Bukan sahaja anak yang menyambut harijadi mendapat hadiah dari ayah tersayang, malah ibu yang melahirkan si anak turut diberi penghargaan daripada suami tercinta.
Sempena ulangtahun ke-11 anakanda sulung penceramah bebas dan terkenal, Ustaz Ebit Lew, Airis Safiyyah, isterinya yang sering disapa mesra dengan panggilan bidadari oleh Ebit Lew ini juga turut mendapat penghargaan.
Dalam satu perkongsian video yang dibuat oleh Ustaz Ebit Lew menerusi akaun Instagramnya itu, demi menghargai isteri tercinta yang sudah berkorban melahirkan anak-anak mereka, beliau telah menghadiah beg tangan berjenama.
Meskipun sibuk dengan urusan dakwah dan membantu sesiapa sahaja yang memerlukan, penceramah bebas Ustaz Ebit Lew sering kali dilihat tidak pernah mengabaikan keluarga, malah dia sering sahaja berkongsi cara bagaimana dia begitu menghargai isteri tercinta.
“I love u bidadariku. Hari lahir anak. Kena kiss dan terima kaseh pada bidadari yang berkorban melahirkan anak semuanya. Terima kaseh sudi menemani abang dalam hidup ini. Terima kaseh setiap hari membuat abang jatuh cinta dengan sayang setiap hari dan menjadi penyejuk mata ini. Bulan 6. Hari lahir 3 orang saya sayang cintai di bulan ini. Arwah mak. Bidadari. Dan anak sulung
“Dari 12 tahun saya berdakwah kesana sini. Khidmat masyarakat kesana sini. Masa tu saya lihat keluarga guru saya yang menghargai bidadari mereka. Melayan isteri dan anak dengan baik. Suka tengok ayah saya melayan mak saya. Mak saya sayang dan menghormati ayah saya
“Allah takdirkan dalam perjalanan hidup saya bertemu bidadari ini. Semuanya dikorbankan dan tak pernah mengeluh. Berjauhan, susah,penat,sakit kadang seorang diri saat saya tiada dirumah. Ya Allah maafkanlah saya. Dulu semua emas isteri gadaikan dan duit nak makan, pampers dan susu anak pun kadang tiada.
“Sentiasa mengukir senyuman dan menjadi ubat bagi hati dan penat dalam perjalanan ini. Semoga baki hidup kita ini. Kita berikan sebaiknya dengan izin Allah. Bersama kita didunia dan semoga dapat bersama di syurga selamanya. I love u bidadariku sayang. Terima kaseh ya Allah…,” kongsinya.
Dalam satu posting yang lain, Ustaz Ebit Lew bersama keluarga telah meraikan ulang tahun kelahiran anak sulungnya itu kelmarni di kediaman mereka. malah anak sulungnya juga turut dihadiahkan Iphone 11.
“Selamat hari lahir Airis Safiyyah Lew 27 Jun.. Tak sedar masa berlalu. Bahagianya dah 11 tahun anak sulung ayah. Dari hari pertama umi lahirkan safiyyah. Ayah bergegas ke hospital dari pejabat. Bawa terus baju-baju. Baca Al-Quran sama umi. Ingat jeritan umi dari jarak makin sakit. Pegang tangan bidadari saya masa lahirkanmu anakku.
“Bidadariku sakit. Pengsan. Tak sedar kerana risau anak lambat menangis. Bahagia saat melihatmu. Macam mimpi. Syukur pada Allah. Rapat betul kita masa kecil anakku. Betapa sayang ayah pada safiyyah. I love u anakku
“Teman ayah berdakwah dan ke pejabat. Waktu tu semua kira sebab tiada duit. Susu dan pampers selalu tiada duit. Ikhtiar mana yang mampu.
“Terima kaseh bidadariku yang melahirkan anak kita. Ya Allah peliharalah dan jagalah bidadari dan anak-anakku semuanya..,” tulis Ebit Lew sempena harijadi anak sulungnya.
Sering menolong orang yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama, malah tidak pernah mengabaikan keluarga dan tidak pernah lokek untuk berbelanja buat keluarga tercinta mungkin menjadi rahsia rezeki yang tak putus-putus buat pendakwah bebas ini. semoga apa yang dibuat ini menjadi contoh untuk semua.
Sumber: Instagram Ebit Lew