Pelakon, Hanis Zalikha mendedahkan bahawa dia terpaksa untuk berbuka puasa selepas Solat Asar akibat bimbang akan kandunganya. Dia menjelaskan bahawa bayinya tidak bergerak dan mengeras.
Perkongsian tersebut dibuat di laman instagramnya. Dia yang kini hamil anak keduanya bakal melahirkan bayi tersebut dalam masa terdekat, kemungkinan pada bulan puasa ataupun hari raya.
Mula-Mula Puasa Okay, Tapi Hari Kedua Baby Mengeras
Masuk trimester ketiga, waktu bulan puasa. Maknya jenis okay berpuasa. Tak lapar tak dahaga. Tapi hari kedua tu, lepas solat Asar, baby mengeras. Pastu dia diammm je. Baby yang kali ni dahlah sangat responsive, kalau kita letak tangan dia akan high five atau tendang. Tapi masa petang tu kita geletek dia, Daddy dia panggil dia, semua dia taknak respon.
Suruh Berbuka Puasa, Baru Baby Tendang Kuat
Omg nervous. Terus Daddy dia suruh buka puasa minum air dan makan. Dah teguk susu kurma, makan cekelat biskut semua (kemain Maknya), dan dan tu juga baby tendang kuat gila.
Aigo, Daddy dia pun kata “ala kesian, ngadu dekat Daddy ya”.
Sesetengah Ibu Hamil Sangat Sensitif
Pastu semalam doktor tanya puasa ke tak. Kita jawab tak, doktor kata okay good, some people are really sensitive, bila puasa pun air ketuban boleh berkurangan. Jaga kiraan tendangan je sekarang. Kita tau time2 baby kita aktif, jadi cuma kena peka. Kiraan tendangan tu bukan interval yang tepat sama setiap orang.
Ads
Doakan Keselamatan & Kesihatan Kita Ya
Ia cuma bantu kita alert waktu aktif baby kita. Doakan keselamatan dan kesihatan kami ya!
So untuk kes-kes ibu seperti kita, ini sumber dari zakat.com.my tentang fidyah & qada;
Ads
Untuk ibu-ibu hamil, jika bimbang akan keselamatan bayi, anda tidak perlu meneruskan puasa tapi wajib untuk ganti puasa. Keselamatan anak dalam kandungan perlu diutamakan dan jangan terlalu memaksa.
Tip Berpuasa Ketika Hamil Dari Dr. Zarina Rahman (Jika Tidak Mampu Jangan Paksa)
Ramai wanita yang nak tahu macam mana nak puasa sambil menyusu atau dalam kehamilan.
Yang saya tekankan di sini untuk ibu menyusu atau hamil:
Ads
1. Tengok diri sendiri – cuba dulu, mampu tak? Tanamkan niat nak cuba puasa dan dapatkan sokongan suami dan keluarga. Jika tak dapat puasa, Islam adakan rukhsah berpuasa untuk ibu hamil dan menyusu.
2. Jika tiada masalah kesihatan, boleh cuba berpuasa. Kalau ada masalah, dapatkan pemeriksaan kesihatan, check ubat-ubat yang diambil, and get green light daripada doktor untuk berpuasa.
3. Never skip sahur. Lewatkan sahur seperti yang dianjurkan Rasulullah SAW.
4. Its all about quality, not the quantity of food.
5. Semasa sahur- makan LOW GI food. Contoh : oats, makanan bijiran gandum (wholemeal bread, brown rice), makanan serat tinggi (sayur dan buahan), kurma, kurma dan kurma, dan tambahkan dengan protein secukupnya.
6. Air secukupnya – cukupkan 8-10 gelas sehari. Sahur – 1 cawan. Buka puasa – lengkapkan jumlah gelas yang lain daripada waktu berbuka, sehingga sahur esok pagi. Sikit-sikit.
7. Ibu menyusu : teruskan sesi pam susu seperti biasa. Rangsangan perlu ada untuk maintain milk supply. Jangan stress lihat susu drop pada hari-hari pertama berpuasa. Normal untuk volume susu berubah-ubah. Kajian menunjukkan tiada perubahan kepada makronutrien susu ibu sepanjang puasa 14 jam sehari. Ibu kebuluran berhari-hari pun masih mampu menghasilkan susu ibu yang baik. Kita apa lagi?
8. Tanda-tanda untuk buka puasa : menggeletar, rasa mual, pening, rasa nak pitam. Again, pantau diri kita sendiri.
Tapi, what about men? What about those yang ada darah tinggi, kencing manis, masalah buah pinggang? Boleh ke nak puasa? Nanti saya share berpuasa untuk individu lain pulak yang bukan kategori wanita hamil atau menyusu.
Semoga semua sihat dan mampu berpuasa sepanjang Ramadan. In Shaa Allah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Emosi ibu hamil sangat rapuh dan boleh berubah-ubah dalam jangka masa yang pendek. Ibu hamil cepat tersentuh, cepat sedih kerana perubahan hormon dalam dirinya. Disinilah peranan suami sangat penting untuk menjaga emosi isteri ketika hamil.
Ibu hamil akan cepat berasa penat, fizikalnya yang berubah menyebabkan keletihan dan memberi kesan kepada emosi. Suami yang prihatin akan membantu isteri yang sedang hamil untuk meringankan bebanya, sentiasalah belai isteri anda kerana perlakuan positif tersebut boleh dirasai oleh bayi dalam kandungan.
KESAN SUAMI BERLAKU BAIK PADA ISTERI KETIKA HAMIL
Semasa isteri hamil jagalah perasaannya. Isteri yang hamil dan merasai sangat dikasihi suaminya akan tenteram perasaannya.
Ini akan memberi kesan baik kepada janin yang di dalam kandungannya.
Isteri yang dicalarkan emosinya semasa hamil terutamanya, akan membawa perasaan itu dan memindahkan tenaga negatif itu ke bayi di dalam kandungannya.
Inilah antara punca utama kenapa bayi itu bila lahir mudah menangis dan meragam.
Bila sudah besar sedikit suka merajuk atau mengamuk.
Itu sebab di dalam Islam, kita disuruh menjaga perasaan ibu-ibu yang mengandung.
Saya berumur 29 tahun. Anak pertama berusia 10 bulan dan kini saya hamil tanpa dirancang. Panik kerana ia berlaku kurang daripada dua tahun seperti mana saranan doktor kerana saya melahirkan melalui pembedahan caesarean. Saya risaukan keadaan saya dan anak dalam kandungan. Terbaca mengenai risiko rahim terkoyak dan ia menakutkan saya. Mohon pandangan doktor mengenai hal ini.
Mummy J – Ipoh, Perak.
Puan tidak perlu panik kerana terdapat kajian menunjukkan jarak minimum untuk hamil selepas kelahiran adalah enam bulan. Jika puan hamil setelah anak pertama berusia 10 bulan, ini bererti risiko dinding rahim koyak adalah amat rendah.
Masalah dinding rahim koyak (uterine rupture) selalunya berlaku sewaktu puan mengalami sakit kontraksi ketika hendak bersalin. Ia dilaporkan kurang dari 1% bagi ibu yang mempunyai satu pembedahan caesarean sebelumnya. Percubaan untuk bersalin secara normal selepas adanya pembedahan caesarean dikenali sebagai trial of scar (TOS). Bersalin melalui faraj selepas adanya pembedahan caesarean dikenali pula sebagai vaginal birth after caesarean section (VBAC).
Jika seseorang wanita ingin melalui pembedahan caesarean bagi kandungan kedua, ini dikenali sebagai elective repeat cesaerean section (ERCS). Bagi pesakit yang pernah mengalami pembedahan caesarean dan inginkan VBAC bagi kelahiran anak kedua, doktor hendaklah memberitahu bahawa VBAC lebih selamat daripada ERCS. Ini bererti, pesakit yang berjaya melalui TOS tanpa berlakunya uterine rupture dan bersalin melalui VBAC, tidak banyak mengalami masalah. Jika ada 10 orang wanita yang melalui TOS, lapan daripadanya akan berjaya bersalin secara normal.
Amat penting bagi pesakit untuk memahami bahawa uterine rupture berisiko kepada wanita yang melalui proses TOS, sekali pun seseorang wanita dipantau di hospital yang mempunyai perkhidmatan doktor pakar perbidanan dan pakar bius, serta perkhidmatan tabung darah. Kes-kes uterine rupture boleh menyebabkan masalah-masalah besar seperti di bawah:
Tumpah darah dari rahim sehingga memerlukan pemindahan darah.
Ibu dibawa ke bilik pembedahan untuk melahirkan bayi secara kecemasan.
Anak yang dilahirkan boleh mengalami masalah kekurangan darah dan oksigen. Malah, boleh menyebabkan kecacatan otak dan maut.
Rahim yang mengalami koyak kadang kala tidak dapat diselamatkan dan perlu dibuang.
Kesan sampingan bius penuh ketika menjalankan caesarean secara kecemasan juga tinggi. Doktor bius akan memberi penerangan sebelum pembedahan.
Kehilangan darah yang banyak boleh menyebabkan masalah disseminated intravascular coagulation di mana darah terus menerus mengalir keluar dari badan kerana tidak dapat membeku. Keadaan ini boleh menyebabkan maut.
Saya menasihatkan agar puan merujuk kepada pakar sakit puan & perbidanan yang merawat puan sendiri supaya rekod pembedahan yang pertama boleh disemak sebelum boleh melalui TOS. Hal ini kerana risiko uterine rupture amat tinggi (jika ia berlaku).
SOALAN INI DI JAWAB OLEH DR NORINTAN ZAINAL SHAH, PAKAR PERBIDANAN DAN SAKIT PUAN.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penantian selama 9 tahun untuk menimang cahaya mata sebagai penyeri dalam rumah tangga berakhir dengan air mata kegembiraan buat seorang isteri selepas melihat sendiri alat ujian kehamilan (UPT) yang menunjukkan dua garis.
Ucapan syukur dan air mata saat mendapat perkhabaran gembira ini benar-benar membuatkan sesiapa yang melihat video ini mengalir air mata.
Menerusi Instagram Dr Thokha, beliau berkongsi momen-momen indah pasangan suami isteri ini yang dah lama mengimpikan anak sejak di awal perkahwinan.
Namun, selepas hampir 10 tahun baru dikhabarkan dengan kehadiran zuriat sebagai penghuni pertama rahim si isteri.
Paling sebak apabila si isteri seolah takut untuk melihat UPT itu kerana sebelum ini, tiap kali lambat datang bulan, bila buat pemeriksaan, hanya menunjukkan satu garis saja.
Bagaimanapun, Dr Thokha tetap meminta si isteri untuk melihatnya sambil memberitahu apa saja keputusan yang ditunjukkan pada UPT terimalah dengan reda. Seolah mimpi jadi kenyataan, akhirnya berita ditunggu selama ini dimakbulkan Allah.
Sebak saat melihat suami memeluk erat isterinya sambil menangis bersama. Mereka tidak meletakkan harapan tinggi pun sebelum ini. Cuma sebagai ikhtiar terakhir jika diizinkan Allah. Bukan itu je, Dr Thokha pun turut sebak melihat reaksi suami isteri ini.
Masih ada peluang hamil
Menurut Dr Thokha lagi, melalui rawatan yang dilakukannya, masih ada 16 telur lagi yang sihat. Jika ada rezeki pasangan suami isteri masih berpeluang lagi untuk tambah zuriat.
Kadang kita tak sangka, di awal Allah uji, tapi pengakhirannya tetap ada rezeki yang tak dijangka. Percayalah Allah uji hamba-Nya sebab dia tahu kita boleh hadapi biarpun diri rasa tak mampu.
Semoga perjalanan kehamilan ibu dipermudahkan sehingga hari kelahiran dan bayi dalam kandungan dapat membesar dengan sihat dan sempurna. Amin..
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.