu cairkan kahak mereka. Ada setengah kahak akan keluar melalui najis mereka.
Untuk selesema, boleh letak saline nasal drop untuk keluarkan hingus mereka atau mandikan mereka dengan air suam atau boleh sapu minyak yang sedikit panas pada dada mereka.
Hentikan stress dan fikir bukan bukan.
Kerap kena flu bukan bermakna perlukan vitamin extra, bukan sebab anda adalah parents yang teruk atau bukan sebab anak anda lemah. Doakan yang baik-baik untuk mereka.
Terdapat beratus jenis kuman di sekeliling kita. Ada sesetengah kanak-kanak yang membentuk imuniti sedikit perlahan berbanding kanak-kanak lain. It’s okay. Mereka sedang membesar
Terus pastikan rumah sentiasa dalam keadaan bersih. Kerap cuci semua permainan mereka. Cuci pakaian mereka dengan air suam dan sabun yang betul. Pastikan mereka makan makanan yang sihat dan minum air dan susu dengan elok.
Jika ada pet/carpet, pastikan ianya sentiasa bersih. Jika benar anak anda alah pada sesuatu, maka elakkan ia.
Monitor berat dan perkembangan mereka. Jika normal, InshaAllah tak perlu risau ya.
Dan yang paling penting adalah jangan membandingkan dengan sesiapa. Ini yang membuatkan kita akan semakin letih dan stres.
Ibu bapa yang positif InshaAllah akan melahirkan anak-anak yang gembira. Bagi mereka masa untuk membentuk imuniti mereka.
Jika berasa tidak yakin atau tidak sedap hati, bawalah berjumpa doktor yang bertauliah, bukan bertanya di media sosial ya.
Kredit: Dr. Erna Nadia
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bayi Asyik Menangis, Tak Sampai Hati Tengok. Bila Periksa, Rupanya Kembung Perut

Biarpun lampin sudah ditukar dan bayi telah diberikan susu, dia tetap menangis. Sesetengah ibu ayah pasti buntu apakah punca yang menyebabkan si manja menangis tanpa henti. Apabila ditepuk pada bahagian perut, terasa seperti ada angin di dalamnya. Masalah kolik boleh menjadi sebab mengapa bayi menangis kerana mereka merasa tidak selesa pada bahagian perut.
Kembung perut atau kolik berlaku disebabkan sejumlah kecil udara akan masuk dalam badan bayi semasa bayi minum susu atau menangis.Apabila gelembung udara terdapat dalam perut, ia akan membuatkanbayi berasa tidak selesa.
Artikel Menarik: [Bayi Tak Sedap Perut, Asyik Meragam. Rupanya Minum Susu Dari Botol Yang Rosak]
Lazimnya bayi akan menangis apabila mengalami kolik.Tanda bayi kolik ialah bayi berumur kurang tiga bulan, menangis cara menjerit, kaki ditarik ke dada semasa menangis.
Waktu tangisan hampir sama setiap hari. Menangis adalah cara untuk mengeluarkan udara perut. Jadi jangan terlalu panik apabila bayi menangis, perlu banyak bersabar. Kekal tenang apabila bayi anda menangis tanpa henti.
Tahukah anda bahawa, keadaan tersebut berlaku pada bayi dalam tempoh beberapa minggu pertama kelahiran. Kira-kira 40 peratus daripada bayi-bayi di seluruh dunia mengalami situasi ini.
Setelah lahir saluran gastrousus menyesuaikan diri dengan fungsi baharu dalam badan. Keadaan ini mungkin menyebabkan bayi tersebut menghadapi gejala-gejala seperti kembung perut, muntah-muntah, perut berangin, sembelit dan cirit-birit ringan.
Artikel Menarik: [Ubat Demam Tak Habis Simpan Dalam Peti. Cepatkan Pembiakan Bakteria, Tak Elok Bagi Anak]
Bagi ibu ayah (kebanyakan yang first timer), tidak tahu apa yang boleh dibuat bagi menenangkan si manja. Anda boleh mencuba cara-cara ini:
Artikel Menarik: [Comelnya Tengok Anak Senyum Ada Gigi Cantik, Rupanya Kena Pilih Ubat Gigi Yang Sesuai Umur]
- Dukung bayi anda. Dekatkan dengan dada dan peluk dirinya. Bayi akan rasa selamat seakan berada dalam rahim.
- Untuk redakan tangisan bayi yang mengalami kolik, mengambil masa anggaran lima hingga 20 minit, namun ia bergantung kepada bayi itu.
- Biasanya bayi kolik akan tertidur keletihan dalam dakapan setelah menangis dalam tempoh yang lama.
- Bahaya jika membiarkan bayi menangis terlalu lama kerana ia mungkin akan mengundang risiko sawan tangis. Bayi juga akan keletihan dan tidak cukup tidur.
- Bila bayi sudah menangis, cuba urut tapak kaki dan tapak tangan. Selain itu, sendawa bayi setiap kali selepas minum susu. Sendawa membantu mengeluarkan angin yang terkumpul dalam perut bayi.
- Segera berjumpa doktor jika masalah ini berlarutan sehingga berhari-hari untuk pemeriksaan lanjut.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI