“Suami dah beli pakaian dan kasut raya untuk saya, anak serta ibunya secara dalam talian dan dihantar terus ke rumah keluarga di Felda Bukit Damar, Lanchang. Tak sangka semua ini adalah kenangan terakhir buat kami,” kongsi Nor Fitrah Ramli, 25, isteri Konstabel Norhalim Tumiran yang maut akibat tertembak oleh rakan sepasukan di rumah sewa.
Suami teruja sediakan keperluan raya
Walaupun arwah tak dapat pulang beraya kerana baru ditugaskan di Sibu, Sarawak, keperluan buat insan tersayang sama sekali tak dilupakan. Suami yang paling teruja setiap kali dimaklumkan barangan tiba. Dia akan membuat panggilan video dan minta kami mengenakan pakaian itu untuk melihat jika kami suka dengan hadiah yang dihantarnya dari jauh.
Pagi hari kejadian, suami juga ada telefon untuk memaklumkan dia sudah menyelesaikan bayaran zakat fitrah buat kami sekeluarga dan ibunya kerana baru mendapat gaji.
Hubungi suami lebih 50 kali
Selepas itu, petang hari kejadian saya menghubungi pula suami tetapi dia tak jawab. Lebih 50 kali jugalah sehingga saya berasa hairan apabila semua panggilan tidak dijawab. Biasanya dia akan jawab walaupun ketika bertugas.
Norhalim, yang bertugas di Unit Rondaan Bermotorsikal (URB) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu, Sarawak ditemukan maut dengan kesan tembakan pada bahagian atas telinga kanan di sebuah rumah di Taman Permai yang disewa rakannya pada malam Khamis lepas.
Kejadian dipercayai berlaku apabila rakannya, yang juga anggota polis, bergurau sambil mengacukan pistol ke kepala Norhalim, 25, yang difahamkan berkunjung ke rumah tersebut untuk bermain permainan komputer sementara menunggu waktu berbuka.
Arwah memang minat jadi polis
Ads
Nor Fitrah, yang berasal dari Felda Lakum, Lanchang berkata, mereka berkahwin pada 19 April 2019 dan sejak itu mengetahui minat suaminya untuk menjadi anggota polis kerana arwah sering ‘mengintai’ iklan pengambilan konstabel.
Arwah, yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik, sebelum itu bekerja di sebuah syarikat keselamatan di Petaling Jaya, Selangor dan seingat Nor Fitrah, beliau sudah lima kali menemani suaminya menghadiri temu duga polis.
“Suami akhirnya terpilih mengikuti kursus di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Segamat, Johor dan sejak menerima berita itu, arwah bersenam setiap malam termasuk berjoging bagi memastikan kesihatannya berada di tahap terbaik.
“Malah suami juga meminta saya yang semasa itu bekerja di Shah Alam, Selangor untuk berhenti kerja dan kembali ke pangkuan keluarga kerana mahu saya dan anak berada bersamanya apabila dia sudah mendapat tempat bertugas,” katanya.
Suami bercadang untuk bawa tinggal bersama lepas Aidiladha
Ads
Nor Fitrah berkata, suaminya juga memaklumkan akan cuba mengambil cuti sempena Aidiladha untuk pulang ke kampung dan membawa mereka ke Sibu kerana telah mendapat rumah di sana selain sudah mula berkira-kira untuk membeli perabot penting dahulu.
Beliau berkata, kali terakhir mereka bertemu ialah 15 Mac lepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) apabila mereka sekeluarga menghantar suaminya ke Sibu dan ketika itu sempat membawa tempe goreng dan tat cadbury untuk dijamah arwah.
“Kami lama tidak bertemu kerana tiada lawatan di Pulapol akibat Covid-19 sejak arwah mengikuti latihan pada September 2020.
“Bagaimanapun, arwah sering menghubungi kami menggunakan telefon awam… dari situ, arwah beritahu teringin makan tempe goreng dan saya bawa sebagai kejutan,” katanya.
Mengulas kejadian itu, Nor Fitrah dihubungi rakan arwah pada 8.05 malam bertanya jika beliau ‘tahu apa-apa’, namun individu tersebut enggan mengulas lanjut menyebabkan dia mula berasa tidak sedap hati sebelum mendengar berita sedih mengenai insiden yang menimpa mangsa daripada pegawai atasan polis.
Ads
Arwah anak yang baik
Ibu arwah, Jamilah Daman, 63, pula berkata, mangsa yang mesra dipanggil Halim akhirnya berjaya menggapai cita-cita untuk menyarung seragam polis walaupun sekejap dan tidak pernah lupa meminta ‘restu serta doa’ selain menjemputnya untuk sama-sama menemani beliau ke pusat temu duga.
“Semasa menghantarnya ke Pulapol, dua kali dia berpatah balik berlari ke arah saya untuk memeluk dan mencium saya sehingga akhirnya dimarahi kerana semua orang sudah mula masuk ke dalam (pusat latihan).
“(Dia) Seronok sangat kerana akhirnya impian menjadi polis tercapai,” katanya.
Jenazah Norhalim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Damar jam 10 malam (Sabtu) selepas disembahyangkan di Masjid Felda Bukit Damar.
Kredit: Bernama & Berita Harian
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jarak dan kasih sayang yang memisahkan selama 7 bulan bukan sesuatu yang mudah. Dengan anak kecil yang terus merindui ayahnya atas faktor-faktor tertentu sukar untuk diluahkan dengan kata-kata. Hanya air mata jadi peneman untuk merawat kesedihan hati.
Situasi ini mungkin ramai yang dah lalui tetapi bagi Massoezailin Saleh dan tiga anaknya, detik pertemuan yang dinantikan sejak Mac lalu kini terubat apabila dapat bersua dengan suami dan ayah kepada anak-anaknya.
Lebih menyentuh hati apabila si ayah sanggup menyamar sebagai individu yang datang untuk servis aircond tetapi akhirnya mereka berpelukan dan menangis apabila mengetahui itu adalah ayahnya.
Berakhir penantian anak-anak
Air mata after 7 months. Menyamar sebagai “orang aircond”. Tetapi anak-anak tetap ada instinct bahawa itulah papa mereka. Surprise yang Mass dan suami dah plan since dapat berita suami Mass dapat approval untuk balik akhirnya menjadi.
Saat yang kami tunggu. Allah makbulkan doo-doa kami dan semua ahli keluarga serta sahabat semua. Alhamdulillah. Terima kasih semua. Memang bukan senang sepanjang tempoh berjauhan selama hampir 7 bulan terpisah. Satu tempoh yang kami tidak pernah jangka. Terlalu banyak airmata yang jatuh. Tapi, semua ni ketentuan Allah. Seribu satu hikmah untuk kami.
Masing-masing lepas rindu
Allah pinjamkan 14hari untuk kita bersama. Sabtu depan, kita terpaksa berpisah semula. Setiap kali pandang suami, seakan tak percaya yang dia ada disisi.
Anak-anak juga memang akan melekat dengan papa. Melepaskan kerinduan mereka. Akan bercerita moment2 penting sepanjang ketiadaan papa disisi.
Kami doakan sesiapa sahaja yang terpisah kerana virus ini, Allah akan satukan kamu semua dengan segera.
Semoga virus ni Allah angkat dan hapuskan dari bumi dengan segera. Doakan kami kuat untuk hadapi saat perpisahan minggu depan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Industri hiburan tanah air kita baru-baru ini dikejutkan dengan pemergian Arwah Abam Bocey dan selepas itu Arwah Ashraf Sinclair pula yang pergi buat selamanya. Kedua-duanya sangat terkenal dengan sikap ‘family man’ mereka yang sangat sayang dan utamakan keluarga.
Pemergian mereka sangat dirasai seluruh negara. Banyak jasa mereka dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan. Sedikit demi sedikit kebaikan mereka semasa hayat tersebar.
Benarlah kata orang, orang yang baik pemergianya sangat dirasai oleh semua. Seorang pengguna twitter berkongsi bagaimana rasanya tidak sanggup berpisah dengan suami yang sangat baik.
Kalau suami seorang yang baik, kehilanganya sangat dirasai
Sebabtu bila tak ada tiba-tiba tu yang hilang separuh nyawa
Macam aku ni hari-hari siang malam dengan laki aku
Saya taknak kehilanganya
Antara kata-kata terakhir daripada isteri arwah Ashraf Sinclair;
“Terima kasih selalu memberikan yang terbaik untuk membahagiakanku dan anakmu. Tenanglah di sana Ashraf Daniel Sinclair…” – Bunga Citra Lestari
Kredit: EK
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan minat yang biasa-biasa. Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dilaporkan memandu sebuah bas yang dicurinya dan kemudian memandu bas itu tanpa sebarang kecederaan sejauh 100 kilometer.
Kejadian yang berlaku di Timur Singapura itu kini tular dengan video yang diturut dikongsikan oleh wargamanya.
Polis berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kecurian bas persendirian di Tampines Avenue 10, kira-kira jam 12 tengah hari, Rabu lalu yang didapati bersiar-siar di Timur Singapura.
Bagaimanapun, tiada kemalangan dilaporkan, selain siasatan sedang dijalankan.
Berdasarkan beberapa muat naik di Instagram, kanak-kanak lelaki itu memandu bas berkenaan pada jarak lebih 100 kilometer selama lima jam, sebelum kenderaan itu terbabas dan ditinggalkan terbiar di ruangan bas.
Suspek juga dikatakan cuba mencuri bas lain pada malam sebelumnya, namun gagal.
Gambar menunjukkan dia tersenyum apabila dikelilingi pegawai polis dan tangkap layar skrin rakaman kamera pemuka menunjukkan kanak-kanak terbabit memandu di tempat pemandu.
Pengendali bas swasta, A&S Transit dalam kenyataan semalam menggesa orang ramai tidak menyalahkan kanak-kanak itu kerana dia jelas menunjukkan ‘minat’ terhadap bas dan perlu dimaafkan, selain memberi sokongan sewajarnya.
“Orang ramai, kerajaan dan organisasi diseru supaya tidak mengetepikan golongan belia, sebaliknya melihat insiden ini sebagai kaedah menilai semangat semakin meningkat dalam kalangan generasi muda dan menyokong mereka dengan lebih banyak saluran dan peluang sewajarnya,” katanya.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ke mana hendak bawa anak cuti sekolah ini? Tak tahu aktiviti apa untuk anak-anak, apa kata mak ayah ke Home of Kids yang bakal diadakan di IOI Grand Convention Centre, IOI City Mall pada 26-29 Disember 2024 ini.