Keibubapaan

“Hari Kedua Luka Dah Kering, Boleh Senyum & Happy” Lepas Sunat, Anak Dr Fitri Haris Makin Tidur Lena!

Share

Membuat keputusan untuk menyunatkan anak lelakinya pada awal usia mendapat pelbagai reaksi dari wargamaya.

Namun kata Dr Fitri Haris yang membuat keputusan untuk menyunatkan anak kecilnya itu pada usia dua bulan, setakat ini keadaan anaknya semakin bertambah baik malah cukup mudah diuruskan.

Melalui instagramnya, Fitri berkongsi perihal anaknya selepas tiga hari disunatkan. Dengan berkongsi sekeping gambar, wajah si comel Bilal Habibi nampak semakin ceria.

Bahkan menerusi perkongsian Fitri, pada hari kedua, luka anaknya itu sudah pun kering dan pada hari ketiga sudah boleh dipakai pampers dengan diketatkan seperti biasa. Cukup mudah.

“BILAL HABIBI setelah 3 hari Khatan/Sunat:
* Merengek lepas sunat dalam 6 jam pertama sahaja pastu gone tido, susu dan macam biasa
* Hari ke 2 dah kering luka
* Hari ke 3 dah boleh pakai pampers macam biasa (tak perlu longgarkan sangat)
* Hari ke 3 dah boleh senyum-senyum dan happy-happy
* Hari ke 3 dah boleh mandi macam biasa”

Wow cukup mudah! Memang tak rugi sunatkan anak lebih awal seperti yang dilakukan oleh Dr Fitri dan isterinya.

Tidur makin lena

Malah kata Dr Fitri lagi, tidak ada sebarang kesan yang dilihat dari anak kecilnya itu malah keadaannya makin baik dan sihat selepas bersunat.

“Takde infection apa-apa sebab minum susu je kan (mudah kalau baby), tidur pun lena sangat.

“Nampak besar dan sihat badan lepas sunat juga lebih menyayangi abi (tambah sendiri),” kongsinya berseloroh.

Tidak hanya berkongsi keadaan bayinya bahkan terdahulu, Dr Fitri turut sama berkongsi pengalamannya menyunatkan anak lelakinya itu di sebuah klinik yang cukup berpengalaman.

Menarik: Siapkan Mental Lebih Awal Bantu Penyusuan Lancar Selepas Bersalin, Pasti Sukses

KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM