Membuat keputusan untuk menyunatkan anak lelakinya pada awal usia mendapat pelbagai reaksi dari wargamaya.
Namun kata Dr Fitri Haris yang membuat keputusan untuk menyunatkan anak kecilnya itu pada usia dua bulan, setakat ini keadaan anaknya semakin bertambah baik malah cukup mudah diuruskan.
Melalui instagramnya, Fitri berkongsi perihal anaknya selepas tiga hari disunatkan. Dengan berkongsi sekeping gambar, wajah si comel Bilal Habibi nampak semakin ceria.
Bahkan menerusi perkongsian Fitri, pada hari kedua, luka anaknya itu sudah pun kering dan pada hari ketiga sudah boleh dipakai pampers dengan diketatkan seperti biasa. Cukup mudah.
“BILAL HABIBI setelah 3 hari Khatan/Sunat: * Merengek lepas sunat dalam 6 jam pertama sahaja pastu gone tido, susu dan macam biasa * Hari ke 2 dah kering luka * Hari ke 3 dah boleh pakai pampers macam biasa (tak perlu longgarkan sangat) * Hari ke 3 dah boleh senyum-senyum dan happy-happy * Hari ke 3 dah boleh mandi macam biasa”
Ads
Wow cukup mudah! Memang tak rugi sunatkan anak lebih awal seperti yang dilakukan oleh Dr Fitri dan isterinya.
Tidur makin lena
Malah kata Dr Fitri lagi, tidak ada sebarang kesan yang dilihat dari anak kecilnya itu malah keadaannya makin baik dan sihat selepas bersunat.
Ads
“Takde infection apa-apa sebab minum susu je kan (mudah kalau baby), tidur pun lena sangat.
“Nampak besar dan sihat badan lepas sunat juga lebih menyayangi abi (tambah sendiri),” kongsinya berseloroh.
Tidak hanya berkongsi keadaan bayinya bahkan terdahulu, Dr Fitri turut sama berkongsi pengalamannya menyunatkan anak lelakinya itu di sebuah klinik yang cukup berpengalaman.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak masuk sekolah adalah tempoh yang boleh mendatangkan debaran pada ibu bapa. Tapi sebelum itu, ada beberapa persediaan pergi ke sekolah yang perlu dilakukan.
Jom ambil tahu mengenai persiapan fizikal dan perubahan emosi anak yang perlu dititikberatkan oleh ibu bapa.
Pakaian, beg galas & barangan keperluan masuk sekolah
Apabila bercakap mengenai masuk sekolah, pasti akan terbayang segala persiapan dan persediaan untuk anak. Bermula daripada pakaian, beg sekolah sehinggalah barangan keperluan harian seperti alat tulis.
Untuk anak yang pertama kali pergi ke sekolah, pasti baju baharu akan dapat memberikan keyakinan dan kegembiraan. Sementara itu, anak yang akan memasuki prasekolah, mungkin tidak perlu beg dengan saiz terlalu besar.
Ini kerana kebanyakan prasekolah atau tadika akan menyediakan tempat untuk menyimpan peralatan. Pun begitu, anak yang bakal memasuki pendaftaran tahun 1, saiz beg haruslah bersesuaian dengan keperluan dan keadaan mereka.
Selain itu, membeli barangan keperluan harian seperti alat tulis pastinya perkara yang menggembirakan anak-anak. Ini sudah tentu kerana kepelbagaian pilihan, warna dan rekaan yang mendatangkan keterujaan mereka.
Perubahan emosi
Apabila anak masuk sekolah, ia bukan sekadar memerlukan persediaan fizikal semata-mata. Namun, ia turut melibatkan perubahan emosi si anak. Apatah lagi apabila anak mengatakan tidak mahu ke sekolah. Pastinya ia sedikit sebanyak menyebabkan kegusaran buat anda sebagai ibu bapa.
Jadi, bagaimana perlu anda mengharunginya?
Berikut beberapa petua yang boleh dicuba sebagai persediaan untuk menghadapi peralihan besar ini:
#Elakkan topik pergi ke sekolah terlalu awal
Memaklumkan anak bahawa mereka akan masuk sekolah terlalu awal adalah tidak disarankan. Melainkan anak anda sememangnya sudah menunjukkan rasa keterujaan untuk ke sekolah, maka tiada masalah untuk memberitahu mereka. Jika sebaliknya, tempoh yang disarankan adalah 1 atau 2 minggu sebelum sekolah dibuka.
#Sekolah baharu
Jika anak akan memasuki sekolah baharu, mungkin anda boleh membawa mereka untuk melawat atau menjelajah kawasan sekitarnya. Ia boleh membantu mengurangkan rasa takut atau berdebar dalam diri anak. Ini sekali gus membolehkan mereka untuk membiasakan diri.
#Rakan sekelas
Jika anak mempunyai rasa cemas, apa kata anda aturkan masa untuk anak bermain dengan rakan sekelasnya? Ia sekurang-kurangnya boleh membantu mereka untuk menjalinkan hubungan persahabatan. Jadi kuranglah sedikit rasa cemas apabila anak masuk sekolah nanti.
#Akui dan normalkan ketakutan anak
Apabila anak berada dalam keadaan takut atau cemas, mereka pasti akan memandang ke arah anda, bukan? Jika ia berlaku, respons anda akan memberikan kesan kepada mereka.
Ini bermakna, jika anda kekal tenang dan meyakinkan mereka, ia cenderung dapat membina keyakinan dalam diri anak. Sebaliknya, sekiranya anda sendiri berasa cemas, secara tidak langsung ia akan membuatkan anak lebih takut.
#Hindari gunakan sekolah sebagai alasan
Anda pasti pernah menggunakan ayat seperti “Kalau Husna nak cepat sihat dan bermain di taman permainan, kena makan ubat”, betul tak? Tetapi dalam situasi anak bakal pergi ke sekolah, ia tidak disarankan.
Jadi anda tidak digalakkan untuk menggunakan sekolah sebagai alasan.
#Ingatkan mengenai kejayaan terdahulu
Seandainya anak gementar, ceritakan kembali kisah lalu yang pada akhirnya mendatangkan pengakhiran yang baik. Sebagai contoh, jika anak akan melalui pendaftaran darjah 1, ingatkan bagaimana mereka berjaya mengharungi sesi prasekolah sebelum ini.
Yakinkan mereka pasti boleh melalui sekali lagi!
#Perkara istimewa
Jika anak tidak mahu pergi ke sekolah disebabkan kebimbangan tertentu, seperti cemburu adik boleh bermain di rumah, anda mungkin boleh fikirkan beberapa perkara istimewa. Contohnya, bagaimana anak akan dapat meluangkan masa bersama anda dalam perjalanan pergi dan balik sekolah nanti.
#Lambaian hari pertama pergi ke sekolah
Ini antara perkara yang paling perlu dielakkan apabila menghantar anak, terutamanya pada hari pertama masuk sekolah. Hindari daripada menunggu anak di pintu selepas menghantar mereka ke kelas. Jika anda berbuat demikian, mereka akan sukar membiasakan diri. Jadi sebaik sahaja anak sudah selamat masuk ke kelas, berikan lambaian selamat tinggal dan terus berlalu pergi.
Rutin harian pergi ke sekolah
Bagaimana pula dengan perubahan rutin harian? Ini panduan untuk anda.
Memulakan rutin
Perubahan rutin harian adalah yang paling mencabar apabila anak mula pergi ke sekolah. Jika sebelum ini anak boleh bangun lewat di waktu pagi, maka semestinya ia merupakan cabaran buat ibu bapa. Bukan itu sahaja, adakalanya ia mungkin menguji kesabaran anda.
Strategi yang terbaik dalam membiasakan diri anak dengan peralihan waktu ini adalah dengan berpegang pada jadual harian terdahulu dalam kebanyakan aspek. Sebagai contoh, tiada perubahan bagi waktu bermain dan masa makan malam bersama keluarga.
Program selepas sekolah
Bagaimana pula aktiviti selepas sekolah seperti kelas karate atau berenang? Ia sememangnya dapat memenuhi masa terluang anak selepas masuk sekolah. Tetapi sebaiknya dapatkan dahulu jadual harian sesi persekolahan anak.
Jika anak bersedia untuk mengikuti sebarang kelas, maka tiada salah untuk mendaftarkan mereka. Pun begitu, pastikan mereka juga mempunyai masa rehat. Keletihan yang melampau tidak bagus untuk anak. Sekiranya anak akan dihantar ke pusat jagaan selepas sesi persekolahan, pastikan tempat pilihan itu menyediakan semua kemudahan yang diperlukan.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Betullah kata orang melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sejak kecil lagi anak kecil kita harus dididik dengan pelbagai ilmu kemanusiaan dan salah satunya rasa tanggungjawab pada segala yang berada di sekeliling kita.
Itulah yang sebaiknya kita ajarkan pada anak, terutama anak lelaki. Biar anak lelaki kita mampu memegang tanggungjawabnya pada keluarganya kelak. Ini yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif.
Bukannya kejam tapi nak ajar common sense anak. Sebab tu la semalam masa pergi mall saya suruh anak saya habis solat dia kena lipat sejadah.
Tak mudah weh nak didik anak lelaki ni. Anak lelaki ni kalau takde common sense dan takde sense of responsibility dia akan susahkan anak-anak dan isterinya bila dah kahwin nanti.
Nafkah anak, tolong isteri, bayar bil air bil api, sediakan tempat tinggal dan saling support pasangan. Ni semua perlukan common sense dan sense of responsibility.
Anak lelaki ni kalau tak diajar tentang tanggungjawab nanti dia besar dia akan jadi selfish dan nampak diri dia je.
Sebab tu banyak kes gantung tak bertali, biarkan anak bini dan hidup macam orang bujang ni boleh terjadi.
Sebab daripada kecil tak di didik. Hati-hati, spoiled child will become spoiled adult. Dan adult ni bila dah spoiled, memang susah dah nak patah balik.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Di Indonesia, seorang kanak-kanak berusia 3 tahun dipercayai mengalami kecederaan parah pada bahagian muka dan badannya selepas disambar api ketika membawa botol berisi bekas hand sanitizer di kawasan pembakaran sampah berhampiran rumahnya.
Memegang botol hand sanitizer
Kisah sedih ini dikongsikan oleh Kiki Henky Gunawan di laman Facebooknya. Menurut Kiki, ketika kejadian ahli keluarga kanak-kanak ini dikatakan sedang membakar sampah di satu kawasan berdekatan dengan halaman rumah mereka.
Mangsa yang dikenali dengan nama Ganjar telah menghampiri kawasan pembakaran tersebut sambil di tangannya memegang botol hand sanitizer.
Namun nasib tidak menyebelahi anak kecil ini, api tiba-tiba marak dan menyambar pada bahagian wajah dan badan mangsa sehingga menyebabkan kecederaan parah.
Menurut sumber, ahli keluarga yang menyedari tentang insiden ngeri itu terus membawa mangsa ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan tetapi malangnya pihak hospital terpaksa menolak disebabkan keadaan hospital yang dipenuhi dengan pesakit Covid-19.
Bapa terkandas di Tangerang
Mangsa kemudian dibawa ke hospital lain dan dia kini sedang dirawat sebagai pesakit umum. Walau bagaimanapun, ahli keluarganya dikatakan tidak mampu untuk membayar bil perubatan yang berjumlah 21 juta rupiah iaitu bersamaan RM5,740.
Lebih meruntun hati apabila bapa mangsa masih terkandas di Tangerang dan tidak dapat pulang ke rumahnya untuk menjaga serta melawat anak perempuannya itu. Difahamkan, mangsa kini masih mendapatkan rawatan dan lukanya kini beransur pulih.
Kenapa ibu bapa patut hantar anak-Anak ke tadika lebih awal. Pendidikan awal kanak-kanak adalah asas penting untuk membentuk keperibadian, kemahiran sosial, dan kognitif anak-anak.