Sebut sahaja nama Khairul Aming, pasti sudah terbayang video masakannya yang tak pernah mengecewakan. Malah resipi-resipinya sentiasa dekat dengan hati rakyat Malaysia. Ringkas dan tidak keterlaluan dari segi penggunaan bahannya.
Masuk hari ke 10 kita berpuasa, Khairul Aming berkongsi menu cukup istimewa buat semua. Jika sebelum ini dengan puding tembikai, kali ini Khairul Aming menawan hati semua dengan resipi Creamy Sagu Mangga pula.
Puasa ke-10 : Creamy Sagu Mangga. Makan sejuk-sejuk untuk buka puasa nanti. Ada dua version yang korang boleh try.
Bahan-bahan:
1 biji mangga -betul-betul masak
3 sb susu pekat manis
3 sb santan
2 cawan sagu -rebus sampai jernih
Secubit garam
Kisar mangga bersama santan dan susu pekat manis sampai sebati.
Campurkan adunan mangga dengan sagu yang siap direbus. Letak secubit garam dan kacau sebati.
Sejukkan selama beberapa jam.
Potong buah mangga dadu dan masukkan ke dalam bekas. Tuang adunan sagu dan selang selikan dengan buah mangg sampai penuh.
Akhir sekali masukkan susu cair. Siap!
Khairul Aming juga turut menyediakan dua versi iaitu untuk versi koktail pula untuk santapan bersama keluarga. Memang sedap.
Hanya campurkan kiub buah mangga, nata de coco, 2 tin susu cair, 4-5 susu pekat dan sagu. Letakkan ais dan sedia diminum.
View this post on Instagram
Selamat mencuba!
Menarik: Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI