Kekeluargaan

Hari Lahir Fatima 4 Tahun, Ramai Sebak Ucapan Fattah Buat Anak!

Share

Kemelut rumah tangga pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Fazura yang bakal terjawab pada Oktober ini membuatkan ramai yang terus ternanti-nanti.

Namun ucapan hari lahir keduanya buat satu-satunya cahaya mata mereka, Nur Fatima Aisya yang berusia empat tahun hari ini menarik perhatian ramai malah mengundang sebak wargamaya.

Menerusi Instagramnya, Fattah memuat naik video ketika sedang melayani Fatima menyanyi malah meluahkan rasa rindunya. Pastinya momen indah yang tidak mampu diputarkan masa semula.

 

“Selamat hari lahir anakku Nur Fatima Aisya Binti Abdul Fattah.

“Semoga membesar sihat menjadi anak yang solehah, bijak pandai, sihat walafiat dan sentiasa di bawah perlindungan Allah S.W.T.

“Daddy misses you 💙 @fattzuralovelife,” tulis Fattah ringkas.

Namun perkongsian video nyanyian bersama Fatima itu menyentuh hati ramai. Apa lagi melihat keletah Fatima yang cukup comel dan petah.

 

Tidak hanya Fattah, bahkan Fazura juga turut memuat naik video Fatima ketika masih kecil hingga kini berusia empat tahun. Banyak momen manis dan keletah comel Fatima yang dimuat naik sebagai kenangan.

Baik Fattah mahupun Fazura, keduanya mendoakan moga perjalanan anak kecil ini sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

“Syukur Alhamdulillah. Genap hari ini anakanda ku Nur Fatima Aisya mencapai umur ke 4 tahun.

“Fatima sayang, I have prayed for you before you were born and I will continue to pray for you for the rest of my life. Fatima anak yang baik.

“Walaupun tahun ini mommy tak dapat throw you the biggest private parties like I have in the past, but rest assured that I love you more than words can ever describe. Bersyukur sentiasa wahai anakku sayang di dalam apa saja keadaan dan selalu lah berterima kasih kepada Allah SWT dan hargai semua orang yang menyayangi mu,” tulis Fazura menerusi kapsyennya.

Apa yang membuatkan wargamaya turut tersentuh hati pastinya ucapan manis buat keduanya buat anak yang cukup disayangi mereka.

Wargamaya tidak hanya mengucapkan ucapan hari lahir buat Fatima namun turut mendoakan agar keluarga kecil ini dapat bersatu kelak.

Menarik: MK K Clique Kongsi Nama Puteri Sulung, Makna Pun Elok!

MUA Bellaz Sebak Ada Sebab Gigih Rakam Momen Dengan Anak, “Dulu Tak Ada Gambar Waktu Kecil

Burnout Jaga Anak Sendirian, Suami Tempat Wany Hasrita Mengadu!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

 

Published by
SRM